JOM MERAPU (Re-Post)

Thursday, November 04, 2010 Posted by: Adanama007, 6 comments

Pertandingan Matematik  Peringkat Tok Sidang 2010 Jawa Tengah: Pertandingan Matematik antara tok sidang se antero Nusantara!! Buat julung kalinya Kesatuan Tok Sidang Jawa Tengah telah mengadakan pertandingan Matematik Pra-UPSR 2010. Pertandingan telah di adakan di perkarangan  Sri Pentas, iaitu di kawasan parking kereta (lokasi tepat di rahsiakan). Hadiahnya sungguh lumayan, dimana pemenang akan minum petang bersama Zakiah Ganaz (Pengacara 666) dan juga kerakyatan tetap Malaysia. Oo Mak aihh...

salah seorang peserta yang gagal
Mengikut ketua eksekutif Kesatuan Tok Sidang, Suhardi Bustarime Kastelo yang juga penasihat Kumpulan Geng Rabun, peserta akan ditanya 50 soalan matematik UPSR tanpa henti, 2 saat setiap soalan. Jika salah akan didenda Tumbukkan Padu Pendekar Tangan Berapi. Peserta hendaklah Tok Sidang yang berdaftar, seksi, berlesung pipi bersaiz syiling 5 sen, pernah mengundi, semestinya Jantan Tulen, hangat dipanasaran dan tidak bertepuk sebelah tangan!

katanya, "Setakat ini 44 sudah di masukkan ke wad ICU, 33 pesakit luar, 22 sawan, 11 pendarahan pundi kencing dan cuma 5 berani mengundur diri". Acara final Laga Lutut Berkain Pelikat akan di hadiri oleh Zakiah Ganaz sendiri sebagai pengadil. "Patah sayap bertongkat paruh, patah hati siapa yang perduli..." ujar beliau menghakhiri bicara.


HILANG TIDAK BERGANTI

Sunday, October 24, 2010 Posted by: Adanama007, 4 comments

Hoi sahabat!! Itulah mukadimah arwah bila sergah geng-geng beliau. Ada jalan depan pun kalau boleh dia akan pusing ikut belakang hanya nak sergah kita. Bila tengok kita terkejut, gelak tak henti-henti, yang lawaknya kita yang terkejut ni pun ikut gelak sekali!

Den kenal arwah sejak tahun 1999. Belajar satu kolej yang baru di jenamakan semula, UiTM. Keperibadian arwah tak pernah berubah dari dulu lagi. Air muka selamba, tapi bila buka mulut kalau tak melawak tak sah. Tinggal pula satu bilik dengan arwah, memang hari-hari semput nafas dibuatnya. Pagi petang siang malam gelak! KiD memang glamour dengan muka sengih ala kerang kecut. Mula-mula kenal arwah, den cukup kagum dengan keyakinan dan keterampilan beliau yang sangat positif, aktif, agresif 24 jam !

UiTM 1999-2003
Dari satu bilik sampai menyewa pun satu rumah di sekitar kawasan Shah Alam, arwah tak pernah berubah perangai. Aktif 24 jam. Pernah tengok orang belajar sambil berjalan? Bersukan? Mandi? Kalau den expert study sambil tidur, arwah lagi khatam belajar dalam tidur! Pasal awek? KiD sedikit alergik dalam bab-bab jiwang. Masa tahun pertama buat ijazah, ramai sangat la yang berkenan. Secara langsung den sebagai kaki kiri beliau jadi postman.. dan tukang baca sekaligus jadi ubat nyamuk!

Puncak Gunung Jernih, Ijuk Perak 2002

Hal-hal peribadi, KiD tak pernah kongsi. Bila dah grade barulah den tahu latar belakang beliau. Tapi bab RM tak pernah kedekut, walaupun RM 1 dalam wallet kami kongsi sama-sama beli maggie. Pernah dulu kakak den kahwin, nak balik kampung poket kosong. Arwah keluar bimbit plastik, tak tahu kemana. Petang hari yang sama, arwah bagi RM 100 kat den. Dapat juga den balik kampung hari tu. Seminggu lepas cuti, baru den tahu arwah jual kasut kegemarannya Adidas Samba. Sampai sekarang den rasa bersalah. Bayar 10 juta sekali pun, tak akan dapat kasut yang sama jauh sekali serupa. Lepas grade 1/2 tahun den dan arwah tanam jagung jual kangkung. Nasib baik masa tu berjinak-jinak dengan pengiklanan, penulis bebas dan partime Hotel.

