NYAWA DISEBALIK PAGAR

Saturday, April 10, 2010 Posted by: Adanama007, 0 comments

KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti filem aksi hindustan, dua peragut bersenjatakan parang panjang nekad menyerang seorang wanita warga emas yang sudah tahap "panggilan kubur", selepas melompat pagar dan menyerang mangsa di halaman rumahnya sendiri. Mangsa berbuat demikian kerana percaya penyamun berkenaan tidak mampu beraksi sepertinya kerana bermotorsikal. Namun sangkaannya meleset apabila beliau sedar penyamun itu bukan sahaja gagah berjalan kaki malah jauh lebih muda dan bertenaga darinya walaupun hampir tiap-tiap hari berjogging dan poco-poco.



1)Mangsa tersandar di pagar sambil menunjuk kearah zip seluar penyamun yang terbuka
2)Mangsa menjerit " help ! help ! ehh tolong! tolong! " manakala penyamun sempat melepaskan "angin"
3)Mangsa menyorok di bawah penyidai baju, manakala penyamun sedang poco-poco sambil membetulkan zipnya
4)Terlalu ganas untuk di tayangkan mungkin 18 sx atau 18 sg

Walaupun insiden cemas diatas di olah lain dari keadaan sebenar, tetapi impak adalah serius serta hampir melibatkan nyawa so please don't try this at home.

Sekiranya SUHAKAM tidak wujud, penjenayah sebergini mudah dilupuskan, sekaligus generasi muda tidak menganggap "menyamun" atau "meragut" adalah perkara mudah dan kebal dari hukuman sepatutnya. Kita kenang zaman 80an, penjenayah dah hampir lunyai dek kena tibai dengan orang awam yang menangkapnya termasuk azab dari abang "Harimau Biru". Jenayah jauh kurang dan keadaan jauh selamat di bandingkan zaman sekarang selepas wujudnya SUHAKAM.-eksklusif : Adanam007


0 comments:

Post a Comment