Totally Lost!!

Tuesday, November 11, 2008 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

Bukan mati syahid



SEORANG lelaki menunjukkan amaran pihak tertentu yang ingin meneruskan jihad ketika pengebumian Imam Samudra, kelmarin.

Ulama anggap perjuangan pengebom Bali sia-sia
JAKARTA Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai 'mati syahid' kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama. "Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama," kata Ketua MUI, Umar Shihab. Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa 'kafir' mereka sambil mendakwa ingin 'mati syahid'.

Macam-macam da donia neh.... Depa neh x habih-habih cari masalah. Negara dh cukop daif... depa nak tambahkan lagi tekanan badan-badan dunia. Kalu tgk gambaq, bukan main lagi depa neh bertudung, kopiah sekali tgk percaya habih depa neh warak habih!! Sapa pnah pegi bali? Yogyakarta? Jakarta? Indah khabar dari ropa habaq hang!! Mcm benda kurafat depa percaya. Ada yg baru balik zohor tapi dok sedap ja p kat pokok tua, dok tertongeng2... ntah hapa depa buat. Pastu p beli nomboq!? Pa dia neh?! Banyak lg benda2 tahyul yang kita dh lama tinggai depa dok amal lg... pasai tu la mcm2 benda timbui kat sana. Jengklot la, pocong jambul la, hantu jeruk purut laa.... hapa la.

So sebaik-baiknya hindarkan sebarang kekecohan apatah lagi yang melibatkan agama dan kaum, sebagai contoh, tanah Tumpah Darah kita neh... MALAYSIA!!

Sanggupkah anda Malaysia menjadi seperti Negara Palestin?? Israel?!! Thailand?? India?? Kemboja?? Iraq dan sebagainya? Sanggupkah anda melihat anak2 anda yang sedang membeli eskrem sekelip mata terkulai layu berlumuran darah? Sanggupkah anda menerima berita ayah dan ibu anda tertimbus di dalam rumah akibat di bom ketika sedang menonton "Sehati Berdansa"? Apakah rasa anda apabila melihat isteri anda walaupun dah sihat gedempol cam hantu dapur tiba-tiba tertonggeng kaku terkena peluru sesat? Riangkah anda apabila melihat suami anda walaupun dh berdahi luas dan berkaki lebar tiba-tiba tercabut kaki dan kepala melayang dek kena serang pengebom berani mati?? Adakah anda bertepuk sorak melihat manusia sesama manusia bunuh sana bunuh sini, sembelih sana sembelih sini, tembak sana tembak sini, bom sana bom sini... kata jihad tapi selamba ja buat dosa... harus ingat ALLAH tidak pernah menghalalkan darah manusia, malah agama lain pon x penah menyuruh manusia berbunuh sesama sendiri... hanya golongan sesat yang bertopengkan agama sahaja yang berbuat bergini

So... jaga tepi kain sendiri, tingkatkan kemajuan, murnikan moral, sucikan hati...yang penting...ingat pada dosa pahala... ingat TUHAN yang maha satu.. Jauhkan diri dari dadah... majulah sukan untuk negara!! Say NO to cigaret!!






"Malaysia Tanah Tumpah Darahku"






Haku pro keamanan-KIDbrush® world peace-one nation one voice-one kind-one world-one heart -one love


0 comments:

Post a Comment