RAJA HAMPEH

Tuesday, March 09, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Raja Hampehhh??? Macam tak puas hati je entry haku kali neh.... Hiyeeee memang haku tak puas hati. Bagi sesiapa yang menuntun secara "Live"... yang peka dan bijak menilai, kompom korang sukung haku. Pasal hape? Bila orang buat lawak, kita akan gelak dengan spontan @ automatik. Tak payah orang nak geletek cucuk2 ketiak kita. Ini tidak... propmaster tepuk tangan.. depa tepuk la tangan. Propmaster gelak.... depa bantai la gelak, pada hal hade yang dah tersengguk2 tahan ngantuk. 
Tambah lagi hade "Tukang Gelak". Kat studio depa tuh.... kalu mengadap pentas, Tukang Gelak neh duduk satu line belah kanan. Lawak tak lawak depa neh la tukang gelak. Tepekik2 macam ungka. Bukan peserta tak lawak... hade lah jugak. Itu pun para juri (Bob,Din,Afdlin) dan host yang buat lawak (Jozan). Pelawak? Hampeh....



Bebalik kepada Final malam Ahad lalu. Haku pon nuntun "Live"gak, tapi kat Astro je laa. Don-Kanoji dan Adanama007 ada dilokasi (Auditorium MBSA, Shah Alam). Sorang orang KL.. sorang lagi orang Negori. Apa2 pon, dua2 pi nak sokong Alex dan Kecik. 1 Malaysia la katakan... tak pilih bulu.. yang penting lawak. Balik je ke rumah (Melaka), Adanama007 membebel kat haku tak puas hati pasai Alex cuma dapat nombor tiga dan macam2 lagi. Haku pon hakui gak... macam mana Idlan yang buat lawak hampeh dari minggu pertama sampai ke sudah tuh buleh dapat nombor 2? Haku rasa aku lebih banyak gelak tengok Alex dan Kecik. Heran betui.... haku tau dia neh orang Utara gak. Tapi hade hape?? Tak hade maknenyeee.......

So haku hade konklusi haku sendiri.. chewahhh (perasan). Astro neh merupakan Syarikat Media Satelit Gergasi Asia Tenggara. Dah tentu kaya gabak ye dak. Tak luak duit depa kalu setakat beli kereta,motor, jam, set karaoke ,Tv bla bla bla... ntah berapa juta rakyat Malaysia +Brunei +Singapore yang menuntun, yang SMS, bil Astro... Hang Pikiaq La Sendiri! Kalu dibandingkan antara ketiga2 Pelawak neh. Idlan laaa yang paling daif (mintak maaf cakap naaa). Nak menitis haku tengok Video background dia. Berbanding dengan Alex, Wan dan Achoe, depa neh hade keja baguih dok ada. So haku buat la skali rumus2 yang haku rasa depa patut dapat walau pon tak perlu undian daripada hangpa. Nak baca, teruskan.... tak nak baca, sooodaahhhh!!! Huah Huah huah... klik nama pelawak untuk Biodata dan tag

1. Kecik ( Wan & Achoe) -Berjaya membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM14,000, sebuah kereta Naza Sorento, set karaoke Arezzo Hoffman, TV Plasma 42' dan peti sejuk Haier serta jam tangan Hugo Boss, walaupun selalu lupa skrip. Memang layak menang 1st Prize. Duit bagi 2, keta, TV dan lelain tuh.. korang belah laa dua, senang cita. Dak pon gilir2 pakai keh keh..

2. Idlan - Berjaya membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM11000, sebuah kereta Naza Optima, set teater rumah Arezza Hoffman, TV Plasma 42' Haier dan jam tangan Hugo Boss., sememangnya lawak hampeh, statik dan membosankan. Hang masyuuukkkk aaa Idlan, poonn ponnn! Balik bawak keta parking depan umah. Dalam keta dah boh siap2 TV, set teater dan lelain. Nuuu Milah dah jeling nak ajak ronda seround dua Aloq Setaq!!

3. Alex - Berjaya membawa pulang sebuah motosikal Naza Blade 250R, sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM8000, set teater rumah Arezzo Hoffman, TV Plasma 42' Haier serta jam tangan Hugo Boss, lawak terlalu standard dan menghafal. Selayaknya kamu yang no. 1 @ 2. Tapi yang lain tuh lebih memerlukan.... terima saja laa ya Alex.

Hape pon, tahniah laaa buat depa. Kritik mengkritik neh dah jadik lumrah artis "Segera". Tapi kalu haku jadik salah sorang peserta Raja Lawak tuh lagi teruk. Minggu pertama dah kena kick!! Dak pon... taim audition dah kena halau!! Huah huah huah... adios!! Chalooo beteh... sumber-Lawak King


8 comments:

Lissa said...

KiD wat comeback ;p

TcRaiN said...

Kid... aku sokong betul entry hang ni... Sama betol dengan pendapat aku!

Abang Lan said...

Kid... lepas ni layan AF8 lak..

KIDbrush® said...

Miz Malisa... miz me ekkk ngeh ngeh

KIDbrush® said...

Ain... ha ah kan... hampeh btul Astro neh huah huah huah

KIDbrush® said...

Lann!!!! AF8.. hmmm hape kah konklusi haku nanti ngeeee ;8

GadisKasutConverse said...

aku xde astro!!

KIDbrush® said...

Penulis... mai tengok kat umah haku. Bawa kuaci.. cola... kacang dll lah buat kunyah taim nuntun keh keh keh

Post a Comment