Monday, April 27, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

AJAIB!!

SELANGOR: Sebelum ini kita pernah di gemparkan dengan bermacam-macam kejadian menarik lagi magis atu lebih tepat, AJAiB! Gadis menangis mengeluarkan kaca dari kelopak mata, benang keluar dari badan dan macam-macam lg. Terbaru, seorang Jantan perasan yang cuma mahu dikenali dengan nama " Encem Sek 12" mengalami perkara yang sama, dimana beliau mengeluarkan seekor bayi katak dan syiling 5 sen. Insiden sebak itu berlaku apa bila beliau menuntun
" Mentol "-Tunjuk Ajarku Taiko!


"Masa tu haku tengah sebak pasai salah sorang peserta di rejek bulat-bulat oleh Ajoi (bekas kumpulan Exzos). Haku tak dapat menahan bersin apabila peserta itu menangis terbahak - bahak selepas menyanyikan lagu MATAHARI, berusaha menekel Ajoi dengan kenyitan mata dan gelek Mat Kilo untuk menjadi prodigi Ajoi.." katanya sambil megeluarkan katak dan syiling 5 sen dari hudung kiri dan kanannya. Selepas berhempas pulas mengeluarkan "objek" misteri itu, beliau menyambung perbualannya. " Haku sedih sangat-sangat sebab peserta itu adalah haku sendiri. Ohhhh hihu ku humbat ahi (ohh hidung ku sumbat lagi)" sekali lagi beliau mengeluarkan katak dan syiling 5 sen di depan kami, kali ini Bapak Katak yang keluar. Mungkin sebab itu Ajoi merejek beliau kerana geli geleman melihat aksi brengsek itu.

Sepanjang temubual, beliau berjaya mengeluarkan semangkuk katak kuning emas melekit dan syiling rm 1.50. " Aaaa... lepas lauk tengah hari dan secawan kopi" ujar beliau poyo mengakhiri bicara. Eksklusif- Adanama


Thursday, April 23, 2009 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

BERKAHWIN KURANGKAN RISIKO NYAYUK!!

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer atau " Nyayuk " apabila satu penyelidikan baru menunjukkan jika mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50% untuk mengalami Alzheimer atau nyanyuk. Namun demikian kajian daripada Dr Prof Adanama, berkahwin atau kahwin lagi pada usia senja iaitu pada lingkungan "Panggilan Kubur" lebih mudah terkena sindrom lebam mata dan benjol dahi. Ini kerana mereka terdedah dengan serangan Misteri objek terbang dari dapur seperti periuk, senduk, kuali, tempayan, tong gas dan peti sejuk. Setakat ini kajian membuktikan ramai dari kalangan golongan ini tidur di ruang tamu untuk mengelakkan " Serangan " ini. Errr.... tok wan hati-hati naaa....lagi berita


Thursday, April 23, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

SANTO DOMINGO: "Republik Dominica mengkaji langkah mengharamkan nama pelik seperti Mazda Altagracia; Toshiba Fidelina; Seno Jimenez (Payu dara Jimenez), Querida Pina (Dear Pineapple); Tonton Ruiz (Ruiz Bodoh) and Querido Familia Perez (Dear Family Perez). Ia berikutan semakin ramai rakyat negara itu memberi nama anak mereka sempena jenama kereta, karektor kartun malah bahagian tubuh.Nama lain menggabungkan tokoh terkenal seperti Winston Churchill de la Cruz atau Ernesto Che Perez, yang diabadikan sempena pemimpin revolusi Amerika Latin, Ernesto Che Guevara manakala yang lain merujuk kepada dadah seperti Rambo Mota (Rambo Ganja)"


