KUNTILANAK NAFI MAIN KAYU TIGA

Friday, July 09, 2010 Posted by: KIDbrush®, 5 comments

Special Keliwon Interview, membawa haku dan Adanama007 menemubual Kuntilanak sepanjang zaman bernama Kitty Kitty sebelum program realiti EMBUN menutup tirainya subuh tadi. Beliau tidak kecewa dan tetap berpuas hati walaupun hanya menduduki dahan keempat, selepas Pontianak, Langsuir dan Zarina Ann Julie pada final musim pertama dan terakhir program realiti tersebut. Kitty-Kitty yang berdarah campuran Pakistan di sebelah bapa dan Ayam, Nyamuk serta Itik sebelah ibu berkata, peluang menyertai program terbitan Hantu Pisang dan Saka Jamban Trading Sdn Bhd memperkenalkan namanya di alam misteri Keliwon.

 Kitty-kitty sempat melambai semasa keluar dari lubang

"Ingin i perbetulkan, I adalah Kutilanak dan bukan Kuntilanak seperti pontianak-pontianak lain sebutkan. Dan nama i ialah Kitty-kitty yang comel." ujar beliau sebelum memulakan bicara sambil terkial-kial keluar dari lubang.

"i berbangga dengan pencapaian i sendiri kerana ini ialah program pertama yang i sertai selepas mampus kena tibai askar jepun 55 tahun dulu. Daripada tanpa seurat benang, i belajar banyak perkara mengenai seni mengilai dan bertenggek atas dahan rapuh. Sekarang i puas kerana semakin ditakuti dan kian dikenali malah mampu bertenggek atas ariel TV dan mangkuk Astro!!"

Kitty-kitty membetulkan dadanya yang terlondeh

"Dalam satu adegan, i dikehendaki menari dangdut. Mulanya i ragu-ragu, yelah berdangdut atas dahan kan pelik, tak pernah dibuat hantubetul tak? Tapi Hantu Pisang suruh i goyang-goyangkan buntut saja pon jadilah. Berjaya juga i tau. Ketika buat adegan itu memang i rasa ngeri, tapi nak buat macam mana kerana ia juga permintaan Saka Jamban .

Pabila ditanya tentang scandal beliau dengan Cristiano Ronaldo , beliau menyangkal sekeras-kerasnya.

bukankah ini sepatutnya kitty-kitty?
"Gosip itu tidak benar sama sekali. Saya dikatakan mengadakan hubungan sulit dengan Ronaldo 5 kali seminggu dan berita itu amat menjengkelkan. 7 kali sebenarnya!" ujar beliau serius.

Kitty-kitty sudah semakin berumur. Tak hade ke yang berkenan? Ke... tak laku?

"Hoih! Siapa kata i tak laku? See the leg la man! Dulu i pernah bercinta dengan abang Gabang, tapi cinta mayas je laa... selepas tamat tadika beliau berpindah ke Jepun dan menukar nama beliau kepada Gaban. Beliau kini sudah berumah tangga  dan kami masih lagi berkawan tapi jarang berhubung sebab tak tahan kena "Fire" dengan beliau yang kini bekerja sebagai Otoman. Pantang silap je fire. Silap je fire! Silap je fire! legam i tau tak!!"

 Gaban kini bekerja sepenuh masa sebagai otoman

"2 tahun selepas Malaysia merdeka, i jatuh hati pada mayat hidup nama Pian Rempit nuuu kat USA. Tapi hubungan kami kemudian renggang ekoran kredit habis nak SMS dan terus berpisah bagaikan kaca jatuh ke lantai. Sedih i yuuuu. Tapi i terima dengan hati terbuka bila beliau (Pian Rempit) mengaku beliau Gay kerana "anunya" hangus disebabkan acap kali menjadi ghost rider." ujar beliau perlahan dan sayu.

 Pian @ Ghost Rider mengaku "gay" selepas anunya terbakar

"Kalau you all nak tau, i lah ibu kandung anak si jantan Ronaldo tu hahh. Dasar jantan kabaret. Padan la kalah!", kata beliau tanpa segan silu.

Malaysia pernah digembarkan dengan penemuan rambut pontianak tersangkut pada bonet kereta beberapa tahun lepas. Kitty-kitty ada sebarang komen?

 rambut yang digembar-gemburkan sebenarnya bulu ketiak kitty-ktty

"Haaa Haaa Haaa (mengilai). Sori, i terimosi. Memang itu milik i, tapi bukan rambut. Sebaliknya bulu ketiak i la bro kui kui kui."

Disuatu senja yang hening, beliau sedang "trim" bulu ketiak beliau di atas dahan ketapang berdaun lebat selebat bulu ketiak beliau yang melayang di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kebetulan kereta tersebut lalu maka tersangkut la... kat bonet. bergitulah ulasan beliau. 

Mengakhiri temu bual beliau "menjelma" ke jasad lain dan menghadiahkan posing-posing menarik untuk peminat-peminat beliau. Haku pon tak tahu pasal hape ayam dan itik jugak beliau pilih? Heran...heran... Adioss

posing ghairah istimewa untuk peminat


5 comments:

zakrool said...

aduiii seksi giler ayam!! hahahah

Anonymous said...

kidbrush is BadrulKidd?????sama ja..huhu
~lalalala~

KIDbrush® said...

Zam :) seb bek ayam kalu kambing? lagi haru hahahah

Kiji :O err haku bukan Badrulkidd aaa kiji, sori naa

kiji said...

ooo ok..sori dori sir..i thought u r badrul kidd..cara penulisan sama...hehehehhe~~~

KIDbrush® said...

Kiji~ gal, haku kan hero... keh keh

Post a Comment