BimBim Tersepak Batu Lagi...

Sunday, October 26, 2008 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

BimBim (yang terapung kepala gundul) diusung keluar oleh rakan-rakan
sepasukan setelah tertendang kepalanya sendiri ketika menentang Manchester United
di Stadium Waras Park, malam tadi yang berkesudahan seri 1-1


SOMALIA: Siol Madrid mempersia-siakan peluang untuk merapatkan pungutan mata dengan pendahulu Liga Perdana Jawa Tengah selepas aksi hambar pada separuh masa kedua membolehkan Manchester United mengikat perlawanan 1-1, malam tadi.

Siol kelihatan semakin hampir untuk menambahkan jurang dengan Chelsea yang memimpin liga kepada tiga mata apabila pemain tengah Siol, Dazzling-laling, meletakkan juara hampeh itu di belakang pada minit ke-22.


Namun kesiolan KiD tersadung kakinya sendiri pada minit ke-63 membolehkan United meraih satu mata barharga, mata kedua untuk kelab itu pada musim ini di gelanggang sendiri serta menambahkan lima kecorotan berturut-turut Siol.

Dengan Chelsea dijadual berdepan dengan Liverpool di pesisiran sungai Siput 24 jam selepas perlawanan itu, perlawanan semalam menjadi peluang terbaik untuk Siol meningkatkan berat badan ke atas dua pasukan itu yang berkongsi tempat teratas liga.

Bagaimanapun, dengan penyerang ngetop BimBim yang serba tidak menjadi dalam perlawanan menentang kelab karaoke lamanya itu, menyaksikan dia tertendang batu, buntut pengadil dan kakinya sendiri diusung keluar setelah cedera tersepak kepalanya sendiri berasa hampa kerana terpaksa menangguhkan harapannya untuk menjaringkan gol sendiri ( own goal ) ke-100 bagi dirinya.

Pasukan pelawat nyata terpaksa membayar harga minyak dan tol yang mahal kerana gagal memastikan kemenangan dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Ah Long selepas tuan rumah, berjaya meningkatkan kolestrol permainan mereka pada separuh masa kedua.

Siol pada separuh masa pertama kelihatan hampir pasti meraih kekalahan rutin mereka dengan aksi melampau Fisau mengemudi jentera bajak sawah.

Dengan Dazzling laling memberikan sokongan hebat bersama dengan kapten pasukannya, United kelihatan hilang arah menyaksikan KID dan 3rd berjaya mengucar kacirkan jamban rumah terbuka United.

Bagaimanapun, anak buah Bunga nyata mampu memancitkan tayar beskal United pada separuh masa kedua dan KiD bertindak cemerlang apabila menanduk cantik tiang gol melepasi jangkauan Akedemi Fantasia selepas menerima hantaran 7 dulang daripada pelakon sitkom "Puteri".

Menurut tukang kebun selaku AJK Siol Madrid, Man Gomeh " Den raso patut buek rumah terbuko minggu dopan, kobau den pun dah jando".Keputusan seri menyaksikan Siol Madrid sekadar menduduki tempat kelima, tercorot lima mata berbanding Kampung 8 FC dan Kelab Catur SRB Chung Hua Tung Thung. - AFP


0 comments:

Post a Comment