Haih... donia-donia... kalau nama pompuan Melur, Melati, Ros, Daisy. Yang lelaki nama Guntur, Tok Gajah, johan,Rimau , Ahmad Albab memang hade.... tapi itu dulu. Jangan kita moden kan plak nama anak-anak kita jadik Ahmad Rusa, Kamal Kancil, Saiful Myvi, Mohd Gaban, Sponge Bob Loqman, Dafi Duck, Stacy Xstacy, Khairil x'Trail, Khatijah Kiti Kitty, Sheila On Savy,Siti Exora, Fauziah Vios, Azizah Gen2, Fazura Pesona, Maimunah Saga Aeroback!!! Sumber - Berita Harian


Wednesday, April 22, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

P.Ramlee?? L.Ramlee??
Adanama.. x dak sorang pon hangpa kenai dia kan kan kan, hanya haku & famili ja yg kenai beruk sekor neh. Jantan sebelah haku neh, mahu dikenali dengan nama Jantan Tampan Limitet Edisen (JTLE),a.h.a Adanama 007,asal usul dia dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Masih abeilebel ( cam na nak eja aaa?) untuk 3 kekosongan. Merupakan bekas penulis dan pelukis bebas salah sebuah Majalah Humor tempatan dan skang neh paparazi fulltime merangkap ejen skodeng rumah Urut, rumah Tumpangan, Tmn Rekreasi & rumah Kongsi. Berkebolehan bercakap dalam tido, makan atas pokok, menyonsang jalan, makan tanpa mengunyah dan setakat neh pemegang rekod paling lama mandi serta mengeluarkan bau Megi tiap kali bulan puasa.

Sbelum neh beliau mengaku "Jelmaan Brad Pet", membuat kenyataan ada pertalian darah nyamuk dengan Datuk K, serta berskandal gelap dengan Pasha Chandra. Tetapi selepas menuntun Pendekar Bujang Lapok, beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau sbelum ini serta cukup sesitip jika misai nipisnya diganggu. Malah, beliau byk membazirkan masa di tandas rumah, pejabat, tandas awam, kedai mamak, rumah jiran dan dimana-mana saja tpt yg ada cermin termasuklah dlm kereta beliau sendiri. Semua ini gara-gara Makcik Rihanna (bukan nama sebenar) menulis surat chinta kaler pink kepada beliau mengatakan muka beliau sebijik Tan Sri P.Ramlee. Ketika ditemui, beliau berhujah " Ya, aku sayang misai nipis aku ni, ko x perasan muka aku SEJIBIK cam P.Ramlee??!!". Adehhh...
p/s: Sejibik P.Ramlee?? hah hah huh huh hah hah geli ketiak haku!!


Tuesday, April 21, 2009 Posted by: Adanama007, 2 comments

REMPIT??!!!

"KIDbrush" nama paling asing dalam dunia hiburan ataupun Dunia jam 10. Namun demikian di persada Pentas Gelap, nama beliau lagilah tidak dikenali, langsung.... Namun demikian, kehadiran beliau dalam sukan permotoran atau lebih kepada "Bidan Terjun Botol", umpama Bulan Jatuh ke Kepala. Beliau juara 3 siri Pra Novis atau lebih dikenali "Naked Push Bike" berturut-turut akan akan berentap dengan penonton-penonton dari Myanmar, Vietnam, Nepal, Siam, Bangladesh dan Indonesia untuk menjulang nama MALAYSIA merebut Trofi berbentuk Rim basikal.

katanya " I dun wan to drop water fes aaaa yu no" melalui pesanan ringkas telefon bimbit. Perlumbaan akan berlangsung secara senyap-senyap bermula di kawasan rumah kongsi Tg Minyak hinggalah garisan penamat di hadapan Balai Raya Kampung Lapan Melaka.Eksklusif- Adanama

p/s: ni la rupa orang frust date tak jadi!


Friday, April 17, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

KELIWON : Betul Ke??