Arwah melanjutkan pengajian ke luar negara, den melilau cari kerja, zaman awal tahun 2000 ramai pemegang ijazah menganggur. Tahun 2005 barulah den dapat kerja goment. Dan selama itu juga den dan KiD lost contact. Tiba-tiba je den dapat mms dari beliau disertakan gambar terkini beliau (gambar hphone dulu-dulu teruk). Aik!? Belajar jurusan lain, kerja bidang lain. Pening-pening. Mungkin KiD tak pernah dedahkan pekerjaannya. Arwah berkhidmat dengan PDRM. Terkejut?

siapa sangka cempedak jadi nangka
Tahun 2004 di Sutera Habour Resort Sabah, den kebetulan terhantuk kepala dengan beliau. Den ikut bos den dinner bersama Pak LAh ramai-ramai. Terkejut tengok beliau tercongok di sudut ballroom. Perangai sama juga, cuma control ganas. Kepala pun macam The Rock hee.. Protokol la katakan, eskot Perdana Menteri. Dari situ kami kembali rapat macam zaman muda-muda dulu. Maaflah kalau kualiti gambar den lagi teruk. Itu je la yang ada jang!

Memang arwah nakal, tapi setahu den beliau kurang minat dengan cintan-cintun. Apa yang den tahu arwah suka melancong, sukan lasak dan kutip kucing terbiar. Cuma lepas beliau dimiliki, barulah beliau tidak berapa aktif dengan geng kangkang beliau (motor besar). Kalau tak, kejap kat Johor, kejap kat Perak, Perlis, Penang..

KiD dan isteri semasa di homestay Pangkor
KiD mudah sesuaikan diri dimana-mana saja beliau berada. Letaklah kat mana pun, selamba je dia! Den puji budi bahasa beliau, lebih 10 tahun kenal tak pernah dengar beliau mencarut. Paling-paling pun "shit", itu je . Diam-diam awal bulan April lepas arwah kata nak settle down. Dengan teman tapi mesra beliau, gadis ayu kerabat Tengku. Hebat juga arwah ni kan. Sesuai lah Syed dengan Tengku, cuma pelik kenapa arwah tak pernah guna pakai nama Syed beliau. Bagi den beliau bagaikan penyeri setiap suasana. Di mana ada KiD, di situlah ceria gelak ketawa. Beliau pendengar yang setia, murah dengan senyuman, jauh sekali sombong. Paling menyayat hati, beliau tidak sempat menimang cahaya matanya yang bakal di lahirkan March 2011 dan pada hari beliau dikejarkan ke Hospital, beliau baru selesai hias kek hari jadi isterinya. Apakan daya Tuhan lebih menyayangi beliau. Semoga roh beliau di tempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Al fatihah...

Gambar terakhir arwah bersama isteri

Fakta kejadian sebelum arwah meninggal:
*9/10/10-KiD mengadu panas badan selepas balik dari Banting Selangor ( kes Dt' Sosilawati)
*13/10/10-KiD Mc selepas balik dari medical checking. Menurut orang gajinya, KiD makan nasi lemak yang dijual seorang penjaja.
*13/10/10 @ 6 pm- KiD dikejarkan ke hospital setelah didapati kejang otot dan tidak sedarkan diri dan dirawat di ICU.
*13/10/10 @ 9 pm- doktor mengesahkan KiD koma.
*17/10/10 @ 10 pm-KiD sedar dari koma dan sempat meminta maaf kepada orang tuanya dan isterinya
*17/10/10@ 1130pm-KiD diserang kejang otot dan
menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam.


KID PERGI BUAT SELAMANYA

Tuesday, October 19, 2010 Posted by: Adanama007, 6 comments

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Untuk makluman tuan, puan, rakan-rakan bloggers dan teman-teman sekalian, Allahyarham KiDbrush
®, penulis tetap blog ini sudah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam tempat kelahirannya di Pulau Pinang kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Allahyarham KiDbrush® atau nama sebenarnya Iskandar Zulkarnain telah menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU, hospital yang tidak dapat dinyata disini, kira-kira jam 11.30 malam kemarin selepas 7 hari koma sejak 13 Okt 2010 yang lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu yang baru sahaja dinikahi awal Jun 2010,Tg Alissa Shafina Tg Hashim serta tidak sempat menimang cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan pada March 2011. Allah maha pemurah, lagi maha menyayangi. Kami Lola's Brotherhood mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.



