Earth Hour

Thursday, March 25, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hape bila 2.2 juta kediaman, kawasan perindustrian, perniagaan, pondok bla..bla..bla.. reban pon x terkecuali, menutup atau  memadam  lampu. Bukan elektrik ngok! Ini bertujuan untuk menentang perubahan klimaks global. Mungkin disebabkan keberkesanannya atau mungkin nak balas dendam nak kenakan orang len balik,  selepas 1 tahun kemudian baru laaa diterima  di seluruh dunia sebagai Hari  Rehat Bumi. Mengikut catatan, lebih kurang 50 million orang di 35 negara telah menyertai sambutan neh., selebihnya x tau kemana atau pun terlepas pandangan dan terbabas...... gelap kan...... 
Pada bulan March 2009, beratus-ratus  juta  orang menyibukkan diri menyertai Earth Hour. Lebih daripada 4000 bandar (tidak termasuk pekan dan kampung) di 88 negara  secara rasminya memadam lampu mereka secara sukarela atau mungkin terpaksa dan dipaksa (warga serumah yg degil nak ikut jugak) terutamanya pasangan pengantin baru dan ibubapa yang hade anak-anak suka tidur lewat. Adeheii.... boboi dapat adek baru!! 

Pada mulanya dicadangkan Earth Hour, diraikan pada malam jumaat, tapi ditentang keras oleh para doktor2 dan bidan2 sedunia, kerana x sanggup berkerja 24 jam seminggu berturut-turut membidankan ibu-ibu 9 bulan kemudian. Bayangkan Hospital taim tuh, keecoohhhhhh!!!!!  waaaaaaaaa!!!!!!

Earth Hour 2010 diraikan pada hari Sabtu 27 March jam 8.30 malam (masa tempatan) serta menjadi seruan kepada seluruh dunia untuk turut terjebak. X kesah la korang kerja hape pon dan dimana jua korang berada. Atas pokok, dalam jamban, dalam reban, dalam longkang, atas moto ,bawah katil.... janji masih kat bumi. Seruan neh kununnya menyeru semua orang termasuk orang utan untuk bangkit dan tekan suiz lampu rumah korang sebagai tanggungjawab kearah masa depan yang lebih cerah, pasal masa belakang dah gelap!! Y? sebab kita semua seluruh dunia berkongsi tanah bulat yang satu neh iaitu bumi yang dah semakin uzur dimamah usia. Seb bek  x kena kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi!!


So, kalu korang nak happening gak, lantak korang la.... tekan la suiz tuh tepat jam 08.30 malam, x dak lampu, tiup lilin, x dak lilin, korang tutuplah lampu rumah jiran korang!


Earth Hour - Logo


Apa akan jadik kalu seluruh Malaysia betul2 semua tutup lampu dari Perlis sampai ke Sabah??


3 comments:

GadisKasutConverse said...

gelap dan teraba2 mgkin bila 1malaysia ttup lampu...

KIDbrush® said...

penulis...seb bek ang x dok sbelah haku taim tuh ehek ehek... awww


KID ;) dolu x soka gelap ehek ehek

malisa said...

tutup je lampu org terus zzzzzz hi hi

Post a Comment