Betui ke depa tu wujud? Hmm.. nak harapkan Adanama, x payah aaaa..... ntah hape-hape. Bukan ape, pasai hade yang terserempak @ tersepak dengan mahluk neh. Haku sendiri pun pernah lalui. Tak percaya? Betui.. seram gila.... banyak kali dah haku tengok kat wayang! Keh keh keh.... dak laaa haku melawak - lawak jugak, tapi betui haku penah alami sendiri. Dolu masa dok Kemping (berkemah) kat Gunung Ijok Perak, 2 daripada peserta (pompuan) kena sampuk @ histeria. Hang bayangkan histeria kat tengah-tengah hutan dara... ataih Gunung plak tuh!! Sejurus lepaih sorang daripada Renjer Hutan baca ayat-ayat suci Al-Quran, dan-dan hade bunyi cam burung terbang. Taim tu semua nampak lembaga nak kata putih x putih, merah x merah.... putih kemerah-merahan aaa senang cerita, terbang kelangit! Depa dengaq bunyi cam mengilai, tapi haku dengaq cam bunyi anjing bersiul, eh bukan, meraung! Eerr... mengerang! melalak ke hapeaa? ahhh lantak ah.

Seken taim plak taun 1999. Taim tuh lebih kurang 2 am haku & famili dari seberang perai balik ke pulau lepaih lawat pak penakan (pakcik) haku nikah marka Myanmar, sampai je kat tengah-tengah jambatan Penang, haku nampak dengan mata kepala lutut haku sendiri, ada orang bertenggek kat penghadang tepi jambatan. Lepaih tu terjun!!! Kami berentikan keta, tengok bawah tak dak apa-apa pon??!! Bukan haku sorang je nampak, satu famili nampak termasuk mata kepala lutut haku, pemandu keta belakang kami pon nampak! Keta haku lagi la nampak!! Hangpa je yang tak nampak!! Har Har har.... baiq pi laaa asalkan tak kacau orang cukop... neh haku hade 2 gambar yang hangpa boleh nilaikan sendiri (pinjam ayat adanama) nak pecaya atau tidak terpulang... Haku perduli hape har har har
!!!!!

p/s: Hantu tidak pernah disebut dalam Al-Quran, Hadis dan Injil... Jin hade aaaaaa-KIDbrush®


Friday, April 17, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

KELIWON : Hantu.... Benar atau Tidak??!!

topik haku kali neh berkenaan dengan Hantu! Haku pon x tau pasai hape topik neh buleh jadi idea haku. Munglin pasai lepaih tengok Keliwon (TV3) tadi kot. Hangpa penah tengok hantu? Penah? Mana? Nak tengok! nak tengok! Dan-dan haku cal Adanama, soh dia tunjukkan bukti kukuh kewujudan hantu. Layan.....
Di sebelah merupakan gambar seekor hantu ikan yang telah di salai oleh Penduduk Mesra Jatinra Pinggiran. Ekoran terlalu kerap mengintai anak-anak dara para nelayan kampung tersebut, beliau telah ditangkap dan di salai hidup-hidup. Sebab nak hukum sular tak tahu tang mana nak jolok! Kata-kata akhir yang keluar dari mulut beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah " Fuiyoooooooooooo!!! ".- Adanama


Disebelah kanan pula gambar yang dikirim dari Surabaya. Di Belakang gambar ini tertulis "Serem mas! Serem!", aku pun lama gak belek. Tak tahu mana satu yang di maksudkan. Gambar yang kecik.... ke yang besar. Pening di buatnya! Anda nilaikanlah sendiri.-Adanama





Sebelah kiri ni pun sama juga, mengikut maklumat, gambar sebelah kiri sekali tu, wajah kuntilanak sebelum kena pasak dengan paku. Yang belah kanan, selepas kena pasak dengan paku! Lebih kurang jer aku tengok!
Aku pun dah semakin pening. Aku tanya budak Matsaleh si " John" yang dari tadi duduk kat sebelah aku. Dia tanpa segan silu berkata " Aku rasa, hantu yang dimaksudkan adalah yang sebelah kanan tu. Cuba awak perhatikan betul-betul, Tahi lalat lebih comel di atas hidung kanan berbanding atas bibir kiri. Lagipun bibir yang kanan tu merah. Itu maknanya beliau baru lepas minum darah!" Ujar beliau serius. Sejurus kemudian beliau mengadu "ditumbuk" benda halus! Padan muka celupar sangat!