KID PERGI BUAT SELAMANYA

Tuesday, October 19, 2010 Posted by: Adanama007, 0 comments

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Untuk makluman tuan, puan, rakan-rakan bloggers dan teman-teman sekalian, Allahyarham KiDbrush
®, penulis tetap blog ini sudah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam tempat kelahirannya di Pulau Pinang kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Allahyarham KiDbrush® atau nama sebenarnya Iskandar Zulkarnain telah menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU, hospital yang tidak dapat dinyata disini, kira-kira jam 11.30 malam kemarin selepas 7 hari koma sejak 13 Okt 2010 yang lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu yang baru sahaja dinikahi awal Jun 2010,Tg Alissa Shafina Tg Hashim serta tidak sempat menimang cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan pada March 2011. Allah maha pemurah, lagi maha menyayangi. Kami Lola's Brotherhood mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


PRAY FOR KIDbrush®

Thursday, October 14, 2010 Posted by: Adanama007, 0 comments

We are sorry for leak of updates. The writer of this blog is in state of emergency and still in intensive care for last 2 days cause of Leptospirosis. KIDbrush® still unconscious in this very moment. Due to the family privacy, the hospital will not be announce. Friends and readers, let us pray may Allah bless him to cure fast.

Kami meminta maaf atas kesulitan yang di alami. Penulis blog kini masih dirawat dalam Unit Rawatan Kecemasan sejak petang semalam kerana disyaki dijangkiti kuman Kencing Tikus. KIDbrush® masih tidak sedarkan diri sehingga sekarang. Atas dasar hak peribadi, nama hospital tidak akan dinyatakan. Rakan-rakan dan pembaca, mari kita doakan agar Allah rahmati beliau semoga cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.


STREAMYX YANG MALAS

Saturday, October 09, 2010 Posted by: KIDbrush®, 18 comments

Lembap! Fail! Tegedik-gedik nak connect. Bila dah connected lepas 4 kali haku buang air, tekemut-kemut plak nak loading. Haih... nampak gayanya kena beralih ke Broadband la gamaknya. Hadehhh...


BLUES TARIK HANDBRAKE

Tuesday, October 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 20 comments

Semekom! Ooooo semekom! Aik? senyap je humah haku? Salunya dengar bunyik keta haku dah tercacak mem haku depan pintu. Hari neh tak pulak. Pintu terbukak, gate tutup tapi tak kunci. Heran, keta hade, orangnya mana? Penyamun masuk ke?!! Oh Tuhan selamatkanlah mem haku...


9 FILEM YANG TAK AKAN KELUAR WAYANG

Wednesday, September 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 22 comments

Filem Malaysia kengkadang meriah, kengkadang suram. Kelammmm je... kalu musim citer hantu, semua berebut bikin citer seram. Kalu musim citer lawak, sepanjang taun, lawakkkk je. Kalu musim bercinta plak.... leleh bertamannn sampai lebam keh keh...


BILA DIRI TIDAK DIHARGAI

Saturday, September 25, 2010 Posted by: KIDbrush®, 14 comments

Sabar.... dolu orang kata, sabar tuh separuh dari iman, bagi haku sabar tuh iman. Tapi setakat mana bleh sabar? Kalu kena manjang? Nak sabar tengkorak hapenye?


EKSLUSIF - THE UNKNOWN TRUTH

Thursday, September 23, 2010 Posted by: KIDbrush®, 12 comments

Shocking!! or too hard to beliave? Hape yang akan haku paparkan kali neh mungkin akan membuat anda terkezut?! Terserdak?! Terkentut!!


PETANG YANG PANJANG

Monday, September 20, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Shopping lagi!? ingatkan dah lepas raya neh, tenang poket haku. Ropa-ropanya hujan di petang hari! Bulan posa, shopping! Tengah bulan posa, shopping! Sebelom raya, shopping! 2-3 hari nak raya, shopping! Lepas raya pon shopping!! adeheiii...


ADA APA DENGAN CUTI & RESIPI??

Saturday, September 18, 2010 Posted by: KIDbrush®, 17 comments

Sonok cuti??  Kalu dah sonok mustilah besh kan kan kan. Haku pon cenggitu gak tapi x semua bleh dikongsi kat sineh. Haku neh bukan lah Si Tonggang, er... Tonggang ke Tanggang aa?? Tenggang? Si Tonggek? lantak lah...


BALIK KAMPUNG!

Wednesday, September 08, 2010 Posted by: KIDbrush®, 7 comments

Ho ho ho.. balik kampung... Tiap-tiap taun lagu tuh terngiang-ngiang dalam kepala hotak haku, x bleh elak, otomatik! Taun neh x macam taun lepas-lepas, taun paling berbeza dari sebelomnya. Kalu dulu terus balik Penang, kali neh beraya di Kuching Sarawak. Dah tentu lain!


