Pertandingan Matematik Peringkat Tok Sidang 2010 Jawa Tengah: Pertandingan Matematik antara tok sidang se antero Nusantara!! Buat julung kalinya Kesatuan Tok Sidang Jawa Tengah telah mengadakan pertandingan Matematik Pra-UPSR 2010. Pertandingan telah di adakan di perkarangan Sri Pentas, iaitu di kawasan parking kereta (lokasi tepat di rahsiakan). Hadiahnya sungguh lumayan, dimana pemenang akan minum petang bersama Zakiah Ganaz (Pengacara 666) dan juga kerakyatan tetap Malaysia. Oo Mak aihh...
salah seorang peserta yang gagal |
Mengikut ketua eksekutif Kesatuan Tok Sidang, Suhardi Bustarime Kastelo yang juga penasihat Kumpulan Geng Rabun, peserta akan ditanya 50 soalan matematik UPSR tanpa henti, 2 saat setiap soalan. Jika salah akan didenda Tumbukkan Padu Pendekar Tangan Berapi. Peserta hendaklah Tok Sidang yang berdaftar, seksi, berlesung pipi bersaiz syiling 5 sen, pernah mengundi, semestinya Jantan Tulen, hangat dipanasaran dan tidak bertepuk sebelah tangan!
katanya, "Setakat ini 44 sudah di masukkan ke wad ICU, 33 pesakit luar, 22 sawan, 11 pendarahan pundi kencing dan cuma 5 berani mengundur diri". Acara final Laga Lutut Berkain Pelikat akan di hadiri oleh Zakiah Ganaz sendiri sebagai pengadil. "Patah sayap bertongkat paruh, patah hati siapa yang perduli..." ujar beliau menghakhiri bicara.
6 comments:
salam. tlg jgn delete atau privatekan blog ni ye.. sbg kenangan kawan2 blogger dgn arwah
nurul boleh aja dinda hehh
aikkk re-post? tak pasan pulak ade entri ni sebelum ni ...mgkin ms tu aku tgh cuti lama... nak kata bersalin anak tak kuar kuar perut pun kempis je ... =P
huyohh. dasat org2 tua zaman sekrang haha
sha83@kaizer
, entry d atas pernah d kucar kacirkan oleh arwah sebelum ini. byk lg draf yg belum d edit. Den tak sempat nak update blog, ada yg sudi??
Sesumpah
memang dasyat heh heh
Post a Comment