Sebenarnya beliau telah ditumbuk dengan mesra oleh Toyol jiran sebelah rumah aku ni si "Michael", pagi petang siang malam merayau kat rumah aku. Itu pun aku yang pakaikan lampin!! Tiba - tiba aku terpandang sekeping gambar atas meja John.
" Gambar siapa ni???!!!",...... " Owh, itu gambar macha yang hantar Suratkhabar tiap-tiap pagi......". Macha hantar surat khabar?!!!!!!!!!!!!!


adanama


Tuesday, April 14, 2009 Posted by: KIDbrush®, 4 comments

SHOOT ME....

Ooohh my... These 3 days make wanna blow my own head... aaa i mean knee head (kepala lutut har har har). Ever heard about Bad Luck?? That's what i mean. All these 3 days was very wrong, eaten wrong pills, mocked by bloody Indonesians ( those 2 guys in my post), denied by my own best friend... like i never exist! weghhhhhhhhhh what on earth happening 2 me? I never hurt any 1, even i'm the 1st 1 they'll seek 4 help! I wish nothin terrible will happen 2 me anymore, at least until this weekend! I got a date (more or less). I'll met an old friend of mine (doesn't sound like a date aeh?). Feel nervourse.. enough.. hmmmm may b coz she's a girl, hope my luck won't ruin it!!


Monday, April 13, 2009 Posted by: Unknown, 2 comments

TAHUKAH ANDA?!!
Baca mukadimahnya dulu....

surung pupun turuk pupun
buuh kurunju dulum puruhu
suruh mukun suyu mukun
suruh munguju suyu tuk tuhu

"control sikit muncung tuu..."

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku, dan memuncungkan mulutnya 10-15 saat?

Kono korang wei kono kah kah kah, padan muko dgn ekau sekali kid hah hah hah- Rock


Sunday, April 12, 2009 Posted by: KIDbrush®, 6 comments



SEBELUM DAN SELEPAS. YANG MANAKAH PILIHAN ANDA?
Produksi Lanun : KIDbrush®
Model Paksaan : Zahirah


Saturday, April 11, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

PERTANDINGAN MATEMATIK PERINGKAT TOK SIDANG 2002 (TERTUNDA)Jawa Tengah: Pertandingan Matematik antara tok sidang se antero!! Buat julung kalinya Kesatuan Tok Sidang Jawa Tengah telah mengadakan pertandingan Matematik Peringkat UPSR. Pertandingan telah di adakan di perkarangan Sri Pentas iaitu di kawasan parking (lokasi tepat di rahsiakan). Hadiahnya sungguh lumayan, dimana pemenang akan minum petang bersama Zakiah Ganaz (Pengacara 666) dan juga kerakyatan tetap Malaysia.

Mengikut ketua eksekutif Kesatuan Tok Sidang, Suhardi Bustarime Kastelo yang juga penasihat Kumpulan Geng Rabun, peserta akan ditanya 50 soalan matematik UPSR tanpa henti, 2 saat setiap soalan. Jika salah akan didenda Tumbukkan Padu Pendekar Tangan Berapi. Peserta hendaklah Tok Sidang yang berdaftar, seksi, pernah mengundi, semestinya Jantan Tulen, hangat dipanasaran dan tidak bertepuk sebelah tangan!

katanya, "Setakat ini 44 sudah di masukkan ke wad ICU, 33 pesakit luar, 22 sawan, 11 pendarahan pundi kencing dan cuma 5 selamat dikebumikan". Eksklusif- Adanama


Saturday, April 11, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

SAMPAI SYURGA!! Kuan Tung China: Seorang Jantan China 65 tahun sanggup mengemam cincin cintanya selama 40 tahun!!
Menurut kaki skodeng Adanama (jejaka tampan dalam gambar belakang suspek) jantan tersebut terlampau mencintai gadis idamannya (Dato Mitchel Yong) dan dia harus membuktikan kesungguhan cintanya!

