STREAMYX OWH STREAMYX

Wednesday, June 30, 2010 Posted by: KIDbrush®, 2 comments

PAY FOR NOTHING... kenapa haku kata gituh, adakah haku tensen, marah, ataupon kecewa? Yesh memang haku dah kecewa dengan Broadband no 1 Malaysia neh... chehhh no 1 konon..


Ini bukan kali pertama haku dikecewakan oleh syarikat kaya-raya TM. Dah puas komplen, dah jemu tepon, dah penat mengadu benda yang sama. Hari neh line ok, esok down balik. Esok lepas ngadu kat talian teknikal 100. Ok x sampai 1 hari, dah hang balik... hape cerita neh wei. Hagaknya operator-oprator TM neh banyak belum kahwin ataupon bujang tua. Pasai tuh la TM nak haku cal depa hari-hari. Betul... selama neh haku wat lawak jugak, tapi part RM teramatlah sensitif. Bayar RM 109 tiap-tiap bulan untuk pakej 1gig, tapi hampeh sehampeh hampehnya.


Dah naik jemu dial 100, kununnya nak minta tolong settlekan problem neh. alih-alih jawapannya "Maaf Encik, ini adalah masalah rutin..." masalah rutin?? What the tutttt (cencored) punya alasan? Sori to say, habaq pi la suara operator yang lemah lembut tahap Softlan, manis ayat bak gula-gula. Bagi la nama hape pon Linda ke, Diana ke, Fatimah ke, Eezy ke.. Nora Danish ke.. kalu hari-hari cal pon x dak pekdah dik oi., bukan bleh buat gundik pon. Service dh macam service badminton. Haku service depa smash, depa smash je haku service balik.. adeheii

Kat web je dah x terkira komplen user Streamyx dari dulu sampai skarang. X settle-settle jugak. Memang betul sesetengah user tuh x dak masalah. Serupa jugak haku dulu. tapi semenjak Januari 2010 sampai skarang neh hampeh. Dah dua tiga kali juruteknik cambaguih depa mai umah haku, gaya dah ok dah, style pon dah kalah enjinior. Tekan sana tenyeh sini godek sinun, alasan itu ini perghhh... pening nak paham. Tapi result hampehhh. Alasan-alasan yang x diterima akal pon hade.

Once before, salah seorang juruteknik depa yang cambaguih depa kata " Awak banyak sangat tengok youtube kot, tu pasal system down" haikk!! Dah la muda jauh banget dari haku bahasakan haku neh "awak"??!! Pastu bagi alasan stream video dari you tube buat linehang??! Aduiiyaii.. nyata sangat la TM neh nak kaut untung banyak.Hagak-hagak la alasan tu dey... juruteknik tahap diploma hidup segan mati x mau mana laaa korang rembat neh. Sengal!!

So tengah hari tadi haku buat cal lagi kat talian 100, operator nama Eazy ke Easy atau Ezi  yang amat terrrrrrlatih bercakap dengan lembut macam besa (sebab dh di brain wash cenggitu). Proses pon mcm besa tanya itu ini, alasan itu ini. Haku snap sket dan habaq kat dia haku nak terminate akaun haku. Tak bagi pulak... pujuk haku itu ini alahai... Dik, hang bukan bini haku nak pujuk-pujuk. Piiiiirahhhh mabuk! Pastu result speed test melampau nipu. Tengok kat bawah neh... bedebab laju download test. Tapi hakikatnya hampehh!! Logik ke Speed 1gig sampai 2 gig haa??? hoh hoh lawak lawak... nguah nguah


 hape ke jadah nye neh??

 nampak tuh 39987 kbps tuh yob adeheiii lawak-lawak

Hape-hape pon 16 July neh haku kompom terminate akaun. Sia-sia je bagi duit kat depa. X hade tenet pon x hape. Janji haku x rugi yedak hoh hoh puas hati kan kan. Dan kepada pembaca dari keluarga TMnet... syabas beteh syabas kerana makan duit kita orang kenyang-kenyang (duit gaji korang tuh la mangkuk). Ingatilah pesanan pelanggan mu neh yang marah dan kecewa....  x larat kena pow lagi dah ish ish ish


2 comments:

Anonymous said...

ako sama jgk bro. lama dh tkr celcom. streamyx mmang hampas

zakrool said...

btul! wa layan celcom jgk bro. x sakit hati. Streamyx sucks!

Post a Comment