Macam - Macam

Saturday, October 24, 2009 Posted by: Adanama007, 0 comments


Ayer Hitam, Pulau pinang. Mengimbau kembali tragedi pesawat Britain yang sedang merempit di litar udara Malaysia 2 bulan lepas. Menurut ketua Pulis Bombay Pulis Station Inspektor Sahab, kapal terbang tersebut dipandu terlau laju melebih had kelajuan dan melanggar lampu merah dekat Batu Pahat sana 3 kali tanpa memperdulikan penduduk tempatan yang sedang asyik menonton " Jangan Lupa Lirik " Astro Ria. Namun demikian tindakan nekad pemandu tersebut " Willie seret" dari Ampang hingga Pulau Pinang menyebabkan beliau hilang kawalan dan terbabas terlanggar Objek Misteri di kawasan Ayer Hitam. " Dia punya pasal haku tak tidur malam, malam jumaat pulak tuh!!" ujar beliau tak puas hati. Anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian memeriksa bangkai pesawat yang terhempas dan hangus sejurus eksiden terlanggar objek misteri di ruang udara Pulau Pinang 17 Ogos 2009 lalu. Juru terbang pesawat, Michael Jeksen, seorang warga Britain yang patah gigi dan hilang terunanya meninggal di tempat kejadian akibat tercekik bola Besball.

Dan apabila hari ini ditunjukkan gambar punca nahas tersebut kepada Inspektor Sahab, " Owh, jangan terperdaya. Itu cuma gosip liar sahaja.." ujar beliau sambil menikmati capati kuah kari kepala ikan tajaan Makcik Rokiah & Co. Ltd.- Adanama007


0 comments:

Post a Comment