Katanya, itu adalah satu "syarat" yang dikenakan oleh gadis idamannya itu.

"hahu hinha hia" (aku cinta dia) ujar jantan itu selamba, sambil mendengar lagu Sampai Syurga oleh Fazal Superman.Namun demikian kami tidak dapat menemu bual Dato Mitchel Yong kerana beliau sedang sibuk menari poco-poco di dewan serbaguna Bukit Gantang kemarin. eksklusif dari - Adanama


Saturday, April 11, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

KAD MERAH!!OUT!! MELAKA: Seorang pemain bola sepak PALING HENSEM menerima padah apabila diberi kad merah 3 kali berturut -turut terpinga-pinga kerana KENTUT ngam-mgam di depan pengadil dengan cara senyap-senyap dan perlahan.

Pengadil mendapati pemain paling ngetop kelab nombor 1 "D' Jumpbun" itu sengaja memperlahankan sound sistem buntutnya dan 'melepaskan gas beracun' dengan terlalu perlahan tapi bertenaga terus dilayangkan kad merah, kerana 'kelakuan Kelucahan Melampau.'

Akibat tindakan pemain itu, pasukan lawan telah di hadiahkan sepakkan penalti 3 kali. Sepakan penalti itu mulanya diselamatkan, tetapi diambil semula dan ia berjaya disempurnakan, ke gawang gol pasukan lawan itu sendiri. - Adanama.


Friday, April 10, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

Daging Biawak Masak Lemak Cili Berapi


DAGING BIAWAK MASAK LEMAK CILI BERAPI
RESEPI ASAL : HIKARI
RESEPI BESEPAI : KIDbrush
®

1/2 Tan daging biawak (daging komodo pun boleh)
3 guni kentang yg kecil sebesar syiling 20 sen - belah 5
4 lori bawang merah - hiris sehalus bulu ketiak semua sekali
1 kaki halia - hiris bentuk "LOVE"
3 rumpun serai - diketuk sampai lebam
200 biji cili berapi - tumbuk sampai lunyai
1 depa kunyit hidup @ nyawa-nyawa ikan - tumbuk sampai masuk ICU
1 pohon kelapa - ambil santannya, hampas buat dedak, lidi buat penyapu, batang buat tiang jamban pun boleh

CARA :
1. Pertama sekali, cuci dengan Clorox sampai bersih daging & rebus hingga lembik dalam periuk, kuali, pengukus, kalu x dak helmet pun boleh.

2. Bila daging dah lembik terkulai layu, masuk kan ke dalam periuk yang baru beli, masukkan bawang & halia yang dihiris berbentuk "love" tadi. Kalu x sempat ko hantam je la labu!

3. Kemudian, masukkan santan tiga kolah. Kalu x dak cat pon buleh, janji putih.

4. Masukkan bahan yang ditumbuk hingga lunyai seperti cili berapi & kunyit nyawa-nyawa ikan. Masukkan pula serai & kentang ( dalam periuk tadi tau, bukan dalam mulut! Mangkuk!). Gaul rata jangan sepah-sepahkan, nanti mak marah!

5. Pastu, masakkan gulai hingga gelegak macam gunung berapi. Masukkan garam secukup rasa macam air longkang. Bila kentang dah hancur, matikan api dengan hape cara sekali pon, x padam jugak panggil POSmen tolong tiup sampai padam, x padam jugak biaq p laa, hape punya kuno dapur nko!.

6. Setelah semua setel, maka dh siap untuk dibuang!! Ko nak makan ke daging biawak!? Hape punya resipi daa.. Chet!!

p/s: dapatkan resepi asal Daging Masak Lemak Cili api dari kasihasakurakura!


