KEPALA LUTUT DALAM TOPPERWARE!!!

Thursday, April 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut  dan luruh bulu hidung saya apabila menemui topperware plastik hitam berisi  kepala lutut!!” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengkaji bahan buangan  dan kumbahan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan kepala lutut gebu!!


Kumpulan Baju Sendat berikrar usir Apsthisshit

Monday, April 12, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

BENGKOK: Penunjuk perasaan Baju Sendat Pethailend kini berikrar meniduri Perdana Menteri, Apsthisshit Vejiaupuyau supaya menanggalkan pakaian di sinun dekat ulu  sana, seperti juga bekas pemimpin yang mereka sokong, Thokseh Sandiwara.


NYAWA DISEBALIK PAGAR

Saturday, April 10, 2010 Posted by: Adanama007, 0 comments

KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti filem aksi hindustan, dua peragut bersenjatakan parang panjang nekad menyerang seorang wanita warga emas yang sudah tahap "panggilan kubur", selepas melompat pagar dan menyerang mangsa di halaman rumahnya sendiri. Mangsa berbuat demikian kerana percaya penyamun berkenaan tidak mampu beraksi sepertinya kerana bermotorsikal. Namun sangkaannya meleset apabila beliau sedar penyamun itu bukan sahaja gagah berjalan kaki malah jauh lebih muda dan bertenaga darinya walaupun hampir tiap-tiap hari berjogging dan poco-poco.


Dua Budak Botak

Monday, April 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

Dua budak botak! Yesh satu segmen baru haku mengenai sembang-sembang tajuk HOT semasa di bahagian sidebar blah bawah, selepas cbox. Sebagai myMetro fans, haku ajak la korang semua membaca online paper... tuh kan budaya yang baik. Len la korang tuh buta huruf koh koh... so kalu korang nak baca lebih lanjut, klik je link kat bawah segmen "2 budak botak" tuh dan teruskan membaca di original link....dan satu lg blog baru haku "15 min before 12" berbentuk diary pon hade... komen korang amat haku hargai demi membina masa depan yg cerah koh koh .....ye la tuh huah huah huah..tatatititutu


Adeheii...Artis

Saturday, April 03, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

Kau pergiii... belum lama dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian astis yang baru nak ngetop Akademi Fantasia (kalau tak silap). Muda lg dah jalan. Tak lama kendian sorang lagi Master lawak plak kembali ke pangkuan Ilahi. Terasa je bila dengar radio dah tak dengar lawak merapu Din Beramboi. Tetiba je kan. Wat to sei?... ajal maut di tangan Tuhan. Buat la macam mana pon kalu dh ajal, kiok jugak betul tak. Tengah gelak pon boleh padam... inikan memang sedia sakit. Al-fatihah....