MEMORI ANAK BULAN 3 - MALAM 7 LIKUR

Friday, September 03, 2010 Posted by: KIDbrush®, 31 comments

Malam Lailatul Qadar... hampir semua mengatakan malam 7 likur adalah 7 hari sebelom Raya Puasa. Maka rumah umat Islam seantero Malaysia terang benderang dengan lampu pelita panjut. Bukan pasal black out, pon bukan pasal umah x dak elektrik. tapi, "feel" sebelom Raya. Kalu yg x bayar bil karan tuh haku x campur, aduyaiii...


MERDEKA 53 - Part 1

Tuesday, August 31, 2010 Posted by: KIDbrush®, 18 comments

53 TAHUN.. Pejam celik, pejam pastuh celik balik dah sambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun. Hade yang baru sambut 20 tahun merdeka (lahir 20 thn yg lampau), hade yang baru nak sambut merdeka yang pertama. Hapekah merdeka bagi anda?


HE OR SHE?

Thursday, August 26, 2010 Posted by: KIDbrush®, 17 comments

Is she?.. sekali pandang x hade yang pelik, 2-3 kali pandang pon sama gak. Nothing suspicious! Tapi haku neh lelaki tulen, haku dianugerahkan mata yang sharp, hidung yang sangat sensitif dan deria haba tahap termostat!


TERBONGKAR JUA AKHIRNYA

Sunday, August 22, 2010 Posted by: KIDbrush®, 29 comments

Pecah! yesh.. memang rahsia kemurungan haku bocor, sepandai-pandai tupai melompat, last-last ekseden jua. Aksi termenung badak haku ahirnya terbongkar, kecundang di tangan mem haku sendiri, tapi selesainya tidak! hampeh..


JANGAN ANIAYA BINATANG

Saturday, August 21, 2010 Posted by: KIDbrush®, 16 comments

Mimik!! tuh nama panggilan manja kucing bengal haku yang gbunchit nak mampos. Kucing jantan tp nama betina. Alaa.. bukan beliau tau pon, kalu haku panggil beliau badak pundan pon beliau buat derkk je keh keh..


JUADAH HAPE KEJADAH

Wednesday, August 18, 2010 Posted by: KIDbrush®, 19 comments

Marey!! marey... rapat-rapat abang, kakak, pakcik, makcik, awek wewitttt!! ya mareyy mareyy!! macam-macam hade! rendang, ketupat, lemang, ayam, kambing, lembu ,ikan paus beruang kutub heheiiii..... pilih pilih pilihhhh!!!


MEMORI ANAK BULAN 2

Saturday, August 14, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Habuan... itu la cara orang tua haku nak galakkan kami 3 beradik posa penuh, x penuh pon setengah pon jadik la. Bukan hape, antara haku dan GiGi x termasuk BeLL, posa haku paling x senonoh! Jangan katakan setengah, suku pon tak sampai!


ADA APA DENGAN CHINTA? 2

Friday, August 06, 2010 Posted by: KIDbrush®, 19 comments

Chinta..Mana-mana manusia yang masih dikategorikan sebagai Homosapien, maka wajiblah beliau mengalami anjakan paradikma ini. Tak kesah sama ada anda waras, kurang waras, suku waras, tidak waras mahupon setengah tiang. Chinta tetap hadir dalam hidop kalian (waduh-waduh)...


ADA APA DENGAN CHINTA? 1

Thursday, August 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 18 comments

Chinta? adehh... Atas permintaan pihak yang tidak bertanggungjawab memaksa haku menulis entri jiwang. Haku sama sekali tidak pernah menghampakan kengkawan, tapi jangan la ugut nak boh muka seksi haku tidoq kat internet, aduyaiii...


POSSER LA BEB

Tuesday, August 03, 2010 Posted by: KIDbrush®, 36 comments

Posserrr... aka menyamar??? Hmm nak jugak haku berceloteh topic neh. Tapi hapa yang sebetui2nya boleh di kategorikan sebagai "penyamar" atau menyamar atau Myanmar he he he..meh sebei sama2!!


EASE UR MIND IN 4 MIN

Sunday, August 01, 2010 Posted by: KIDbrush®, 10 comments

Breaking the day in just 4 min??!! Yesh meh ikot haku tengok vid neh. Walaupon dh lapuk tapi tetap segar. Vid neh hade lawak , bangang pon hade, cute, comel, hade 18 sx, hade ekstrim tapi x dak eskrim (aiskrim) dan x sesuai untuk ibu2 yg baru nak mengandung koh koh! jom tengok..


