9 FILEM YANG TAK AKAN KELUAR WAYANG

Wednesday, September 29, 2010 Posted by: KIDbrush®, 22 comments

Filem Malaysia kengkadang meriah, kengkadang suram. Kelammmm je... kalu musim citer hantu, semua berebut bikin citer seram. Kalu musim citer lawak, sepanjang taun, lawakkkk je. Kalu musim bercinta plak.... leleh bertamannn sampai lebam keh keh...

Cakap banyak x guna, neh 9 citer yang 100% Finas x luluskan, arahan siapa? Haku la hah hah hampehhhh!

1) Lagenda Budak Legam 
~Mengisahkan  Baby G bergelut dalam kegelapan selama 9 bulan. Berbagai dugaan dan rintangan terpaksa beliau harungi. Berjayakan Baby G mencapai impiannya menjadi pelajar Akademi Fantasia?


2) Terkentut Dalam Kubur
~Kisah seram era 70an, dua beranak bekas GRO  terasing dan menyepikan diri di banglo usang bersebelahan tanah perkuburan lama. Ketika berlari-lari takut kena hujan, Cika tertumpah kuah satey dan bawang atas sebuah kubur lama, sejak itu bermula gangguan bunyi dan bau kentut pekat tenggik hamis masam menghantui mereka!


3) 40 Hari Bangkitnya Sotong
~Ariel remaja emo hilang punca pendapatan selepas kematian sotong belaannya,  Pikacu. Sebelum itu Ariel berjanji menghadiahkan baju raya kepada Pikacu sekiranya Holland juara Piala Dunia. Namun Pikacu meninggal tercekik buluh lemang 7 hari sebelum raya. 40 hari kemudian, Pikacu kembali dan merasuk Ariel yang gagah perkasa menjadi lembik dan lemah gemalai bak sutera!


4) Misteri Bilik Seben Eleben (711)
~Kisah pasangan pengantin veteran tersewa bilik misteri nombor 711, dimana setiap hari ke-7 setiap bulan, tepat jam 11 pagi penghuni bilik tersebut akan hilang! Kemanakah perginya mereka? ditelan tilam? Di colek momok? Atau sudah check out?!!!!


5) Poknik
~Filem Romantik tragis yang mampu menjuraikan air mata anda. Dua hati bertaut kasih, hati berbunga bersulam sayang. Jekk jatuh cinta dengan Mei Li, cleaner kapal kotak "Poknik" yang sangat gagah dan utuh binaannya kerana tidak pernah cecah air. Ketika Jekk dan Mei li dilamun asmara ,kapal mereka karam dilanggar seekor burung camar yang mabuk laut. Mampukah Jek dan Mei Li menyelamat diri dari tragedi tersebut?


6) Cinta Piranha~
Dibintangi oleh aktress sempit Niapermaidani dan aktor ketat Randypenanggal. Piranha adalah gadis berusia 18 tahun yang tinggal dengan neneknya Lady Gagap, jutawan besi buruk & sekenhen dealer. Kerana sudah tidak mampu menanggung cucunya si Piranha yang tahap biawak hidup, malas nak mampus. Piranha di jodohkan dengan Remi, anak ketua kampung, jejaka idaman satu Malaya. Remi meninggal dunia pada malam pertama sebelum fotosintesis di antara mereka berlaku akibat terkejut yang terlampau. Ikuti suka duka jiwa lara Piranha mengharungi kehidupan janda malam pertama!


7) My Name Is Syafiq
~Filem komedi ganas 18sx. Mengisahkan Syafiq yang dijumpai dalam cerek susu. Segalanya bermula apabila Nabila, ibu mamee segera Syafiq terberanak di pusat membeli-belah. Syafiq terpelanting ke dalam cerek berisi susu yang digunakan oleh promoter susu mempromotekan susu mereka!


8) Cup 18!
~Kisah horror paling kejam abad ini. Ah Tong seorang mekanik yang berjaya tetapi sombong, bongkak dan takbur. Suatu hari, ketika beliau sedang menikmati chicky meal. Beliau terpijak taik kucing cair melekit, sekaligus perniagaannya diambang kebankrupan. Beliau telah membuat perjanjian dengan Jin pakai tocang untuk mengembalikan kemakmuran bisnes beliau. Syaratnya, Ah Tong mesti memakai baju dalam terpakai yang berlainan saiz  berkeadaan terbalik selama 18 hari! segalanya berjalan lancar sehinggalah Ah Tong terpaksa memakai baju dalam ke 18 bersaiz  FA cup. Berjayakah Ah Tong melepasi hari ke 18nya?


9) Gelak Khas - Misteri ATM
~Filem arahan Usop Haslen berkisar tentang seorang agen insurans menyiasat misteri kehilangan wang di mesin ATM setiap hujung bulan. Watak Amirul yang dilakonkan oleh Usop sendiri, percaya itu adalah perbuatan khianat Ah Long dan Ceti haram. Amirul yakin suspek berahikan gadis yang seksi. Amirul nekad menyamar sebagai gadis yang seksi gila babeng untuk memerangkap penjenayah tersebut. Berjayakah Amirul menjejaki penjenayah yang dikehendakinya itu?

Haa.... amacam? Hebat x filem-filem haku hah hah hah hadehhhh


22 comments:

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

euw!
x sanggup pon ak nk tgk sume cite ni..gamba last tu x menahan la beb!

zakrool said...

fotosintesis? hahahah ayat berlapik gmbr kejam hahahah

Tiana said...

syafiq sooo damn cute (^,^)!

Unknown said...

haha..sengal giler

KIDbrush® said...

~qiFFara~~ jagan tahan, lepaskan je heh heh

KIDbrush® said...

zakrool~ baru takat kejam je bro, blom sadis lagi har har

KIDbrush® said...

Tiana~ amoi ahhh, tengkiu ahh

KIDbrush® said...

E.d.Y~ haku png bcita2 nak jadik direktor filem tapi x dak rejeki ...

Unknown said...

hahaha sengal giler.
aku paling nak tengok lagenda budak legam. hahah

KIDbrush® said...

Lynn~ citer tuh kelammmmm je dari mula sampai ahir heh heh

Unknown said...

kalau hang jadi director, habisla hancur industri perfileman malaysia yg sudah sedia hancur ni..hehe

KIDbrush® said...

E.d.Y~punah cita2 haku har har adeheiii

Unknown said...

haha...try la..mana tau berbakat

sha83@kaizer said...

keh keh keh

Sesumpah said...

bab merepek kau memang tak boleh kalah



hahahah adehh

KIDbrush® said...

E.d.Y~ x pe la bro, jadik penonton je laa keh keh

KIDbrush® said...

sha83@kaizer~ koh koh koh

KIDbrush® said...

Sesumpah~ mana hade haku merepek, Haku merapu je haaaaaa

Qib said...

kebangkitan sotong?? haha.. laawaakk rr lu ni kidddd ;)

Anonymous said...

eh pesal 9 je..dh alang2 tu cukupkan lah 10 filem...

KIDbrush® said...

PinQib~mana hade lawak tuh Qib, kelakar hade laa keh keh

KIDbrush® said...

Uru San~9 je sempat bro, yg ke 10 dah ditayangkan!

Post a Comment