Sudah Jatuh D' Timpa Kren

Tuesday, October 28, 2008 Posted by: KIDbrush®, 0 comments



SIT MOTO HILANG!!Hadeh begini lah nasip haku yang malang. Duit Raya pun blum habeh cover dah satu lagi bala datang tak bagi salam. AH Thong selaku mekanik bertauliah keluarga haku mengistiharkan moto haku masih boleh bergerak lagi, tapi masa-elahnya..... mana haku nak dudok?? Takkan kat tangki kot? Biaq betui!!!! Hadeh... RM...RM...RM (Hawau la sapa sapa yang curik sit moto haku neh! Bukan bleh wat reban pon!)


BimBim Tersepak Batu Lagi...

Sunday, October 26, 2008 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

BimBim (yang terapung kepala gundul) diusung keluar oleh rakan-rakan
sepasukan setelah tertendang kepalanya sendiri ketika menentang Manchester United
di Stadium Waras Park, malam tadi yang berkesudahan seri 1-1


SOMALIA: Siol Madrid mempersia-siakan peluang untuk merapatkan pungutan mata dengan pendahulu Liga Perdana Jawa Tengah selepas aksi hambar pada separuh masa kedua membolehkan Manchester United mengikat perlawanan 1-1, malam tadi.

Siol kelihatan semakin hampir untuk menambahkan jurang dengan Chelsea yang memimpin liga kepada tiga mata apabila pemain tengah Siol, Dazzling-laling, meletakkan juara hampeh itu di belakang pada minit ke-22.


Namun kesiolan KiD tersadung kakinya sendiri pada minit ke-63 membolehkan United meraih satu mata barharga, mata kedua untuk kelab itu pada musim ini di gelanggang sendiri serta menambahkan lima kecorotan berturut-turut Siol.

Dengan Chelsea dijadual berdepan dengan Liverpool di pesisiran sungai Siput 24 jam selepas perlawanan itu, perlawanan semalam menjadi peluang terbaik untuk Siol meningkatkan berat badan ke atas dua pasukan itu yang berkongsi tempat teratas liga.

Bagaimanapun, dengan penyerang ngetop BimBim yang serba tidak menjadi dalam perlawanan menentang kelab karaoke lamanya itu, menyaksikan dia tertendang batu, buntut pengadil dan kakinya sendiri diusung keluar setelah cedera tersepak kepalanya sendiri berasa hampa kerana terpaksa menangguhkan harapannya untuk menjaringkan gol sendiri ( own goal ) ke-100 bagi dirinya.

Pasukan pelawat nyata terpaksa membayar harga minyak dan tol yang mahal kerana gagal memastikan kemenangan dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Ah Long selepas tuan rumah, berjaya meningkatkan kolestrol permainan mereka pada separuh masa kedua.

Siol pada separuh masa pertama kelihatan hampir pasti meraih kekalahan rutin mereka dengan aksi melampau Fisau mengemudi jentera bajak sawah.

Dengan Dazzling laling memberikan sokongan hebat bersama dengan kapten pasukannya, United kelihatan hilang arah menyaksikan KID dan 3rd berjaya mengucar kacirkan jamban rumah terbuka United.

Bagaimanapun, anak buah Bunga nyata mampu memancitkan tayar beskal United pada separuh masa kedua dan KiD bertindak cemerlang apabila menanduk cantik tiang gol melepasi jangkauan Akedemi Fantasia selepas menerima hantaran 7 dulang daripada pelakon sitkom "Puteri".

Menurut tukang kebun selaku AJK Siol Madrid, Man Gomeh " Den raso patut buek rumah terbuko minggu dopan, kobau den pun dah jando".Keputusan seri menyaksikan Siol Madrid sekadar menduduki tempat kelima, tercorot lima mata berbanding Kampung 8 FC dan Kelab Catur SRB Chung Hua Tung Thung. - AFP


24 jam 24 min 24 saat sebelom raya...

Friday, October 24, 2008 Posted by: KIDbrush®, 0 comments


Once upon a time in the shallow choco house some where in Malacca Town. There goes these 3 unidentified siblings once shoutout at popular TV station as a comedy series '2 guys & a girl' and a lady known as Gigi (ah long), KiD (ah ngah), BeLL (ah chick) and The Lady (violet) Gigi's wife. Well this is a true story (Kisah Benor) about these guys a day before Raya.. so the story goes....(intro Kekasih Ku Seru)

Kat depan umah 10 min sebelom berlepas, waktu tempatan 03.00 am;-

The Lady: Beg baju?
Gigi : Siap!
Kid : Semalam dah siap!(adehh memulas perut..)
Bell : Ready boshh!!

The Lady: Biskot raya, baju Raya, kasut Raya, bla bla bla
Gigi : Shiap (menguap) huaagghhhhh
Kid : Wee wee sat naa, Bell tolong pegang henset haku sat adehh....
Bell : wokeh.. aaaa Lady...Bla bla??
The Lady: Lain-lain la ngok!
Bell : Owhh..siap boshh!!

The Lady: Keta ok? paip? elektrik? Umah dah kunci?
Gigi : Keta siap, ayaq ngan elektrik baru sat tadi tutop!
Bell : Sat chek pi kunci umah... sat naa! Siap boshh (dari depan pintu)!!
The Lady: Ok jom!!