CHEAP SALE DAN LEMANG

Thursday, July 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 12 comments

Raya bakal menjelma, puasa tinggal beberapa hari je lagi. Cheap sale pon dah start sana sini smua hade! 50% 30% 20% pendek kata smua diskaun. Naik rabun mata haku. Tapi haku x mudah tergoda, pasal haku jarang shoping tapi salu gak ricky harga baju-baju yang haku minat cam Camel, Polo, Seed dan Padini. 2 Bulan lepas sblom diskaun harga RM 110, skang dh diskaun 30% harga RM 109.90!! what the tutttttttttt!! harga asal kat tag sbelom diskaun RM157!! rugi seposen je!


LUCKY LAKI

Tuesday, July 27, 2010 Posted by: KIDbrush®, 10 comments

Bertuah punya budak!! Hitu laaa mami haku dok jerit taim kecik-kecik dulu. Hiperaktif sangat terbawak-bawak sampai la neh. Taim tuh kengkawan haku toksah cerita, uihhh punya la ramai geng-geng yang semua spesis samseng taik kucheng hoh hoh...


PERMINTAAN YANG TERLUPA

Sunday, July 25, 2010 Posted by: KIDbrush®, 16 comments

Sori bro, sori sangat-sangat. ucapan sori sebelum raya haku ucapkan untuk bro Zakrool @ Zam. Minggu lepas bro Zakrool mintak haku beri pendapat tentang macamana nak modifikasi motor gabak beliau...tapi haku lupa. La neh baru nak buat hoh hoh..


INSPIRASI

Friday, July 23, 2010 Posted by: KIDbrush®, 12 comments

Ilham.. pendorong, pembakar semangat dan macam-macam lagi lah. Hade yang menjadi objek fizikal sebagai pendorong. Hade jugak yang menjadikan lagu, khayalan, angan-angan, cita-cita sebagai pendorong. Haku?.... rasionalnya, haku jadikan individu di sekeliling haku sebagai inspirasi abadi...


JIWA LELAKI

Wednesday, July 21, 2010 Posted by: KIDbrush®, 12 comments

Lelaki... bila meluahkan perasan x semuanya face to face. Selalunya melalui perbuatan, objek, lagu dan macam-macam lagi. Lelaki spesis neh ego dia jelas tapi jenis neh la banyak diimpikan oleh wanita. Nampak ganaz, macho,  bertanggungjawab, cool dan tenang. Malah kebanyakkannya bijak-bijak belaka, cam haku keh keh...


MEMORI ANAK BULAN

Monday, July 19, 2010 Posted by: KIDbrush®, 10 comments

Dah Nak Raya dah??.... keh keh keh, posa belom dah nak cerita pasal raya ye dak. Ptg tadi haku jengah upis haku yang sesak ala Jom Heboh. Pelik tapi bener dong, hari Ahad pon hade orang. Mulanya hero (haku lah tuh) kompius bercampur ghairah nak tahu pasal hape ramai sangat jembalang dan penunggu upis haku bergentayangan hari neh...


PENANGAN BULAN MENGAMBANG

Thursday, July 15, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

Tak habih-habih buat hal. Leklok bini dah jamin pon bual hal lagi! Hish mana haku x hangin, pasal si Jantan Badrul Muhayat tuh, x pasal-pasal Mem haku libatkan haku sekali. af@#$%^&taliban*&^wakaka!!


IKLAN KETIAK BOCOR!!

Monday, July 12, 2010 Posted by: KIDbrush®, 5 comments

Ketiak bocor? Anda perasan tak ketiak anda selalu basah? Melekit? Kengkawan lari bertempiaran? Tiba-tiba je awek pengsan? Atau lebih straight forward, semua orang sekitar anda lemas!!!


KUNTILANAK NAFI MAIN KAYU TIGA

Friday, July 09, 2010 Posted by: KIDbrush®, 5 comments

Special Keliwon Interview, membawa haku dan Adanama007 menemubual Kuntilanak sepanjang zaman bernama Kitty Kitty sebelum program realiti EMBUN menutup tirainya subuh tadi. Beliau tidak kecewa dan tetap berpuas hati walaupun hanya menduduki dahan keempat, selepas Pontianak, Langsuir dan Zarina Ann Julie pada final musim pertama dan terakhir program realiti tersebut. Kitty-Kitty yang berdarah campuran Pakistan di sebelah bapa dan Ayam, Nyamuk serta Itik sebelah ibu berkata, peluang menyertai program terbitan Hantu Pisang dan Saka Jamban Trading Sdn Bhd memperkenalkan namanya di alam misteri Keliwon.


ARIES MACHOS

Thursday, July 08, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Jejaka Aries Machos? Yesh jejaka macho berbintang Aries dan haku adalah salah seorang jejaka itu har har perasan sungguh jantan ituh. cheshhh!!!


