KEPALA LUTUT DALAM TOPPERWARE!!!

Thursday, April 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

JOHOR BAHRU: “Jantung saya bagaikan tercabut  dan luruh bulu hidung saya apabila menemui topperware plastik hitam berisi  kepala lutut!!” kata pekerja syarikat kontraktor mengangkut sampah yang tidak menyangka rutin mengkaji bahan buangan  dan kumbahan sejak beberapa tahun membawa kepada penemuan kepala lutut gebu!!

sekadar gambar hiasan

Kepala lutut yang belum dikenal pasti identitinya yang mulus, gebu, lembut bak sutera dan munggil  disumbat dalam topperware plastik , ditemui di pusat pengumpulan sampah di Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato’ Onn, Larkin di sini, kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

Difahamkan, kepala lutut tersebut agak gedik telah tersesat di sebuah kompleks beli-belah di Taman Perling di sini, sebelum diangkut ke pusat pengumpulan Lost & Found berkenaan.

kepala lutut  masih terpinga-pinga ketika ditemui

Pekerja yang mahu dikenali sebagai O'J Karan The Don, 40-an, berkata kepala lutut itu ditemui ketika dia bersama empat rakan sedang mengular di pusat pengumpulan Lost & Found berkenaan.

Menceritakan pengalaman menyeramkan itu, O'J Karan berkata, dia  mengular seperti biasa ketika membuka timbunan plastik sampah sambil menikmati KFC yang dibawa sebuah lori sebelum mendapati sebuah topperware plastik mengandungi sesuatu yang keras dan lebih berat berbanding bahan buangan lain.

“Sebaik membuka beg plastik itu, saya nampak seolah-olah kepala unta. Bila diperiksa dengan betul baru saya sedar ia kepala lutut!!".

“Pengalaman pagi tadi (semalam) cukup mengerikan dan mengakibatkan saya trauma  untuk bekerja (alasan nak ngular la tuh) kerana tak sangka topperware itu mengandungi kepala lutut berkulit cerah.

“Saya menggigil ketakutan dan meracau-racau tapi tetap beranikan diri memberitahu pengurus bertugas sebelum pemilik pusat pengumpulan Lost & Found berkenaan melaporkannya kepada JPJ,” katanya disusuli terkencing dalam seluar.

Sementara itu, Ketua JPJ Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Meet Uncle Hassan, berkata topperware plastik mengandungi kepala lutut munggil itu diambil daripada tong sampah sebuah pusat beli-belah di Taman Perling, kira-kira jam 11.15 pagi.

“Hasil siasatan mendapati 80 peratus daripada kepala lutut itu masih mengiurkan. Selain kepala lutut, kami menemui sehelai bulu halus iras meggi mee kembang celah-celah pelipat lutut berkenaan,” katanya tersenyum puas.

Menurutnya, kepala lutut itu berkemungkinan warga asing berdasarkan keadaan bulu halusnya.

Katanya lagi, kepala lutut berkenaan dihantar ke Tangjung Rambutan untuk bual bicara lanjut dan pihaknya percaya ianya milik astis tempatan atau mungkin Angelina Jolie  sebelum tercabut dan teresat ke tempat pembuangan sampah di belakang pusat beli-belah berkenaan. "Hubungi JPJ berdekatan sekiranya ada pemilik atau saudara mara serta kenalan yang perasan kepala lutut ini adalah milik mereka di talian bebas tol 444 tekan tekan tak dapat keh keh" ujar beliau melawak.

kepala lutut sempat posing sebelum dihantar ke pejabat operasi JPJ

“Siasatan mendapati kepala lutut terbabit berusia 20-an, berkulit cerah, lembut dan gebu serta lichin dan mungkin tertanggal dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui. Haih... kepala lutut pon jadik cerita??! Adehei!!!  berita betui-metro


6 comments:

TcRaiN said...

Hah... Akhirnya ada entry baru pon si berus ni... ha ha ha... nko memang ada stail lah beb...! I likeeee...

GadisKasutConverse said...

kepala lutut sepolan bin sepolan..hahaha..

Lissa said...

mcm mana awak dpt idea 'Kepala Lutut Dlm Topperware'?? senario pun tak sampai tahap tu haha

p/s: sakit perut baca baca tajuk (^-*)

Inuel^-^ said...

apa'an saja kamu KID he he... sejeh selalu yakk

zakrool said...

bro lama lu ilang, segan nak cakap tapi wa rindu lawaks lawaks lu bro haaaa segan siut!!

KIDbrush® said...

Tcr Ain~ baru hade masa terluang he he rindu ke ? ehek ehek

Penulis~ hagaknya siapa si polan tuh

lissa~ idea mencurah bila haku tatap wajahmu uu....

Inuel^-^~ sejeh tu hape aa?? ok ok'an saja deh

Zakrool~ haku paham perasaan mu buekkk...dah makan buekk...

Post a Comment