KID PERGI BUAT SELAMANYA

Tuesday, October 19, 2010 Posted by: Adanama007, 0 comments

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Untuk makluman tuan, puan, rakan-rakan bloggers dan teman-teman sekalian, Allahyarham KiDbrush
®, penulis tetap blog ini sudah pun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam tempat kelahirannya di Pulau Pinang kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Allahyarham KiDbrush® atau nama sebenarnya Iskandar Zulkarnain telah menghembuskan nafas terakhirnya di wad ICU, hospital yang tidak dapat dinyata disini, kira-kira jam 11.30 malam kemarin selepas 7 hari koma sejak 13 Okt 2010 yang lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu yang baru sahaja dinikahi awal Jun 2010,Tg Alissa Shafina Tg Hashim serta tidak sempat menimang cahaya mata pertamanya yang bakal dilahirkan pada March 2011. Allah maha pemurah, lagi maha menyayangi. Kami Lola's Brotherhood mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


0 comments:

Post a Comment