Thursday, April 09, 2009 Posted by: KIDbrush®, 1 comments

BERDARAH ... Jantan perasan yang marah apabila pinangannya ditolak bulat-bulat oleh Agnes Monica pelakon ngetop Indonesia, Jelita. Beliau ditahan oleh orang ramai apabila sedang merentap bulu hidung dan ketiaknya hingga berdarah membasahi bumi. Sebelum itu, orang ramai mendakwa jantan itu bertindak nekad menampar pak guard Kedai Emas Poh Kong yang sedang lena di ulit intan dan menari tarian gelek gerudi inul sambil menjolok pusatnya dengan wiper kereta di hadapan kedai mamak Nasi Pelita. " Biar dia tahu bertapa tulusnya cintaku 100%" ujarnya. Temu bual dengan Agnes Monica dengan sopannya beliau berkata " Ah tak hingin aku!".- Foto Adanama


Tuesday, April 07, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments


PADAN MUKA!!! Adehh.... Manusia neh kalau di lahirkan dalam keadaan sihat, maka cukoplah sifatnya, kalau dididik dgn baik maka baiklah adanya, kalau bijak, bijaklah adanya, kalau comel, comelah jadinya, tapi x semua manusia neh sempurna, btui x?! Sekati korang lah kalu x setuju, haku perduli hape keh keh keh... yg nak haku tekan kan neh... tang MANUSIA TAK SEMUA SEMPURNA ha... tang neh la haku nak cerita neh. Haku neh cukop la sifat, idung x la mancung sgt, pipi tu.... stakat neh sampai Tokyo haku sorong har har har. Pendek kata kalu haku neh berlakon, menangis Rosyam Nor hu hu.. x kena la deyy!

Neh lg satu KISAH BANGANG haku. Disebabkan haku neh x seberapa sempurna, dilahirkan memang dh mcm neh. Aktif, agresif, progresif, positive, dan hape-hape yg hade "ve" ujung ahh malaih haku nak sebut semua. Maka dgn langsungnya haku telah dijangkiti sejenis penyakit, iaitu isomnia ( doktor katala...) Itu omputeh kata, orang kita kata Susah Nak Tidur haa... Haku pon cerita la masaelah haku neh kat member sekerja haku yg jauh berumoq dari haku. Kira dh tunggu masa nak pencen la gitu( bukan dh nak masuk kubur tau!). Haku pon bukan la jenih yang suka nak bagitau masaelah haku kat org laen. Tu pon pasai haku teguq dia pasai apa x pakai cermin mata. Dia kata cermin mata dia patah. So haku pon cerita punya cerita (taim tu haku kena pau teh secawan) dia kata dia buleh selesaikan masaelah haku. Buleh pecaya ka org tua neh, tapi haku x kesah la sangat, lagi pon dia bersungguh - sungguh nak tulung haku. Kira berat juga masaelah haku neh ekk....
Lepas makan tengah hari dia mai masuk opis haku uloq segulung kertaih. Haku raba - raba hade 4 biji benda hampir bulat macam biji saga. "Hah! Nko makan ni gerenti lena x ingat donia! Sekarang ni aku dah ada anak 5 tau!!". Pegh!! Yakin sungguh orang tua itu!( tapi hape kena mengena dengan anak plak..pelik)

Nak di jadikan cerita, malam semalam sebelum tidoq haku pon buka la lipatan kertaih tu. Tu dia... 4 biji ubat bersegi 4, bucu dia bulat warna biru.
Tapi haku macam pernah tengok menatang neh kat bilik mami ngan mamu haku... kot depa pon masaelah macam haku gak kot. Haku pon malaih nak pikiaq panjang, haku telan sebiji... lenih 2 minit kendian, haku dh rasa ipek dia, semacam je.. taim tu haku tengok jam dh 1230! dh lambat neh! Haku pon bedai lagi sebiji, ahh alang-alang haku bedai lagi sebiji. 3 biji dak haku cekik x tido jugak x tau laaa... Dan-dan lepaih tu haku rasa semacam, baring salah, meniarap salah, menonggeng lagi lah.... taim tu haku rasa nak cal semua kenalan wanita haku! Hadu... pasai hapa lak haku neh? dh macam kucing gatai lak pulak... kot dh penat terkial-kial haku terlena....

