Haruskah Haku Bermandi Darah

Sunday, March 21, 2010 Posted by: KIDbrush®, 6 comments

"Selesaikan sekarang juga!!" bergema suara Tuan petang Sabtu itu. Mengigil badan aku mendengarnya. Aku jeling ke arah muka Bell yang poyo sambil tertunduk. Tapi aku tahu Bell tidak gentar, kerana aku nampak matanya menghala ke arah Tv , yang ketika itu AF8 sedang ditayangkan.... siaran ulangan!!

Aku tatap pisau tajam berkilat diatas meja bersalut marmar jingga. Terbayang titisan merah yang akan mengaburi kilauan besi itu. Aah... persetankan! Tugas tetap tugas!! Lantas aku capai pisau tersebut dan aku genggam erat., kejab! Biarlah apa yang berlaku selepas ini! Kerna tiada siapa yang ambil perduli....

Tepat pada jam 4 petang, aku tercacak di depan rumah mangsa. Angin menghembus lembut, kanak-kanak berlari keriangan tidak jauh dari tempat aku berdiri. Langsung tidak timbul cuak bila mereka memandang ke arahku....bergitu juga dengan Mila dan Amy, anak jiran aku yang selalu bersama di mana jua mereka berada, berlalu sambil melemparkan senyuman... tidak sedetik pun mereka  risau melihat aku berdiri kaku, kejab menggengam erat pisau di tangan kananku yang perkasa, tangan yang akan bermandi darah......mungkin aku terlalu tampan dan kacak di mata mereka...dan dengan itu segalanya nampak indah berlaka...

Lamunan aku terhenti seketika, bau yang meloyakan keluar dari celah pintu rumah itu menyusuk paru-paruku...Ciss!!! Aku tolak daun pintu perlahan-lahan, agar mangsa tidak menyedari kehadiranku, tetapi ketika itu mangsa sudah berada di depan mata aku. Kami saling berbalas pandangan. Namun dia tidak mampu berkata-kata... cuma matanya berkelip sayu... seolah tahu ajalnya sudah tiba. Mungkin dia sedar kakinya sudah terikat... tangan tidak mampu berbuat apa-apa..

Aku hampiri dia perlahan-lahan, aku bisikkan ayat-ayat terakhir kepadanya, dan aku harap dia faham... Aku hunus kemas pisau pada lehernya. Pisau yang akan menamatkan riwayatnya ... jenama Korin, buatan Jepun yang aku beli sendiri....... dengan duit sendiri!!

Tiba-tiba pandanganku kelam! Bergitu juga keadaan sekeliling tiba-tiba semakin gelap!! Samar-samar aku lihat sekujur tubuh mirip Tuan menuju kearahku... aku tidak mampu pergi dari situ ...aku kaku....aku....... suara azan maghrib sayup-sayup kedengaran....

"Suuudah laa.... dari tadi sampai ke sudah tak siap-siap! Orang soh beli ayam dah sembelih siap-siap, hang beli ayam hidop! Tak fresh laa... tak dak zat laa.... tak trill la... piiiiiii rahh!!"

Adeheii... kencing masam haku di buatnya. Haku tunduk tersipu-sipu malu. Betul jugak kata Tuan, nama panggilan ayah haku sejak haku lahir lagi. Perlahan-lahan haku mengekori ayahku ke pintu dapur. Kedengaran  gelak kecil Mila dan Amy yang sejak tadi memerhati haku nak sembelih ayam... kununnye laaaa... terus bila haku masuk kedalam dapur disambut  dengan gelak tapir dan gajah tanpa henti dari GiGi dan beLL........eleh, macam la depa berani. Hampehhhhhhhhh......


6 comments:

GadisKasutConverse said...

dh agk dh kes sembelih ayam.lenkali kau beli ayam yg dh siap masak,trs je mkn..lg sng!!ngee~


p/s:aku sensitif kah?hik3

KIDbrush® said...

Ayah haku terer sembelih ayam... sedap aaa daging.. freshhhhhh. Haku?? hampehhhh koh koh koh

Lissa said...

wat suspen je, beli yg dh siap sembelih kan sng!!

>beli
>potong
>masak!

=makan.... haa

BeLL said...

bro, ne ada aku gelak!? ketawa tbahak bahak laaa...he he

Adanama007 said...

kah kah... sembelih ayam pun tak lepas koh koh (aku pun...)

KIDbrush® said...

haku promiss cik Malisa.. haku akan beli keh keh

woit BeLL!! hang yg loklak pe!

Pigi daa Adanama hang cicak pon geli

Post a Comment