ANDA TIDAK PERLU TAHU

Thursday, October 01, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments


  • Bekas perdana menteri India, Mahatma Gandhi pernah mengutarakan slogan " 1 Nation ", bagaimanapun kumpulan 1 Nation Emcees bukan kelahiran India mahupun Bangladesh.
  • Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Pada masa akan datang AH Long atau Lintah Darat adalah calon menantu pilihan paling hangat di pasaran berbanding tauke emas terutamanya Ah Long Bukit Beruntung.
  • Durian tidak boleh dibuat pewangi samada pewangi badan, bilik , kereta dan sebagainya. Ini kerana jika digunakan pada awal pagi bau durian, bila petang dah jadi bau tempoyak daa......
  • Makan ramai-ramai lebih seronok berbanding sorang -sorang terutamanya jamuan atau Open House. Ini kerana makanan yang disediakan adalah percuma!
  • Mamalia mempunyai tulang belakang membolehkannya bergerak kebelakang (mengundur), bagaimana pun kereta dan perahu bukanlah mamalia.
  • Flower Horn adalah ikan manakala ayam adalah spesis burung. Kelebihan ikan mampu bergerak kebelakang tapi tak boleh terbang macam burung. Ayam KFC pula lebih sedap dari ikan sardin!
  • Pengkaji barat telah menemui huruf selepas "Z" di Indonesia di mana huruf itu adalah "aaaaaa" dan bukan "aee".
  • Di barat ramai mengidap Hepatitis A-C kerana kerap meminum arak manakala di Malaysia ramai Pak Long dan Tok Wan benjol di dahi kerana kerap meminum Kopi Janda dan Kopi Janggut.
  • Kadar buta huruf di Myanmar dan Kemboja kurang berbanding Malaysia dan Singapura. Ini kerana rata-rata mereka memang buta terkena periuk api dan kena cucuk mengintai perempuan mandi.
  • Jin paling terkenal di dunia adalah Levis Strauss. Seluarnya di jual secara besar-besaran di seluruh dunia. Manakala Datuk Jin Shamsudin paling berpengaruh di Malaysia serta mepunyai cucu yang ramai.
  • Di Malaysia, Jengklot digelar Toyol,. Manakala di Jepun, mereka mengelarnya "Shin Chan"
  • Jika anda mempuyai misai dan bulu dada, anda adalah Macho... tetapi jika memakai singlet ketat, skirt pendek dan gincu, anda adalah Bapok!
  • Ayam bertelur sebiji riuh sekampung, manakala pada malam 1 syawal riuh ayam satu reban.
  • Anda akan pengsan jika menahan nafas terlalu lama, bergitu juga rakan-rakan anda yang terhidu bau kentut anda.
  • Rock Kapak sinonim dengan lagu-lagu rock 90an. Tetapi Rock Cangkul dan Rock Sabit tidak ada kena mengena dengan rancangan Muzik-Muzik, bergitu juga dengan Rocket.
  • Saddam Hussein mempuyai misai tebal, tetapi ahli kumpulan Meet Uncle Hussein misai jarang-jaranggggg........


0 comments:

Post a Comment