10 minit pejalanan agak jauh dari Melaka, lagu balik kampung bergema dengan rancak dalam kereta walaupun tiada bantuan CD player, radio atau sewaktu dengannya

The Lady: Ayang.. pasai apa lain macam ja check rasa, macam ada yang tak kena lah..
Bell : Ha ah Long.. meremang ja bulu, macam ada sesuatu.. (sambil meramas bulu ketiak)
Gigi : Hish Hangpa 2 orang neh! Nih Highway tengah-tengah hutan tau dak! Mulut lucah
betui! chaitt!
The Lady: Dak la ayang.. sungguh neh!
Bell :( sedang baca doa makan, pasai itu ja dia pass..lain pess)
Gigi : Dah dah dok diam-diam. Lalu tempat orang biasa la tuh.
Bell : Laa kita bayaq Tol apa!!
TheLady+Gigi: ????????

Tiba-tiba!!! Satu lembaga putih melekat di depan cermin kereta. Gigi terus break kecemasan ala dift gitu....sreeetttttttttt

The Lady: AGHHHhhhhhhhhhhhhhhhhh huaghhhhh yeaahhhhhh yeaahhhh pssssssss pssssssss
GiGi : Awa lah dondangggggg dondanngg lahhh sayangggg hadehhh aantuuuu

Dalam keadaan panik itu dengan lantangnya BeLL berkata-kata

Bell : "Pak Lah tak ambil cuti" hmmm "Harga minyak turun lagi"...hapa laaa


Rupa-rupanya Sok kabar Berita Harian. Sungguh tak bertanggung jawab penunggu Highway itu. Gigi meneruskan pemanduan berhemahnya , kelancaran optimum 60 km/j sesuai dengan moto keselamatan jalan raya ' Pandu cermat Jiwa Selamat'... manakala The Lady dan BeLL berjaga-jaga serta peka dengan keadaan sekeliling sambil memegang botol perfume ' Channel ' dan 'victoria secret' kot-kot kuntilanak ke hantu cam dalam iklan proton tu ke.. spray je Pssssssssssss!! Musti depa suka ( hapa daaa )

0130 pm, 1 jam sebelum sampai ke kampung Halaman, Ayaq Hitam Penang. walaupun hari sudah terang, sahur pun sudah, tapi suasana pelik masih menyelubungi mereka.

The Lady: Memang ada yang tak kena la ayang
Bell : Ha ah sukung sungguh!
GiGi : Kid ang call Pak atau Mak...kot depa tau apa kita patut buat...Kid..Kid??!!!
The Lady: ??!!!!!!
Bell : Mana Kid? Nyorok ka.. Halamak!
The Lady+Gigi+Bell: KKKiiiiidddddddddddddddddddd!!!!!!

Nun jauh beribu batu dari Penang, Melaka 0135 pm waktu tempatan seorang jejaka tampan lagi perkasa tertinggal berseorangan di rumah 'Alone In The Dark' sedang merintih sambil menyanyi lagu exist ... dah la elektrik tak dak! kena kunci dari luar! Ayaq pon tak dak! Cebok pon tak dan!!!! tidakkkkkk......
"tanpa kusedari.... ayaq mata chek mengalir...."

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin"







Haku Hidop Kembali!

Friday, October 24, 2008 Posted by: KIDbrush®, 0 comments


Setelah 4 tawon 1/2 haku bertapa di gua "Luvhang Heethong" ( 1 hari bertapa selebihnya sesat!) Papua New Guinea. Akhirnya haku kembali semula ke persada maya elektrek fantastek, walo pun ropa haku pada mulanya dah tak seropa manusia, satu LA bertempiaran melarikan diri ala kupu-kupu malam bila terlihat secucuk.... secucuk ke sesusuk ah?? Sesusuk kang SERAM plak ahhh lantak lah..(con.) bila terlihat sekujur badan dengan tetiba keluar dari celah-celah tol nilai, berjalan dengan gaya selamba bapak dia berbaju batik telok terengganu(buatan Malaysia) di tanda 'E1', berseluar jeans Levi's dah tak berapa nak biru (buatan Siam) di tanda 'E2' dan bersandal kulit jenama Satini (juga buatan Malaysia) kalo tak salah haku Zakiah Anaz sponser di tanda 'E3'. Pesting haku buat adalah beli sehelai kumputer yang haku bleh letak kat mana-mana, haku nak baling ka hapa ka haku punya pasal lah ko pedulik hapa? Chet! Kalo dulu sebesar talam, skang haku tenguk dah mengecut sebesar buku latihan Tadika Kemas haku dulu je, yang orang skang panggei 'Nut Buk' ke 'Not Buk' ahh lebih kurang la tu. Tapi yang haku hangin tuh masa beli kat kedai tuh ,Tauke tu tak mau juai... hoooohhhh ketegaq habaq ang!! Ni nak berniaga ka hapa? Siap saun kat haku " Ai ya kawan Wa jual colok simbayang sama balang olang mati punya! Itu Not Buk keletas punya mau kasi bakar sama orang mati punya maaa haiya lu seng keng!!". Hapa lagi haku tomoi dia sebijik, pastu paw duit dia (tercatit HELL BANK NOTE) serta dengan angkuh haku bertepik " Jom! Jom! Jom! Jom! Jom! Jom! Heboh! Heboh! Preeeetttt!! ".Padan muka lu kasi olang bakar mati! bersambung........keh keh keh