JOM KACAU ORANG

Friday, July 02, 2010 Posted by: KIDbrush®, 4 comments

Kacau orang? Ha ah lee... dh memang itu hubi haku keh keh. Kali neh haku sakat blogger len yang haku sendiri tak kenal, malah dia pon tak kenal haku. Korang pon tak kenal haku, haku pon tak kenal korang har har har (hape hentah)....


STREAMYX OWH STREAMYX

Wednesday, June 30, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

PAY FOR NOTHING... kenapa haku kata gituh, adakah haku tensen, marah, ataupon kecewa? Yesh memang haku dah kecewa dengan Broadband no 1 Malaysia neh... chehhh no 1 konon..


FiFA GiGA BOLA

Sunday, June 27, 2010 Posted by: KIDbrush®, 5 comments

Joga Bola, Tidur Bola, Bangun Bola, Berus Bola (huhh?), Mandi Bola (hohh?), Makan Bola (kebulur hape?!), Minum Coca Cola, Berak Bola (pulak dah?!) pendek kata semua bola. Belum masuk bab Tengok Bola & main bola!


FEEL GOOD TO BE

Thursday, June 24, 2010 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

FEEL GOOD TO BE BACK!! A month of leave, a very-very long holliday! Hangpa tau la lagu mana syoknya cuti heh heh.... sori naa terkeluaq slang. Wat eber pon haku dah kembali ke dunia nyata yang penuh pancaroba neh. Tak kan nak coti setahun kot...


MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!

Monday, May 24, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Watch out! Watch out!! KID's coming now... oh yeah oh yeah... waisehmen lega gila kepala hotak haku kerja dah bereh. 98% accepted plak tuh hah hoh hah hoh bangga sungguh haku! Haku bebas!! Haku free!! Merdeka!! Merdeka!! yaribaa angreyy  yabedabeduuu!!


HAKU BIZI KE ???

Thursday, May 20, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Sumpah!! haku bizi giler2 minggu neh sampai minggu depan! Dateline Isnin depan buat haku terkejar sana terkejar sini terkejar sinun! Sampai mata air pon haku lupa nak nak layan. Dah lama haku tak tido kat pjbt. Semenjak 2 menjak neh, situ laaa pjbt haku situ laaa bilik tido haku. Adeheiiii!!!!!!!!


TUNJUK AJAR HAKU SIFUUUUU!!

Sunday, May 16, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

Happy Teacher's Day... ucapan ikhlas untuk semua Guru-Guru dan Cikgu-Cikgu serta Sifu-Sifu yang pernah mendidik dan mengajar haku sehingga ke tahap neh. Walupun hade yang dah x kenal haku... dan haku  bg clue untuk refresh memori sifu-sifu sekalian. Remember... "Ishk" haaa.. dapat tak haa kan kan tak ingat la tu


TAFSIR MIMPI

Sunday, May 16, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

Mimpi... Pernahkah korang mimpi? Mimpi indah, mimpi ngeri, seram, sedih... mimpi basah??!! Betul ke mimpi tuh hade maksud disebaliknya? Atau cuma mainan tidur. Atau... mungkin korang tidur x basuh kaki...


KID BERANGAN NAK JADIK ' THE ROCK '

Saturday, May 15, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

If you smell la la la la!!!  What KiD is cooking (megi hoh hoh). n3 hampehh haku berangan nak jadik 'The Rock' Dwayne Johnson. Pasai haku mc hari neh, maleh nak p pejabat. Dah x tau nak buat hape haku pon selongkar la almari BeLL. Sememangnya adik haku neh pompuan. Tapi suka sesangat nonton WWE @ WWF. Harap rupa je lembut ala cikaro Korea, tp pe'el jauh beza malah la neh dok gila sakan joint MMA (Mix Martial Art).


PDRM CUTI PENUH 11 JUN 2010 - 11 JUN 2011!!!!

Tuesday, May 11, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

Aduyaiii... Harimau Biru, sejak last-last neh dah makin bertambah isu-isu hangat pasukan keselamatan nombor 1 dunia neh. Hade saja yang x kena. Agaknya lepas neh kuasa-kuasa depa di turunkan lagi sama label dengan Pasukan Rela kot, x pon sama mcm jaga. Agaknya itulah kehendak masyarakat kita yang berpendidikan tinggi neh...


SELAMAT HARI IBU

Sunday, May 09, 2010 Posted by: KIDbrush®, 10 comments

Love You Mama.... Dari haku sekecik tapak tangan mak haku  belai dengan penuh kasih sayang. Jenuh dok layan kerenah macam2 perangai haku. 1 minit pon x penah lupakan haku sampai laa.. tangan mak haku x cukop nak tadah. Kalu dulu macam tatang minyak penuh, skang neh haku x tau dah, macam tatang anak gajah kot hoh hoh


BLOGGER MELAMPAU!!

