HILANG TIDAK BERGANTI

Sunday, October 24, 2010 Posted by: Adanama007, 4 comments

Hoi sahabat!! Itulah mukadimah arwah bila sergah geng-geng beliau. Ada jalan depan pun kalau boleh dia akan pusing ikut belakang hanya nak sergah kita. Bila tengok kita terkejut, gelak tak henti-henti, yang lawaknya kita yang terkejut ni pun ikut gelak sekali!

Den kenal arwah sejak tahun 1999. Belajar satu kolej yang baru di jenamakan semula, UiTM. Keperibadian arwah tak pernah berubah dari dulu lagi. Air muka selamba, tapi bila buka mulut kalau tak melawak tak sah. Tinggal pula satu bilik dengan arwah, memang hari-hari semput nafas dibuatnya. Pagi petang siang malam gelak! KiD memang glamour dengan muka sengih ala kerang kecut. Mula-mula kenal arwah, den cukup kagum dengan keyakinan dan keterampilan beliau yang sangat positif, aktif, agresif 24 jam !

UiTM 1999-2003
Dari satu bilik sampai menyewa pun satu rumah di sekitar kawasan Shah Alam, arwah tak pernah berubah perangai. Aktif 24 jam. Pernah tengok orang belajar sambil berjalan? Bersukan? Mandi? Kalau den expert study sambil tidur, arwah lagi khatam belajar dalam tidur! Pasal awek? KiD sedikit alergik dalam bab-bab jiwang. Masa tahun pertama buat ijazah, ramai sangat la yang berkenan. Secara langsung den sebagai kaki kiri beliau jadi postman.. dan tukang baca sekaligus jadi ubat nyamuk!

Puncak Gunung Jernih, Ijuk Perak 2002

Hal-hal peribadi, KiD tak pernah kongsi. Bila dah grade barulah den tahu latar belakang beliau. Tapi bab RM tak pernah kedekut, walaupun RM 1 dalam wallet kami kongsi sama-sama beli maggie. Pernah dulu kakak den kahwin, nak balik kampung poket kosong. Arwah keluar bimbit plastik, tak tahu kemana. Petang hari yang sama, arwah bagi RM 100 kat den. Dapat juga den balik kampung hari tu. Seminggu lepas cuti, baru den tahu arwah jual kasut kegemarannya Adidas Samba. Sampai sekarang den rasa bersalah. Bayar 10 juta sekali pun, tak akan dapat kasut yang sama jauh sekali serupa. Lepas grade 1/2 tahun den dan arwah tanam jagung jual kangkung. Nasib baik masa tu berjinak-jinak dengan pengiklanan, penulis bebas dan partime Hotel.

Arwah melanjutkan pengajian ke luar negara, den melilau cari kerja, zaman awal tahun 2000 ramai pemegang ijazah menganggur. Tahun 2005 barulah den dapat kerja goment. Dan selama itu juga den dan KiD lost contact. Tiba-tiba je den dapat mms dari beliau disertakan gambar terkini beliau (gambar hphone dulu-dulu teruk). Aik!? Belajar jurusan lain, kerja bidang lain. Pening-pening. Mungkin KiD tak pernah dedahkan pekerjaannya. Arwah berkhidmat dengan PDRM. Terkejut?

siapa sangka cempedak jadi nangka
Tahun 2004 di Sutera Habour Resort Sabah, den kebetulan terhantuk kepala dengan beliau. Den ikut bos den dinner bersama Pak LAh ramai-ramai. Terkejut tengok beliau tercongok di sudut ballroom. Perangai sama juga, cuma control ganas. Kepala pun macam The Rock hee.. Protokol la katakan, eskot Perdana Menteri. Dari situ kami kembali rapat macam zaman muda-muda dulu. Maaflah kalau kualiti gambar den lagi teruk. Itu je la yang ada jang!

Memang arwah nakal, tapi setahu den beliau kurang minat dengan cintan-cintun. Apa yang den tahu arwah suka melancong, sukan lasak dan kutip kucing terbiar. Cuma lepas beliau dimiliki, barulah beliau tidak berapa aktif dengan geng kangkang beliau (motor besar). Kalau tak, kejap kat Johor, kejap kat Perak, Perlis, Penang..

KiD dan isteri semasa di homestay Pangkor
KiD mudah sesuaikan diri dimana-mana saja beliau berada. Letaklah kat mana pun, selamba je dia! Den puji budi bahasa beliau, lebih 10 tahun kenal tak pernah dengar beliau mencarut. Paling-paling pun "shit", itu je . Diam-diam awal bulan April lepas arwah kata nak settle down. Dengan teman tapi mesra beliau, gadis ayu kerabat Tengku. Hebat juga arwah ni kan. Sesuai lah Syed dengan Tengku, cuma pelik kenapa arwah tak pernah guna pakai nama Syed beliau. Bagi den beliau bagaikan penyeri setiap suasana. Di mana ada KiD, di situlah ceria gelak ketawa. Beliau pendengar yang setia, murah dengan senyuman, jauh sekali sombong. Paling menyayat hati, beliau tidak sempat menimang cahaya matanya yang bakal di lahirkan March 2011 dan pada hari beliau dikejarkan ke Hospital, beliau baru selesai hias kek hari jadi isterinya. Apakan daya Tuhan lebih menyayangi beliau. Semoga roh beliau di tempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Al fatihah...

Gambar terakhir arwah bersama isteri

Fakta kejadian sebelum arwah meninggal:
*9/10/10-KiD mengadu panas badan selepas balik dari Banting Selangor ( kes Dt' Sosilawati)
*13/10/10-KiD Mc selepas balik dari medical checking. Menurut orang gajinya, KiD makan nasi lemak yang dijual seorang penjaja.
*13/10/10 @ 6 pm- KiD dikejarkan ke hospital setelah didapati kejang otot dan tidak sedarkan diri dan dirawat di ICU.
*13/10/10 @ 9 pm- doktor mengesahkan KiD koma.
*17/10/10 @ 10 pm-KiD sedar dari koma dan sempat meminta maaf kepada orang tuanya dan isterinya
*17/10/10@ 1130pm-KiD diserang kejang otot dan
menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam.


4 comments:

GadisKasutConverse said...

Al fatihah.
Tiada lagi singgahan.

n said...

al fatihah
saya kenal kid dalm blog je..pastu hilang dua tiga bulan x update pastu dia update balik..saya banyak minta nasihat dari dia.

rasa terkilan kerana nti dh xde org nk komen entry2 saya..

sha83@kaizer said...

al-fatihah

jgn le tutup blog neh ...
teruskan menulis...

caiyokkk...

hidup manusia memang macam ni.
ada pertemuan dan perpisahan tak kira macam mana cara nak berpisahnya tu...

sekurang-kurangnya ...
dia pernah membahagiakan dan menggembirakan orang-orang yang mengenalinya.

itu juga sebagai ibadah amalan yang boleh juga dijadikan bekal untuk arwah. smoga Allah menerima segala amalannya ...

amin3X...

Unknown said...

alfatihah...xtau pun pasal benda ni..patu dah lama xnampak blog arwah...semoag roh ditempatkan dengan org2 beriman...aminnnnn

Post a Comment