Showing posts with label Diary. Show all posts
Showing posts with label Diary. Show all posts

HILANG TIDAK BERGANTI

Sunday, October 24, 2010 Posted by: Adanama007, 4 comments

Hoi sahabat!! Itulah mukadimah arwah bila sergah geng-geng beliau. Ada jalan depan pun kalau boleh dia akan pusing ikut belakang hanya nak sergah kita. Bila tengok kita terkejut, gelak tak henti-henti, yang lawaknya kita yang terkejut ni pun ikut gelak sekali!

Den kenal arwah sejak tahun 1999. Belajar satu kolej yang baru di jenamakan semula, UiTM. Keperibadian arwah tak pernah berubah dari dulu lagi. Air muka selamba, tapi bila buka mulut kalau tak melawak tak sah. Tinggal pula satu bilik dengan arwah, memang hari-hari semput nafas dibuatnya. Pagi petang siang malam gelak! KiD memang glamour dengan muka sengih ala kerang kecut. Mula-mula kenal arwah, den cukup kagum dengan keyakinan dan keterampilan beliau yang sangat positif, aktif, agresif 24 jam !

UiTM 1999-2003
Dari satu bilik sampai menyewa pun satu rumah di sekitar kawasan Shah Alam, arwah tak pernah berubah perangai. Aktif 24 jam. Pernah tengok orang belajar sambil berjalan? Bersukan? Mandi? Kalau den expert study sambil tidur, arwah lagi khatam belajar dalam tidur! Pasal awek? KiD sedikit alergik dalam bab-bab jiwang. Masa tahun pertama buat ijazah, ramai sangat la yang berkenan. Secara langsung den sebagai kaki kiri beliau jadi postman.. dan tukang baca sekaligus jadi ubat nyamuk!

Puncak Gunung Jernih, Ijuk Perak 2002

Hal-hal peribadi, KiD tak pernah kongsi. Bila dah grade barulah den tahu latar belakang beliau. Tapi bab RM tak pernah kedekut, walaupun RM 1 dalam wallet kami kongsi sama-sama beli maggie. Pernah dulu kakak den kahwin, nak balik kampung poket kosong. Arwah keluar bimbit plastik, tak tahu kemana. Petang hari yang sama, arwah bagi RM 100 kat den. Dapat juga den balik kampung hari tu. Seminggu lepas cuti, baru den tahu arwah jual kasut kegemarannya Adidas Samba. Sampai sekarang den rasa bersalah. Bayar 10 juta sekali pun, tak akan dapat kasut yang sama jauh sekali serupa. Lepas grade 1/2 tahun den dan arwah tanam jagung jual kangkung. Nasib baik masa tu berjinak-jinak dengan pengiklanan, penulis bebas dan partime Hotel.

Arwah melanjutkan pengajian ke luar negara, den melilau cari kerja, zaman awal tahun 2000 ramai pemegang ijazah menganggur. Tahun 2005 barulah den dapat kerja goment. Dan selama itu juga den dan KiD lost contact. Tiba-tiba je den dapat mms dari beliau disertakan gambar terkini beliau (gambar hphone dulu-dulu teruk). Aik!? Belajar jurusan lain, kerja bidang lain. Pening-pening. Mungkin KiD tak pernah dedahkan pekerjaannya. Arwah berkhidmat dengan PDRM. Terkejut?

siapa sangka cempedak jadi nangka
Tahun 2004 di Sutera Habour Resort Sabah, den kebetulan terhantuk kepala dengan beliau. Den ikut bos den dinner bersama Pak LAh ramai-ramai. Terkejut tengok beliau tercongok di sudut ballroom. Perangai sama juga, cuma control ganas. Kepala pun macam The Rock hee.. Protokol la katakan, eskot Perdana Menteri. Dari situ kami kembali rapat macam zaman muda-muda dulu. Maaflah kalau kualiti gambar den lagi teruk. Itu je la yang ada jang!

Memang arwah nakal, tapi setahu den beliau kurang minat dengan cintan-cintun. Apa yang den tahu arwah suka melancong, sukan lasak dan kutip kucing terbiar. Cuma lepas beliau dimiliki, barulah beliau tidak berapa aktif dengan geng kangkang beliau (motor besar). Kalau tak, kejap kat Johor, kejap kat Perak, Perlis, Penang..

