JelajahM'sia 2010

Tuesday, March 23, 2010 Posted by: KIDbrush®, 1 comments

Peserta Ride Sports Racing serius hadapi JM '2010
MENYEDARI saingan sengit bakal diterima pada Jelajah Malaysia (JM) musim ini, pasukan KudaBelang Sports Racing dari Australia mengambil langkah datang lebih awal ke negara ini bagi membiasakan diri dengan gulai tempoyak dan asam pedas kaw! makcik Tipah sebelum bermulanya saingan.

gambar hiasan
RASTAMAN( lima dari kanan) bersama Pengarah Operasi Cegah Maksiat, Emir Abdul Jalal (tiada dlm gambar) menerima tajaan daripada Pang Ping Pong (belakang kanan) dan Shahrulniza Othman (Tak sempat posing)dari Alagapas, semalam.

David McDonald dan Gary Gayboy disahkan kurang siuman akan datang pada 14 April ini, lima hari sebelum bermulanya saingan Peringkat 1 dari Sabah-Perlis membabitkan jarak jauh gila babi!"Mereka datang lebih awal untuk meninjau keadaan lorong Haji Taib dan mengatur persiapan sebelum Deepavali," kata Pengerusi Jelajah Malaysia, Datuk Rastaman Abd Ziza ketika sidang media penajaan jelajah tertua di tanah air itu bersama Alagapas, semalam. Hadir sama Pengurus Pemasaran Sukan Nestle (M) Berhad, Ng Ping Pong.

Katanya,"Mampus nkorang la ,kehadiran dua pelumba itu takda pekdah dan ditanggung sendiri oleh pasukan mereka kerana pihaknya hanya menyediakan rumah kongsi dan air perigi kepada semua pasukan bermula 17 April". McDonald yang berasal dari Bachok Kelantan, adalah antara pelumba yang mampu makan hingga 8 pinggan pada JM kali ini dengan pelumba berusia 35 tahun itu adalah juara kebangsaan Kelantan pada 1978, 1984 dan akhir sekali 2006 di wad kencing manis.

Dia juga adalah juara seludup beras terpantas Kelantan sebanyak empat kali pada 2001, 2002, 2004 dan 2005 dengan pencapaian terbarunya ialah menyeludup 8 guni seluar Levis, 88 kampit beras Siam, 888 botol Budu Thai Phu Du, dan kedua 6 guni jersi sukan perbagai jenama dan 1/2 tan kasut sukan perbagai jenama.

Pada majlis sama, Rastaman turut mengumumkan beberapa acara sampingan di bawah program Aksi Stunt Berkain pelekat akan diadakan di setiap lokasi penamat peringkat. Antaranya ialah undian secara SMS ala Akademi fantasia, pengkritik jemputan seperti Pak Hamid Gurka, Pak Jamain Si Penarique Beca dan Mawi world. Acara sepak lutut antara peserta juga adalah antara acara sampingan yang akan ditayangkan secara langsung melalui telivision.

Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada mereka yang berminat dengan pertandingan akan diadakan di Reban Mak Jenah, Ipoh; Dataran Jam Besar Tapak Tangan (Melaka), Sungai Batang Lupar (Sarawak); Dataran Tanah Jihat Cina (Kedah), ; Hadapan Kuil India (Bt Caves), Kuala Terengganu (Betul-betul kat kuala), Padang SRB Chung Hua Wen hua( Kuantan); Padang Bola Tg Rambutan, serta Kampung Air (Sabah). "Ia akan di akhiri di Tak Bai dengan setiap juara dan naib juara di enam lokasi akan berentap di final, kita akan sambut mereka dengan letupan periuk api dan bom mortar. Kita dah sediakan aweks-aweks yang berani mati" katanya.

JM 2010 membabitkan laluan perlumbaan sejauh 331,329.6km bermula dari Sabah ke Brunei, Brunei-Sarawak, Sarawak-Johor (berenang, mampos tanggung sendiri). Johor - NS-Melaka, KL-selangor, Perak-Pahang-Terengganu-Kelantan-kedah, Kedah- perlis sebelum ditamatkan riwayatnya dalam kubur.Berita hape ntah ni!! Menyesal je bace kah kah kah


1 comments:

Lissa said...

wak! kta mcm org gila gelak sorang2. tgh drivin pun tergelak nampak org kayuh basikal! awak pnya psl la!!

p/s: u make my day. TQ :)

Post a Comment