Pagi tadi haku cerita kat famili haku taim brekpes (aku x tau nak eja da..) haku bagi had belen kat kakak ipar haku (Violet). Haku tanya dia ubat hape neh! Taim tu laa depa dok berpesta gelak kat haku, terbahak-bahak x ingat donia. "Kid, hang x penah tengok ubat neh haku x heran, tapi hang baca dak cop kat pil tuh?" ujar Gigi setelah hampir pengsan gelak kat haku. Betui jugak, haku x baca pon cop kat pil tuh, pasai malam tadi haku main tibai je telan. Haku eja - eja V-I-A-G-R-A... viagra!!!Halamak!! Siap hade simbol ® plak tuh!!!! Adehhh.... no wander aaaaa haku peluk botoi ayaq sejuk baru buleh tidoq!! Hampaihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh cangkuii!!


p/s: Baca bismilah sebelum tido! Adios!


LEMBAP!!

Monday, April 06, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

Mengantuk?!!! Neh haku nak kongsi pengalaman paling hampeh dlm hidop haku. Haku neh x la bongok cam tenuk, pon x lak la pandai sampai tahap PhD. PMR pon cukop-cukop makan. SPM 3 kali tiru baru lepaih! Hangpa penah dak TERbengong atau TERbongok atau TERbuduh atau sewaktu dengannya? Walaupun hangpa sekolah bertingkat- tingkat, siap hade lip (menatang mcm peti sejuk turun naik bangunan tu daa...) berjaya d menara gading ka.... gading gajah ka... gading rusa ka pisang gading ka....Unibersiti tahap PhD sekali pon, musti hade hari hangpa terbuat atau tersebut atau tercakap atau hape hapelah! X sengaja, tapi dh jadik ye dak?! Patut la haku penah terdengaq mamu haku dok kata " X pa, ada hari bodoh dia" bila setiap kali kalah tender.

So... Once Upon A Taim... Haku dengan Bell baru balik dari antar saudara haku nama Rihanna( bukan nama sebenar) yg x brape rapat, hade lah bau-bau kentot skit ngan haku ke sebuah Stesen Bas ( Nama tempat di rahsiakan). Tup-tup hade Pulis roadblok betui-betui kat depan (pon di rahsiakan ). Haku tarik punya tarik sit belt keta haku tapi x bleh! Lekat la pulak! Last-last sampai depan Pulis tuh haku dok tarik lagi! Maka dengan sopan dan behemah Pulis tu pon bertanya " Kenapa Encik x pakai tali pinggang...." takot punya pasal, x habih Pulis tu tanya haku dh jawap " Hade! Neh! (siap tunjuk tu hawau!!) kulit lagi". Mase tu haku dh terasa haku dh tersilap jawap, hawau la mulut haku neh pantas sangat menjawap! Jawapan bodoh lagi sumbang plak tuh! " Bukan tu Encik, tali pinggang keledar. Kenapa x pakai?" Tanya Pulis tuh skali lg dengan tenang, tepat & jitu. Haku dh malu alah dh weii taim tu dh nak terkucil la plak... atas budibicara dan kecekapan Bell mengawal keadaan, kami di maafkan. Sampai je depan umah haku kelam kabut nak klua pasai pundi kencing haku dh tak termampu nak menahan, tersangkut pulak!! Sit belt x bukaaaaakkkkkk!!

p/s: pakailah tali pinggang keledar. Ingatilah ianya bukan sekadar hiasan!! Adios!