KiD dan isteri semasa di homestay Pangkor
KiD mudah sesuaikan diri dimana-mana saja beliau berada. Letaklah kat mana pun, selamba je dia! Den puji budi bahasa beliau, lebih 10 tahun kenal tak pernah dengar beliau mencarut. Paling-paling pun "shit", itu je . Diam-diam awal bulan April lepas arwah kata nak settle down. Dengan teman tapi mesra beliau, gadis ayu kerabat Tengku. Hebat juga arwah ni kan. Sesuai lah Syed dengan Tengku, cuma pelik kenapa arwah tak pernah guna pakai nama Syed beliau. Bagi den beliau bagaikan penyeri setiap suasana. Di mana ada KiD, di situlah ceria gelak ketawa. Beliau pendengar yang setia, murah dengan senyuman, jauh sekali sombong. Paling menyayat hati, beliau tidak sempat menimang cahaya matanya yang bakal di lahirkan March 2011 dan pada hari beliau dikejarkan ke Hospital, beliau baru selesai hias kek hari jadi isterinya. Apakan daya Tuhan lebih menyayangi beliau. Semoga roh beliau di tempatkan bersama dengan orang-orang beriman. Al fatihah...

Gambar terakhir arwah bersama isteri

Fakta kejadian sebelum arwah meninggal:
*9/10/10-KiD mengadu panas badan selepas balik dari Banting Selangor ( kes Dt' Sosilawati)
*13/10/10-KiD Mc selepas balik dari medical checking. Menurut orang gajinya, KiD makan nasi lemak yang dijual seorang penjaja.
*13/10/10 @ 6 pm- KiD dikejarkan ke hospital setelah didapati kejang otot dan tidak sedarkan diri dan dirawat di ICU.
*13/10/10 @ 9 pm- doktor mengesahkan KiD koma.
*17/10/10 @ 10 pm-KiD sedar dari koma dan sempat meminta maaf kepada orang tuanya dan isterinya
*17/10/10@ 1130pm-KiD diserang kejang otot dan
menghembuskan nafas terakhirnya tepat jam 11.30 malam.


BLUES TARIK HANDBRAKE

Tuesday, October 05, 2010 Posted by: KIDbrush®, 20 comments

Semekom! Ooooo semekom! Aik? senyap je humah haku? Salunya dengar bunyik keta haku dah tercacak mem haku depan pintu. Hari neh tak pulak. Pintu terbukak, gate tutup tapi tak kunci. Heran, keta hade, orangnya mana? Penyamun masuk ke?!! Oh Tuhan selamatkanlah mem haku...


BILA DIRI TIDAK DIHARGAI

Saturday, September 25, 2010 Posted by: KIDbrush®, 14 comments

Sabar.... dolu orang kata, sabar tuh separuh dari iman, bagi haku sabar tuh iman. Tapi setakat mana bleh sabar? Kalu kena manjang? Nak sabar tengkorak hapenye?


PETANG YANG PANJANG

Monday, September 20, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Shopping lagi!? ingatkan dah lepas raya neh, tenang poket haku. Ropa-ropanya hujan di petang hari! Bulan posa, shopping! Tengah bulan posa, shopping! Sebelom raya, shopping! 2-3 hari nak raya, shopping! Lepas raya pon shopping!! adeheiii...


BALIK KAMPUNG!

Wednesday, September 08, 2010 Posted by: KIDbrush®, 7 comments

Ho ho ho.. balik kampung... Tiap-tiap taun lagu tuh terngiang-ngiang dalam kepala hotak haku, x bleh elak, otomatik! Taun neh x macam taun lepas-lepas, taun paling berbeza dari sebelomnya. Kalu dulu terus balik Penang, kali neh beraya di Kuching Sarawak. Dah tentu lain!


MEMORI ANAK BULAN 3 - MALAM 7 LIKUR

Friday, September 03, 2010 Posted by: KIDbrush®, 31 comments

Malam Lailatul Qadar... hampir semua mengatakan malam 7 likur adalah 7 hari sebelom Raya Puasa. Maka rumah umat Islam seantero Malaysia terang benderang dengan lampu pelita panjut. Bukan pasal black out, pon bukan pasal umah x dak elektrik. tapi, "feel" sebelom Raya. Kalu yg x bayar bil karan tuh haku x campur, aduyaiii...


MERDEKA 53 - Part 1

Tuesday, August 31, 2010 Posted by: KIDbrush®, 18 comments

53 TAHUN.. Pejam celik, pejam pastuh celik balik dah sambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 tahun. Hade yang baru sambut 20 tahun merdeka (lahir 20 thn yg lampau), hade yang baru nak sambut merdeka yang pertama. Hapekah merdeka bagi anda?


HE OR SHE?

Thursday, August 26, 2010 Posted by: KIDbrush®, 17 comments

Is she?.. sekali pandang x hade yang pelik, 2-3 kali pandang pon sama gak. Nothing suspicious! Tapi haku neh lelaki tulen, haku dianugerahkan mata yang sharp, hidung yang sangat sensitif dan deria haba tahap termostat!


JUADAH HAPE KEJADAH

Wednesday, August 18, 2010 Posted by: KIDbrush®, 19 comments

Marey!! marey... rapat-rapat abang, kakak, pakcik, makcik, awek wewitttt!! ya mareyy mareyy!! macam-macam hade! rendang, ketupat, lemang, ayam, kambing, lembu ,ikan paus beruang kutub heheiiii..... pilih pilih pilihhhh!!!


