KARI KEPALA IKAN PAUS!

Bahan-bahan:

  • 1 bijik kepala ikan paus biru ( x kesah paus hape pon janji ikan paus , kepala ikan bilis pon buleh)
  • 50 guni bawang merah (merah sahaja, kalu x dak sembur cat jadi merah)
  • 30 tan halia (dikisar dengan lori pembancuh simen)
  • 30 bas bawang putih (dilenyek dengan hape cara skali pon)
  • 5 ekar cili kering (ditumbuk sampai lunyai, kalu buleh sampai masuk ICU)
  • 50 dulang ketumbar (jangan usik, kang mak marah)
  • 40 baldi serbuk jintan putih @ 30 kawah serbuk kaskas (kaskas tau! bukan kuskus!!)
  • 10 tong deram serbuk lada putih (hitam x bleh, kang cirit!)
  • 40 lori serbuk kunyit (disumbat dalam kepala ikan paus)
  • 1 kolah santan kelapa atau satu kedai santan peket
  • 20 kampit garam kasar ( sebesar batu jalan)
  • 1000 biji kacang bendi (kacang tanah x bleh)
  • 666 biji terung (panjang pendek lantak korang)

Cara memasak:

Sediakan bekas memasak yang besar, sebesar rumah. Kalu pakai kawah x muat

1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering sampai mata korang berair. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan air 2 kolah asam jawa yg telah dibuang bijiknya.
2. Kacau sehingga keluar minyak, kalu minyak x keluar gak, korang boh sendiri minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga terbit matahari esok.
3. Masukkan pula terung dan bendi kedalam bekas memasak, bukan dalam mulut. Batal posa ngokk!! tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa. Soh apek jual eskrim rasa. Kalu dia mintak tambah sedap la tuh, kalu dia tegolek pengsan mulut berbuih x sedap la tuh.

Bila smua dh siap. Panggil seluruh penduduk kampung @ Taman korang berbuka sama-sama

Tips: Resipi neh sesuai untuk Open House. Pastikan korang stenbai Pil Chiki Teck Aun dan makan berhampiran dengan jamban.

(dapatkan resepi ORIGINAL dari " Asap Dapur " )