Monday, April 06, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments


Pewwwiiiittttt!!! Hoih sat.. phuuutttt (bisikan bayu) Aahhh lega naaa Agak lama gak haku x sawan dalam neh. Nak kata malaih tu dak laa.. nak kata x dak idea, kalu haku neh penulis tetap ,ada laa 8 lori buku dah kot haku dh tulih keh keh keh. So... wat member2 haku d dlm dan d luar, dgn Bangga & Bongkak (tapi x sumbung) haku declair " I'M BACK!!" har har har. jgn gusar jgn bimbang, haku akan bersihkan blog2 anda, rajin haku neh

Nak d jadikan ceghita d hari yg panaih terik kat tpt haku neh, semalam haku pon lepak la dgn member2 haku yg teramatlah merindui haku kat Mc D 24 jam. Lepaih lepak & sembang sampai lebam, mata pon dh naik juling , kami pon beransur laa memberamboskan diri ke kediaman terhad masing2. Taim tu aa drama dia bermula, semuanya starting bila haku terpijak sejemput "wasiat" sang kucing bestari. Once upon a taim....

The Penyangak : Nak kemana tu? (gaya Pulis gagah perkasa sambil menayang benda hitam cam sepitol kat pinggang)
The KiD : Nak balik umah bang
The Penyangak : Pukol bape baru nak balik ni? Buat maksiat ke!
The KiD : X bang, tak reti nak buat maksiat kat parking terang benderang neh
The Penyangak : Bak sini IC nko, wallet, henpon!
The KiD : IC boleh aa bang wallet ngan henpon nak wat hape?
The Penyangak : Eh menjawap ko eh! Nak masuk lokap?! (taim tu sorang lg member dia dok main2 dgn besi yg haku tgk mcm gari)
The KiD : Haku x wat salah bang, pasai hape nak msk lokap lak? ( Taim tu haku dh suspek hade yg x kene)

Sep baek hade kereta peronda lalu (cam iklan laa) " Brader ada masalah ke?"

The Penyangak : X de bang, member lama? (bila mase la haku bermember ngan mangkuk ni lak)

Hah! Member haku had dok diam dari tadi tuh p la dekat penyangak 2 ekoq tu. Pulis peronda tu pon dh mula curiga

The Member : Bang, tgk kad kuasa boleh?
The Penyangak : A.. a a a ehh! Ko sape nak minta kad kuasa aku! (muka dh berubah)
The KiD : Hotak hang! ( haku terus rampas pistol kat pinggang sorang lg penyangak tuh... haik ringan je pistol? Pistol plastik?!!)

Pek!Pek! Selambe je member haku lempang dua-dua penyangak tu, member haku neh Detektif caw Kongsi Gelap D7 Melaka. Peronda tadi pon tahan aaa dua-dua penyangak tu tadi. Periksa pnya periksa, hade kad UNISEF kat depa. Sorang nama Haryanto sorang lg Dwinata. Mak aih, bila masa lak Pulis Malaysia ambik wak dari seberang jadi Pulis plak! Adeh pening haku pening! Haku pon bongkak aaa berkata-kata sambil menenyeh kepala depa " haku dh hagak dh hangpa neh penyangak! (padahal tadi dh nak terkucil dh...). So Pulis betui yg meronda tadi pon tangkap aaa dua ekoq penyagak tadi. Sambil2 tu Pulis tu dok jeling aaaa kat roadtax keta haku yg dh arwah bln 12 taun lepaih haku sengeh ja... jgn la saman haku........ wat ever laa.. kiranya haku dh membantu menyelesaikan kes2 menyamar Pulis kat Melaka neh., bangga sungguh haku har har tapihaku cukop heran betui aa, kalu Pulis x mengaku Pulis... yg bukan Pulis lak mengaku Pulis, wak indon plak tuh! Hadeh donia-donia...Itu pon sep baek member haku tu Pulis betui. Kotnya serupa cam haku kan naya!

P/s: berhati-hati lah anda di mana jua anda berada keh keh keh adios!