10 TIPS KURUSKAN BADAN

Monday, November 23, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments

Anda terlalu gendut? Bunchet 6 Bulan? Sluar dalam kendur? Blind date lari 100 meter? Kancing baju tertanggal? Tayar motor @ kereta anda sering panchet!? Bentuk badan anda seiras menara Petronas? 10 tahun dulu nama anda Lulu dan sekarang panggil Blue Hyppo? Payah nak cebok? Anda tak pasti anda pakai sluar dalam ataupun tidak pasal tak nampak?!! Atasi obsesi ke gendutan anda dengan tips haku neh. Tak perlu makan ubat, tak perlu telan macam-macam pil! Cuma nekad, nekad dan nekad!!


1. Yang Kuat Mentekedarah-Tetapkan matlamat anda untuk kurangkan lemak tepu KFC dan Mc D yang tersimpul rapi di setiap inci badan anda. Lapar je anda makan lemak anda itu. Dont Worry... Rasanya tetap sama!

2. Yang Nafsu Serakah-Jadikan rakan anda sebagai "Tukang Bantai" atau "Tukang Balun". Apabila anda makan makanan segera tersebut, secara automatik Rakan anda akan tibai anda cukop-cukop tanpa belas kasihan. Seelok-eloknya "Rakan" anda itu adalah bauncer Nite Club, Ah Long atau Tukang tarik kereta. Walaupun hanya sebungkus Megi anda akan ditibai sampai lunyai!

3. Yang Malas Keluar Rumah-Habis kerja terus balik rumah, kunci pintu, matikan henpon anda, kurung diri dalam jamban! Cara ini buleh mengelak anda dari makan dan sebaliknya ada akan minum air paip dan buang air!

4. Yang Kedekut Taik Idung Masin-Pada hujung minggu, taim anda tidak bekerja. Kurung diri anda dalam almari baju, stor, mesin basuh dan sebagainya sebagai alternatif "Sauna". Cara ini amat berkesan dan pree!

5. Yang Kuat Minum Air Berkarbonat-Minum air berkarbonat anda yang dicampur dengan air longkang. Anda akan muntah-muntah berterusan sehingga berat badan anda turun. Kalau tercirit, maknanya anda di ambang kejayaan!

6. Yang Malas Berjogging-Pergi kerumah jiran anda yang ada anjing bernama Dog. Sepak buntut Dog dan tindak balas neurostatik berlaku, Dog akan berkejar-kejaran dengan anda. Percayalah anda boleh berlari sampai Tak Bai. Run Forest runnnnnn!!!!!

7. Untuk Orang Dapur-Penuhkan aktiviti harian anda dengan senaman berat seperti angkat peti sejuk dari dapur sampai pintu depan jiran anda ulang-alik. Pastikan tanpa henti. Jangan lupa bagi salam!

8. Yang Poyo @ Muka Tembok-Sekiranya anda menemani ibu, isteri, suami atau rakan anda ke pasar. Galas atau sandang mereka di bahu anda. Seelok-elok anda junjung setinggi yang boleh untuk menguatkan otot lengan anda sambil menyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan untuk menghiburkan hati anda sepanjang jalan!

9. Yang Tak Ada Masa-Banyakkan berguling atau bergolek. Lemak yang melekat pada badan anda akan tanggal dengan sendirinya! Pergi kerja, golek... balik kerja, golek... ke kedai, golek... dating, golek... ke jamban golek golek golekkk!

10. Yang Kuat Membuta-Akhir sekali pastikan anda cukop tido 16-18 jam sehari. Seelok-eloknya sampai koma. Dengan itu anda akan turun berat badan tanpa bersusah payah, sekiranya anda koma 8 bulan tanpa henti.

10 tips ini akan menguruskan badan anda 100%. Selamat tinggal lemak. Selamat tinggal donia ...upsss! Selamat mencuba!!


0 comments:

Post a Comment