Friday, May 07, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

Haku Sergah!!  haaa... inilah akibatnya bila dah melampau sangat cuba nak aniaya orang len. Tau la kat alam maya internet neh, semua org bleh bermuka-muka. Tapi hagak-hagak la. Jgn la naya org len. Bukan hade pekdah pon


HAKU KENA TAG!

Wednesday, May 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

Haku kena TAG!!  yee.. dh lama benau haku x menjawap sebarang TAG walau sebatang ayat pon. Selama neh haku berjaya ngelat dari kena TAG dgn kengkawan. tetiba sorang blogger comel kiut miut MisZack TAG haku. Adeheii! meleleh hingus haku jawap kui kui...


MUVIE MARATHON

Wednesday, May 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Naik muntah haku menonton 10 DVD none stop! Sampai makan pon haku buat Pizza dilivery! Wat ever ini adalah salah satu daripada weekend Day Breaker Ja'vuu list haku. Pengalaman menarique, perbuatan normal hujung minggu yang haku besa buat tapi haku  carca merbakan  ke arah lebih ekstrem! Hasilnya? Lumayan pak!! Berikut adalah komen dan sinopsis haku pada muvies yg haku dok ligan dalam tempoh 24 jam....


DAY BREAKER JA'VUU~

Sunday, May 02, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

Bored?! hari-hari buat benda yang sama everyday again n again? Terpaksa jugak buat kerana the only jobs for living? No choice? Tak tau hape nak buat walaupun hade 2 days off a week? Atau... x pernah enjoy your life hanya sebab life too short or maybe semua tu mengarut dan buang masa? Well think of it carefully...


KENAPA HAKU KERAP HILANG?

Saturday, May 01, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

HILANG LAGI?!  begitulah gamaknya kengkawan haku salu tanya bila haku sat-sat ilang, pastu timbul balik. Tak kemana pon, dalam Malaysia je yob. Kengkadang je haku dan rakan-rakan keluar dari bumi BERTUAH neh.


KEPALA LUTUT DALAM TOPPERWARE!!!

Thursday, April 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut  dan luruh bulu hidung saya apabila menemui topperware plastik hitam berisi  kepala lutut!!” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengkaji bahan buangan  dan kumbahan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan kepala lutut gebu!!


Kumpulan Baju Sendat berikrar usir Apsthisshit

Monday, April 12, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

BENGKOK: Penunjuk perasaan Baju Sendat Pethailend kini berikrar meniduri Perdana Menteri, Apsthisshit Vejiaupuyau supaya menanggalkan pakaian di sinun dekat ulu  sana, seperti juga bekas pemimpin yang mereka sokong, Thokseh Sandiwara.


NYAWA DISEBALIK PAGAR

Saturday, April 10, 2010 Posted by: Adanama007, 0 comments

KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti filem aksi hindustan, dua peragut bersenjatakan parang panjang nekad menyerang seorang wanita warga emas yang sudah tahap "panggilan kubur", selepas melompat pagar dan menyerang mangsa di halaman rumahnya sendiri. Mangsa berbuat demikian kerana percaya penyamun berkenaan tidak mampu beraksi sepertinya kerana bermotorsikal. Namun sangkaannya meleset apabila beliau sedar penyamun itu bukan sahaja gagah berjalan kaki malah jauh lebih muda dan bertenaga darinya walaupun hampir tiap-tiap hari berjogging dan poco-poco.


Dua Budak Botak

Monday, April 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

Dua budak botak! Yesh satu segmen baru haku mengenai sembang-sembang tajuk HOT semasa di bahagian sidebar blah bawah, selepas cbox. Sebagai myMetro fans, haku ajak la korang semua membaca online paper... tuh kan budaya yang baik. Len la korang tuh buta huruf koh koh... so kalu korang nak baca lebih lanjut, klik je link kat bawah segmen "2 budak botak" tuh dan teruskan membaca di original link....dan satu lg blog baru haku "15 min before 12" berbentuk diary pon hade... komen korang amat haku hargai demi membina masa depan yg cerah koh koh .....ye la tuh huah huah huah..tatatititutu


Adeheii...Artis

Saturday, April 03, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

Kau pergiii... belum lama dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian astis yang baru nak ngetop Akademi Fantasia (kalau tak silap). Muda lg dah jalan. Tak lama kendian sorang lagi Master lawak plak kembali ke pangkuan Ilahi. Terasa je bila dengar radio dah tak dengar lawak merapu Din Beramboi. Tetiba je kan. Wat to sei?... ajal maut di tangan Tuhan. Buat la macam mana pon kalu dh ajal, kiok jugak betul tak. Tengah gelak pon boleh padam... inikan memang sedia sakit. Al-fatihah....


