KENAPA HAKU KERAP HILANG?

Saturday, May 01, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

HILANG LAGI?!  begitulah gamaknya kengkawan haku salu tanya bila haku sat-sat ilang, pastu timbul balik. Tak kemana pon, dalam Malaysia je yob. Kengkadang je haku dan rakan-rakan keluar dari bumi BERTUAH neh.

Nak di jadikan cerita dalam entry neh, keja haku memang memerlukan haku kesana, kesinun dan kesini sepanjang masa mengikut tugasan yang perlu haku siapkan dengan apa cara sekali pon. Bak kata pepatah orang lama, " Patah kaki bertongkat dagu, gunung Kinabalu haku daki jua!" koh koh... so, sambil-sambil buat tugasan tuh haku intai-intai la keadaan sekeliling. Menyelam sambil minum air la yob, hape lagi!

Tugasan haku tak mudah, pon tak susah. Kira 50-50 la...gitu. Baru-baru neh haku dan team dikehendaki pergi "Flashing" di Kuala Kubu Baru, hulu Selangor  haa.... dekat Rawang sinun. Setiap kali hade 'Event' atau 'Majlis Mega' dimana akan dihadiri orang nombor 1 Malaysia iaitu PM kita sendiri, kita orang akan berada di tempat itu seawal mungkin, dan meninjau keadaan setempat sama ada selamat atau tidak termasuk jalan-jalan yang akan di lalui oleh PM atau Sultan atau Agong atau deligasi Asing yang datang melawat.

Kalu tak okeh, maka dengan automatiknya 'Orang-Orang Besar' neh tak jadik datang. Kira kensel la tuh...

Okeh cerita banyak pon takdak pekdah, ngabihkan beras je. neh haku hade sisipkan sikit gambar-gambar yang langsung tak menarik sepanjang berada di Kuala Kubu Baru dari 15th hingga 26th April 2010 baru-baru neh... Adios! Chalo beteh!!!

posing gedik di hadapan laluan masuk Empangan Selangor

laluan masuk ke bilik pameran dan penerangan Splash

kawasan limpahan air. Kalu tuh pecah, ranap pekan Kuala Kubu Baru!

Sambil-sambil snap gambar dan layan angin bukit empangan Selangor tuh. Tiba-tiba haku di sapa lembaga katik berbadan sasa! Chehh... security situ ropanya. Menurut beliau yang cuma mahu dikenali sebagai Anggun (jantan tapi nama betina hadehh), beliau tanpa ditanya menceritakan pengalaman seram dan misteri tempat tersebut yang di katakan 'Keras'. Haku pon hakui gak, pasal batu banyak, bukit la katakan. Tak caya korang hambik batu, pastu hampuk kat kepala korang, tengok keras tak keras haa... padan muka!

disinilah dikatakan penampakan lembaga mencangkung
taim maghrib ( hantu tgh buang hajat besar kot )

perhatikan betul-betul, hade 'sesuatu' timbul!!

menurut Anggun, air yang tenang jangan disangka tak ada ikan (???)

saje haku snap angle 450 pasal nyampah si Anggun tak henti2 bercakap

 di tebing tasik ini lah Anggun terskodeng pari-pari mandi bogel (chehh!!)

pokok-pokok dikatakan akan melambai-lambai pengunjung wanita sahaja!

pandangan menarik tasik empangan Selangor

trio pokok pinang yang dikatakan mendendangkan lagu Agnes Monica
'Matahari' rentak dangdut setiap kali bulan mengambang

di pokok inilah dikatakan seekor monyet mati
menggantung diri kerana putus cinta (hambik kau)

posing depan laluan masuk selepas penat melayan si Anggun

Neh la sedikit sebanyak gamba haku meyelam sambil minum air a.k.a. 'mengular' dua hari sebelum penamaan calon di Kuala Kubu Baru. Entry ankan datang haku sisipkan panorama sekitar kempen mengundi antara Barisan Nasional dan PKR!! tata titi tutu


3 comments:

GadisKasutConverse said...

jgn smpi lemas lak hang dok selam2 smbl minum ayaq..hahaha...

kimslm manja kt anggun yek?kah3=P

Lissa said...

awak! klu g Bkt Fraser lalu tpt tu kan?

p/s: love GREEN (^-^)

KIDbrush® said...

Penulis ~ Anggun kem salam balik siap pesan " aku teruna " ujar beliau tersipu-sipu!

Lissa wak.. yesh betul. errr kata nak blanja SeaFood? he..

Post a Comment