MEMORI ANAK BULAN 2

Saturday, August 14, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Habuan... itu la cara orang tua haku nak galakkan kami 3 beradik posa penuh, x penuh pon setengah pon jadik la. Bukan hape, antara haku dan GiGi x termasuk BeLL, posa haku paling x senonoh! Jangan katakan setengah, suku pon tak sampai!


LUCKY LAKI

Tuesday, July 27, 2010 Posted by: KIDbrush®, 10 comments

Bertuah punya budak!! Hitu laaa mami haku dok jerit taim kecik-kecik dulu. Hiperaktif sangat terbawak-bawak sampai la neh. Taim tuh kengkawan haku toksah cerita, uihhh punya la ramai geng-geng yang semua spesis samseng taik kucheng hoh hoh...


INSPIRASI

Friday, July 23, 2010 Posted by: KIDbrush®, 12 comments

Ilham.. pendorong, pembakar semangat dan macam-macam lagi lah. Hade yang menjadi objek fizikal sebagai pendorong. Hade jugak yang menjadikan lagu, khayalan, angan-angan, cita-cita sebagai pendorong. Haku?.... rasionalnya, haku jadikan individu di sekeliling haku sebagai inspirasi abadi...


JIWA LELAKI

Wednesday, July 21, 2010 Posted by: KIDbrush®, 12 comments

Lelaki... bila meluahkan perasan x semuanya face to face. Selalunya melalui perbuatan, objek, lagu dan macam-macam lagi. Lelaki spesis neh ego dia jelas tapi jenis neh la banyak diimpikan oleh wanita. Nampak ganaz, macho,  bertanggungjawab, cool dan tenang. Malah kebanyakkannya bijak-bijak belaka, cam haku keh keh...


MEMORI ANAK BULAN

Monday, July 19, 2010 Posted by: KIDbrush®, 10 comments

Dah Nak Raya dah??.... keh keh keh, posa belom dah nak cerita pasal raya ye dak. Ptg tadi haku jengah upis haku yang sesak ala Jom Heboh. Pelik tapi bener dong, hari Ahad pon hade orang. Mulanya hero (haku lah tuh) kompius bercampur ghairah nak tahu pasal hape ramai sangat jembalang dan penunggu upis haku bergentayangan hari neh...


PENANGAN BULAN MENGAMBANG

Thursday, July 15, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

Tak habih-habih buat hal. Leklok bini dah jamin pon bual hal lagi! Hish mana haku x hangin, pasal si Jantan Badrul Muhayat tuh, x pasal-pasal Mem haku libatkan haku sekali. af@#$%^&taliban*&^wakaka!!


ARIES MACHOS

Thursday, July 08, 2010 Posted by: KIDbrush®, 3 comments

Jejaka Aries Machos? Yesh jejaka macho berbintang Aries dan haku adalah salah seorang jejaka itu har har perasan sungguh jantan ituh. cheshhh!!!


FEEL GOOD TO BE

Thursday, June 24, 2010 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

FEEL GOOD TO BE BACK!! A month of leave, a very-very long holliday! Hangpa tau la lagu mana syoknya cuti heh heh.... sori naa terkeluaq slang. Wat eber pon haku dah kembali ke dunia nyata yang penuh pancaroba neh. Tak kan nak coti setahun kot...


HAKU BIZI KE ???

Thursday, May 20, 2010 Posted by: KIDbrush®, 8 comments

Sumpah!! haku bizi giler2 minggu neh sampai minggu depan! Dateline Isnin depan buat haku terkejar sana terkejar sini terkejar sinun! Sampai mata air pon haku lupa nak nak layan. Dah lama haku tak tido kat pjbt. Semenjak 2 menjak neh, situ laaa pjbt haku situ laaa bilik tido haku. Adeheiiii!!!!!!!!


TUNJUK AJAR HAKU SIFUUUUU!!

Sunday, May 16, 2010 Posted by: KIDbrush®, 9 comments

Happy Teacher's Day... ucapan ikhlas untuk semua Guru-Guru dan Cikgu-Cikgu serta Sifu-Sifu yang pernah mendidik dan mengajar haku sehingga ke tahap neh. Walupun hade yang dah x kenal haku... dan haku  bg clue untuk refresh memori sifu-sifu sekalian. Remember... "Ishk" haaa.. dapat tak haa kan kan tak ingat la tu


Janji Hawau!

Monday, March 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 1 comments

Hawau?! Laen btul tajuk haku? Yaa.... kucing bachin haku pun meng "ngiyauuu" kan tajuk haku tuh. Dan kerana hape yg berlaku petang tadi sungguh meng "ngiyauuu" kan kepala hotak haku... x pasal2 kucing haku mengamuk x tentu pasal (kebulur sangat) satu hari langsung x mentekedarah!!