MadAss 125!!

Tuesday, March 30, 2010 Posted by: KIDbrush®, 1 comments

MadAss 125!! Hape ke menatang tuh?? MadAss 125 kalu di Melayukan jadik BontotGila 125??!! Huihhhh gila memang gila.... Pasai hape dalam banyak2 nama. Nama tuh gak depa pilih!?? Boh la MadCool ka, MadGilo ka, MadNose ka... MadLutut ka....


Janji Hawau!

Monday, March 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 1 comments

Hawau?! Laen btul tajuk haku? Yaa.... kucing bachin haku pun meng "ngiyauuu" kan tajuk haku tuh. Dan kerana hape yg berlaku petang tadi sungguh meng "ngiyauuu" kan kepala hotak haku... x pasal2 kucing haku mengamuk x tentu pasal (kebulur sangat) satu hari langsung x mentekedarah!!


Earth Hour

Thursday, March 25, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hape bila 2.2 juta kediaman, kawasan perindustrian, perniagaan, pondok bla..bla..bla.. reban pon x terkecuali, menutup atau  memadam  lampu. Bukan elektrik ngok! Ini bertujuan untuk menentang perubahan klimaks global. Mungkin disebabkan keberkesanannya atau mungkin nak balas dendam nak kenakan orang len balik,  selepas 1 tahun kemudian baru laaa diterima  di seluruh dunia sebagai Hari  Rehat Bumi. Mengikut catatan, lebih kurang 50 million orang di 35 negara telah menyertai sambutan neh., selebihnya x tau kemana atau pun terlepas pandangan dan terbabas...... gelap kan...... 


JelajahM'sia 2010

Tuesday, March 23, 2010 Posted by: KIDbrush®, 1 comments

Peserta Ride Sports Racing serius hadapi JM '2010
MENYEDARI saingan sengit bakal diterima pada Jelajah Malaysia (JM) musim ini, pasukan KudaBelang Sports Racing dari Australia mengambil langkah datang lebih awal ke negara ini bagi membiasakan diri dengan gulai tempoyak dan asam pedas kaw! makcik Tipah sebelum bermulanya saingan.


Haruskah Haku Bermandi Darah

Sunday, March 21, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

"Selesaikan sekarang juga!!" bergema suara Tuan petang Sabtu itu. Mengigil badan aku mendengarnya. Aku jeling ke arah muka Bell yang poyo sambil tertunduk. Tapi aku tahu Bell tidak gentar, kerana aku nampak matanya menghala ke arah Tv , yang ketika itu AF8 sedang ditayangkan.... siaran ulangan!!


Bila KID Membebel

Friday, March 19, 2010 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

Sad But True?! Korang penah tengok muvie The Matrix tak? Kalu x, muvie neh mengisahkan kita sebenarnya hidup di dunia realiti tetapi kehidupan seharian kita di alam maya @ fantasi. Walopun x hade kena mengena dengan tajuk post neh, haku saje je cerita pasal haku br tukar wallpapper The Matrix koh koh koh. Tapi entry haku neh hade la sikit-sikit bersangkut paut dengan muvie tuh.. parut lagi terpaut!!


Cara Untuk Matikan Fungsi Klik Kanan

Thursday, March 18, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

Baru2 neh haku terima email daripada kengkawan yang nak tau mcm mana nak "matikan" fungsi klik kanan ( Disable right click) pada post entry atau seluruh template @ layout blog anda. Mulanya nak tergelak gak haku baca. Tapi haku x penah sesekali mahupon dua kali nak hampakan harapan kengkawan. Haku akui haku x tau langsung mcm mana nak buat. Tapi haku minta tolong Don-Kanoji, so caranya mcm neh


RAJA HAMPEH

Tuesday, March 09, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Raja Hampehhh??? Macam tak puas hati je entry haku kali neh.... Hiyeeee memang haku tak puas hati. Bagi sesiapa yang menuntun secara "Live"... yang peka dan bijak menilai, kompom korang sukung haku. Pasal hape? Bila orang buat lawak, kita akan gelak dengan spontan @ automatik. Tak payah orang nak geletek cucuk2 ketiak kita. Ini tidak... propmaster tepuk tangan.. depa tepuk la tangan. Propmaster gelak.... depa bantai la gelak, pada hal hade yang dah tersengguk2 tahan ngantuk. 


KiD BARU DAPAT PASS

Wednesday, March 03, 2010 Posted by: KIDbrush®, 1 comments


GREEN PEACE

Tuesday, March 02, 2010 Posted by: KIDbrush®, 0 comments