MUVIE MARATHON

Wednesday, May 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Naik muntah haku menonton 10 DVD none stop! Sampai makan pon haku buat Pizza dilivery! Wat ever ini adalah salah satu daripada weekend Day Breaker Ja'vuu list haku. Pengalaman menarique, perbuatan normal hujung minggu yang haku besa buat tapi haku  carca merbakan  ke arah lebih ekstrem! Hasilnya? Lumayan pak!! Berikut adalah komen dan sinopsis haku pada muvies yg haku dok ligan dalam tempoh 24 jam....

1. How To Train Your Dragon
-jalan cerita yang menarique. CG tahap gaban dan kompom memuaskan sesiapa yang menonton filem neh. Mostly hade 3D, bukan 3G yop!! Sesuai untuk tontonan umum dan hepi ending.

-al kisah mengenai anak jantan tunggal ketua puak Viking yang dilahirkan kureng sikit kesasaan badan tapi iQ yang cerdik. Hade feeling dengan sorang cikaro cun yg jauh aktif dan agresif dari beliau. Pendekkan cerita beliau secara tak sengaja terjinak sekor 'naga' yg digeruni puaknya...
skor *****

2. Clash Of The Titans
-CG yg vavavoom!! Berkonsepkan zaman purba Tamadun Greek sebelum masihi dimana diaorang bertindak menyekutukan dewa-dewa diaorang yang hidup segan mati tak mau. Kurang aksi perang atau potong sana potong sini..hampeh sikit aa
-al kisah anak luar nikah dewa Zeus berazam nak musnahkan dewa-dewa yang menyebabkan keluarga angkatnya kiok dalam tragedi bot karam. Last-last sedar anak kepada dewa dan bercinta dengan dewi cun melecun yg beratus tahun lebih tua dari beliau
skor ****

3. Alice In Wonderland
-CG memang menarique, tetapi memeningkan kepala sebab terlalu artistik. Sesuai untuk tontonan keluarga pasal x dak 18sx dan aweks aweks yang emo! Ulat hisap rokok tu beb!!!
-al kisah awek yang hidup dalam angan-angan mat jenin sampai beliau mencecah umur 19 tahun semuanya menjadik kenyataan apabila bertemu semula dengan rakan-rakan maya yang beliau sendiri wujudkan dan hampir dilupakan
skor *** 

4. Avatar
-CG yang sangat mengkagumkan siapa-siapa je yang menonton. Jalan cerita yang menarique dan mencemaskan. karektor sangat realistik walaupun duration yang panjang tapi syokkk beb!
-Al Kisah pesara tentera yang cacat kaki menggunakan badan kedua Alien yang sasa dan gagah untuk menyusup masuk kelompok natif alien tersebut untuk tujuan jahat. Tapi hero tergoda dengan sekor alien yang cun dan akhirnya terjebak. Penuh debaran dan aksi letup-letup!!

skor ******

5. The Tooth Fairy
-Jalan cerita komedi yang sesuai untuk tontonan keluarga. Yang peliknya, The Rock macam dh hilang taring. manjang berlakon filem keluarga. Agaknya muka ganaz tapi dalam hati ada taman kot
 -Al Kisah sorang pemain Hokey Ice yg perasan baguih mempersendakan anak aweknya megenai kewujudan pari-pari. tetiba beliau telah dihukum oleh pengetua pari-pari mengantikan pari-pari yg MC dek kena gelak dengan beliau

skor **

6. Ninja Assassin
-Jalan cerita hambar tapi CG cantik darah bersemburan dan real. Cuma konsep dan ironi Jepun diterapkan dalam filem neh menjadik bosan dan boleh diramal endingnya.
-Al Kesah sorang anak yatim piatu yg di seludup dalam kumpulan pembunuh upahan yg kejam serta memusnahkan pelatihnya yg 'kureng'. Pasal sorang awek, beliau berpaling tadah dan berazam membunuh sifu beliau sendiri. Hagaknya penulis skrip dapat idea dari akademi fantasia kot koh koh
skor ***

7. New Moon Saga
-Jalan cerita terlalu dramatik dan sedih je dari awal sampai akhir. CG realistik tapi kalu dh bosan tuh tetap bosan. 3 jam tuh yob!! Hampehhhh

-Al Kisah sorang awek yg bercinta dengan suku sakat Dracula yg sangat romantis dan caring. Kira cair la aweks-aweks dengan dia neh. Tapi dalam masa yang sama seteru kaum nyamuk neh iaitu kaum Serigala jadian pula menagih cinta dari awek yg sama. pendek kata cerita pasal sorang awek cun tersepit cinta 3 segi antara nyamuk dan K9!
skor *

8. From Paris With Love
-Filem aksi gedebam gedebum yang melampau-lampau sampai x masuk akal. Tapi disebabkan itu jugak kelemahannya tak nampak sangat. Tak sesuai untuk mat rempit dan ibu mengandung!
-Kisah sorang pembantu kedutaan Paris di tugaskan untuk membantu anggota mcm baguih CIA Amerika yg cuba menangani pengebom berani mati melalui sendikit dadah iaitu teman wanita hero sengal itu sendiri. Haa... cek bebaik aweks atau balak korang takut-takut sebenarnya pengebom berani mati! x pasal-pasal taim dating  meletop kang!
skor *****

9. The Loser
-Jalan cerita yg seronok. Bleh menghilangkan bosan anda kerana ada aksi mendebarkan, komedi dan drama. Cuma hade sikit ala pro-anti kerajaan. jangan terikut dengan depa cukop la
-Al Kisah beberapa experties balas dendam dengan kerajaan apabila menyedari dia orang di perangkap untuk di bunuh demi kebaikan sejagat la kununnya. Jangan tauke VCD gelap dan Ah Long buat macam depa kat Malaysia cukop!!
skor *****

10. Kick Ass 
 -Lawak tapi menarik. jalan cerita agak masam tepi diseling komedi dan aksi spastik yg tak masuk akal tapi idea fresh yg seronok ditonton. cuma awasi anak-anak anda selepas menonton filem neh okeh!
-Al Kisah sorang budak sengal nak jadi hero dan anak beranak yg alergik dengan Sindiket dadah berjuang menentang jenayah dengan berpakaian pelik dan bertopeng tetapi ada skill memasing. terutama Hate Girl, 12 tahun master dalam senjata dan potong orang  selamba je!! Jangan ketinggalan menonton keluangman versi Hollywood neh. Sonok yob!!

skor *****

sumber gambar- GoogleTM


3 comments:

Lissa said...

kick ass & loser besttt! New moon saga best pe... sedey uuuu (^-^)

Lissa said...

nyamuk Vs K9 ???!!! hahahaa (*-*)

KIDbrush® said...

Lissa ~ kalu lissa ajak haku tgk wayang neh kompom haku zzzzzzzzzzzzz

Post a Comment