JIWANG LELEH

Sunday, December 06, 2009 Posted by: KIDbrush®, 4 comments


Bila Mimpi Jadi Nyata

Aku...kan menjadi bintang-bintang mu.. cheee wahhh!! Haku tengah jiwang!! Jiwang dot kom koh koh. Dan sudah pastinya Lan Bunchet tengah gelak sakan kat haku sepueh-pueh hati sambil mengeletek pusat masam dio ( habit buruk adanama007 ). Yesh.. haku akui. Dah memang lumrah ye dak? Semua manusia ingin di cintai dan mencintai. Walopun dolu haku dok gelak dengan Rock kemaruk cintan-cintan, tapi nun jauh Ke Afrika haku jeles gak. Yelah... taim tuh sapa la nak kat haku. Rupa takat iras Brad Pitt je. Poket bleh tahan gabak, keh keh acah je... Haku kiut je sebenarnya. Tapi bila dah hade awekz nak kat haku, kira laku la tuhhh. Hensem jugak haku nehhh heee.

Tapi kan yang peliknya, haku yang angau, orang laen pulak yang lebih-lebih. Siap hade yang bagi tips macam mana nak berkomunikasi dengan awekz, terutamanya Mat Romeo pejabat haku, Ali Ngau ( Ali Angau.. angauuuuuu je!) macam mana nak tekel hati awekz, hape yang patut dan tak patut haku cakap, hape yang perlu dan x perlu haku buat, tempat dating bla bla bla... hadehhh bukan depa x tau, tulih buat satu list pon, bukan haku buleh smua tuh!! Haku kan ketaq! Dia senyum pon haku dah bpeluh satu badan, Dia tersentuh ujung jari haku dah terasa macam kena karan, ini kan nak berbual sembang rumantik. Silap-silap masuk wad haku daaa weiiiii...

Peghhh... payah nak habaq laa... penangan cintan-cintun neh telalu abstrak. Banyak hari dah x tidoq malam haku dibuatnye. Senyum sorang-sorang, guling sana guling sini, x sangka hade awek cun nak kat haku!! Bagi yang dah berpengalaman macam korang laen laaa.. haku neh, kalu pasal soal hati memang out habih!! Macam-macam rasa timbul, seronok, gabra , takut... maksud haku, haku tak pandai berbicara dengan awekz, haku x tau hape yang awekz suka, pendek kata hape pon haku x reti, out habih!!! faill!!

Hari pertama haku date dengan Dia dah cukop carca merba , x tau hape nak buat. Seb baek Dia dah pilih tempat, haku cuma perlu jemput Dia dengan keta tahap besi sekerap haku, pastu bawak Dia p tempat Dia pilih. Itu pun haku banyak kali silap jalan, siap langgar lampu merah plak tuh! Seb baek x langgar tiang lampu! Gabra punya pasal. Bila dah sampai, dah makan, smua dah... haku x tau hape nak sembang. Sembang pasal sukan dah semestinya awekz x suka, sembang pasal isu semasa kang macam kat kedai kopi, sembang pasal fesyen , baju, tudung, kot tersilap cakap kang mampuih haku kena pelempang ( Dia x suka pakai tudung), naya haku. Tapi haku tau Dia bukan jenis macam tuh... Dia pon tau haku memang jenis macam neh.

Pendek crita.
Dia kontrol keadaan dengan baek. Haku? Haku cuma angguk geleng... angguk geleng. Taim tuh pulak restoran tuh pasang lagu joget "ketipak-ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu, purak-purak bingung, hati di dalam bagai digaru"... macam tau je hati haku bagai di jolok, di tepuk-tepuk. Pastu Dia kata Dia suka tengok muka haku yang blur, kiut katanya ( memang pun heeee) Alahaiiiii... gedebak gedebuk laju je jantung haku mengepam darah naik balik ke muka haku yang dah pucat kelat! Yang pasti haku hambik peluang keemasan tuh tatap muka Dia puas-puas. Kalu buleh haku nak frame kan kat gambar boh kat setiap inci bilik tidur haku. Biar padan muka haku keh keh...

Dari petang bawak ke malam x jemu-jemu haku tatap muka Dia hinggalah haku antar Dia balik. Sbelom kuar keta Dia ajak kuar lagi hujung minggu neh, Dia bagi salam, haku jawap dengan semacho yang buleh, termasuk perut haku skali, cuma bunyi je laen kuat plak tuh. Tapi masing-masing paham
( pasal tadi haku makan sket... kontrol macho la katakan... chehhh ) Haku perati Dia sampai masuk umah baru haku pecut balik. Perut haku buleh setle, neh hujung minggu neh... hape haku perlu buat?! Hadehhhhh... tulung haku tulunngggg!!!!







4 comments:

Anonymous said...

Relax beb, relax. Perempuan umpama bunga. Yang penting jujur dan terimalah apa yang ada ;) Good Luck!

Unknown said...

hahahaaha tengah angau dilamun cinta ghopanya..

KIDbrush® said...

Tanpa nama...

Bro @ sis. Tengkiu beb. pompuan cam bunga comel je kan kan.... er kena siram x???

KIDbrush® said...

Sistah gudi...

berginilah orang low prof keh keh

Post a Comment