FEEL GOOD TO BE

Thursday, June 24, 2010 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

FEEL GOOD TO BE BACK!! A month of leave, a very-very long holliday! Hangpa tau la lagu mana syoknya cuti heh heh.... sori naa terkeluaq slang. Wat eber pon haku dah kembali ke dunia nyata yang penuh pancaroba neh. Tak kan nak coti setahun kot...

Dari banyak-banyak coti yang penah haku hambik, coti panjang haku tahun neh paling besh. Paling banyak kenangan manis, pahit, masam dan tenggik (?).  Dari bumi haku berpijak, Malaysia Tanah Air haku neh ke tempat kelahiran skandal lama haku Agnes Monica (chehh hoh hoh), patah balik KLiA, pastu zoom ke Kota Kinabalu, turun ke laman umah Camelia, Bumi Kenyalang, kendian terbang balik ke LCCT (bubget dah burst) dan bergolek balik ke Melaka... adeheii. Huh hah huh hah total smua hari 26 days. Selebihnya haku lost... he he (paham-paham je la pengantin baru).


Time kami mula berlepas dari KLiA, 4 days selepas haku berjaya menamatkan zaman bujang trang tang tang haku yang fabules dan maberles (uppsss), smuanya berjalan dengan lancar  dan baik bak air di curah ke daun keladi. All gadget are in good condition., fulus yang cukup,  mood yang terlebih ceria, tapi malang tetap malang... jangan katakan bayang, bau pon x dak!! patut pon malang x dak bau! pakai rexona kot!!

Tragedi menimpa (more or less) bila orang umah tercinta haku terrrrr tinggal camera kat salah satu destinasi bersejarah di Indonesia, syok sangat beli barang-barang kraftangan (haku pon 2x5) sampai lupa donia. Untung neng tuh, duit dapat, camera pon dapat., seb baek x rakam yang bukan-bukan (x sebulu dengan Ariel Peterporn). Bila dah nak sampai hotel baru teringat haaa.... kan kan kan. Patah balik ke gerai tuh dah berubah jadik orang tua pulak. Neng tadi, jangan kata bayang, lobang hidung pon x nampak!! Sape nak ngaku ye dak. Nak hangin x sampai hati... orang umah la katakan... adehhh. Baru 5 hari merayau kat situh, kad kredit pulak buat hal. Bukan x dak cash...hade. Tapi dah di hampehkan oleh orang umah haku termasuk haku skali. Kunun nak makan malam kat restoran sedap-sedap, last-last kat kedai yang boleh dikatakan "warung", janji lepas soruuu... tapi sedap juga makanannya sihh, waduhhh!!

Selesai isu tragis kad kredit, kami terus cabot balik tanah air dan rest untuk 2 hari. Pengantin baru la katakan, cepat penat..... heh heh. Gedabak gedebuk gedabak gedebuk, dah beli camera baru termasuk video cam seken yang haku cekau dari internet (tengkiu Mudah.com), kami continue travelling ke Kota kinabalu, kira Honeymoon la neh heh heh. (mmg ponn). Time tuh hujan lebat gila baban, flight delay 1 jam. Nak cancel x bleh pasal  trip neh orang sponsor, mahal tuhh hoh hoh.

Dalam penerbangan KL-KK, Flight AK**** boeng 737 MAS, mememang mencemaskan. Junam naik balik,!  Naik  macam willy motosikal, pastuh junam balik!! arghhh...... Haku kompius sama ada haku naik kapal terbang ke roller coaster? Macam naik unta pon hade!! Memang betul kata Adnan Sempit. Walaupon ganas, dalam hati hade taman (?), semacho-macho haku neh, skydiving haku bleh terjun selamba badak je... akhirnya kekacakan haku itu tak kemana. 3 kali haku muntah semuntah muntahnya!! Orang umah haku.... ilek je, selamba ngauuuu!!! Walaupon jelas matanya berair tunggu masa nak tumpah tapi tetap steady. Cayalah bebeh!!


Situasi dalam flight huru hara, tengah sibuk muntah, sempat jugak haku perati sekeliling. Muka smua pucat kelat, macam meneran pon hade, budak-budak dah melalak-lalak kecoh dibuatnya. Salah sorang stewardess seksi meksi x sempat balik ke tempat duduk terrrrr duduk kat riba sorang makcik, siap melatah makcik tuh..... haihh, dok laa kat riba haku kan best. keh keh. Lawak-lawak jugak, tapi nun dalam hati haku  takut jugak weii!!!

2 jam lebih penerbangan, setelah puas berdoa. Dengan izin Allah kami selamat mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu. Kussssss semangat! bersambung....


0 comments:

Post a Comment