ADA APA DENGAN KASUT?
Saturday, December 12, 2009 Posted by: KIDbrush®, 11 comments Rest..Hari Ahad yang membuhsankan. No plan, shoping fulus dh mulus, awek balik kampung. famili pegi bercuti. Haku? Home Alone heh heh... haku memang x reti dok diam. So haku bersihkan hape yang patut , dolu ada bibik buat skang haku dok menyewa dengan Adanama007. Senang, satu tempat keja, turun keja pon sama-sama, travelling sama-sama.
10 TIPS KURUSKAN BADAN
Monday, November 23, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsSERAM
Sunday, November 22, 2009 Posted by: KIDbrush®, 3 commentsAWEKS!?
Friday, November 20, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsGERAM!!
Tuesday, November 17, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 commentsMAI LALING
Tuesday, November 10, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsJODOH KiD??
Wednesday, October 28, 2009 Posted by: Adanama007, 0 commentsNapo ekau Jang!!?? monung jo haku tengok har har... itula liat benau cari jodoh. Awek depan mato ekau terketar sampai kesudah. Mano ado perigi cari timbo hawau KID wei!!
SOKLAN MIGRAIN
Thursday, October 01, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsYang haku nak ketengahkan neh bukan pasal haku nak melahirkan budak atau jadik budak-budak. Semua pasal anak buah haku sekor neh, Leila umur baru 5 taun. Lahir sama tarikh lahir dengan haku ( April 1st ) April Fool pulak tuh. Aktif cam bapak dia ( BrushGiGi) dan comel cam mak dia ( The Lady Violet). Dari mula dia berlajar bertatih sampai skang, mulut non stop cam bertih jagung! Hade je soklan di tanya, tak masuk akal pulak tuh tapi kengkadang logik jugak. Dah namanya bebudak ye dak.. apo nak dikato..... antara soklan-soklan yang hampir menyebabkan haku masuk wad :-
- Nape antie Bell ade boo boo (dada) angkel x de? Angkel don eat aaa?
- nenek said Leila lahir sebab Mama ngan Papa gaduh betul ke angkel?
- Mama said jin eat asap, angkel jin eh? Idung angkel kua asap?
- Mama said sbelum tido mesti sprey nyamuk aedes (spray nyamuk) dalam bilik. Leila saaaaayang Nemo (nama ikan kelisa haku yang dah arwah) Tu la y Leila sprey aedes korium (akuarium) Nemo!
- Dah besar nanti Leila nak jadi eroplen (aeroplane) leh angkel?
- Angkel nape mesti keje? Nape x dok umah je? Nanti Leila bagi cinggit (seringgit)
BEAUTIFUL WORLD
Wednesday, September 30, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsAwal nyee!!!!! Haku ingatkan dh penuh upis haku, tgk2 haku dgn makcik cleaner je hade. Susah payah je haku rempit moto haku yg dh uzur tersempot-sempot! Tp owang tua kata, lg awal sampai lg murah rezeki (ye ke?). Syok gak haku tgk meja haku kosong je, kemas dan segak mcm haku jugak koh koh koh.... itu pon makcik cleaner yg tlg bersihkan. Kalu tak.... hmmmphhh.
Tgh haku godek2 Henpon haku, jumpa la 1 hidden folder. Ingatkan virus ke ... malware ke... bukak2 naaaa...... gambar2 yg haku snap tawon lepaih masa haku joint projek "KEMBARA HIJAU 2008". Lama gak haku ilang taim tuh kan kan kan.. jom kita tgk sama2:-
No komen, nilaikan sendiri...
Saje enter frame. Tampan sungguh jejaka itu kan kan kan ...koh koh koh
Perhatikan betul2 dlm bulatan yang haku tanda tuh... haku pon x tau menatang hape yang melekat kat situ, taim x ambik gambar dia bergerak sket. Taim nak snap je dia trus statik!!
Eh wahhh posing plak nko ehhh (mcm la gambar statik imej bergerak!!)
Cantik kan?..... teringin haku nak cabut je batang pokok neh boh kat taman umah haku
Seekor cicak (eh..mengkarung... err sesumpah...ahh lantaklah biawak pon buleh!) sedang menyamar jadik ranting. Kunun-kununnya dia berjaya memperdaya haku bahawa dia adalah seekor ranting......... keh keh keh
Pokok balak ini dikatakan mampu mencacatkan anda sekiranya tumbang menghempap tulang belakang anda. Daunnya juga sering melambai-lambai orang yang lalu lalang takala dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Senario ini menimbulkan kegusaran penduduk setempat!
p/s: haku x dak idea ari neh kui kui kui
RAYO WEH RAYO
Wednesday, September 30, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsRaya tawon neh bley la tahan. All the family gather kat Kuching SWK. Walopun jangka masa yg pendek tp hapenning aaaaa. Haku cuma smpt beraya 1 hari je. Lepas sembahyang raya balik umah salam ngan Mamu & Mami. Minta maaf dari ujong rambut sampai ujong kaki kat depa yang melahirkan kita kan kan kan... lg pon owang mcm haku neh buat salah berkali-kali, buat silap hape lg?! Leh dpt Grammy no mini (betui ka haku eja neh kah kah )
Lepaih sesi maaf memaafan dan kena pau dgn sepupu sepapat underage haku yg hampir satu platoon berbaris , haku bergegas (chewah) p beraya umah sedara mara & kengkawan yg dh cukop lama haku x jenguk. Sakan gak haku beraya sampai tertinggal songkok (songkok kompeni bg pree x pa...)
Huh hah Huh Hah (soun ipek forward) dh malam... Esoknya Raya 2 haku dh fly kata omputeh ke Melaka balik pasai hade togas-togas ponting kato owang Negeri. Mmg bunyik x munasabah tp itu la haku kena lalui selagi haku bkerja dlm bidang haku neh. mmg puas bjalan, byk pengalaman, mcm2 ragam manusia, perangai haku dh muak tengok. Itu pon pasai dh keja haku (dan d byr gaji) kalo x jgn harap. Tido kat umah lg masyuukkk......
Tp padan muka haku gak. Sapa soh pilih keja cengini ye dak. Mis Raya haku buleh terima pasai haku posa pon x penuh (tidak d sengajakan). Yg paling penting,smpt balik jenguk orang tua selagi depa masih hade. Betul x?! Slmt Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Chalo betehh......
RESEPI BERSEPAI RAMADHAN
Monday, August 31, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 comments KARI KEPALA IKAN PAUS!
Bahan-bahan:
- 1 bijik kepala ikan paus biru ( x kesah paus hape pon janji ikan paus , kepala ikan bilis pon buleh)
- 50 guni bawang merah (merah sahaja, kalu x dak sembur cat jadi merah)
- 30 tan halia (dikisar dengan lori pembancuh simen)
- 30 bas bawang putih (dilenyek dengan hape cara skali pon)
- 5 ekar cili kering (ditumbuk sampai lunyai, kalu buleh sampai masuk ICU)
- 50 dulang ketumbar (jangan usik, kang mak marah)
- 40 baldi serbuk jintan putih @ 30 kawah serbuk kaskas (kaskas tau! bukan kuskus!!)
- 10 tong deram serbuk lada putih (hitam x bleh, kang cirit!)
- 40 lori serbuk kunyit (disumbat dalam kepala ikan paus)
- 1 kolah santan kelapa atau satu kedai santan peket
- 20 kampit garam kasar ( sebesar batu jalan)
- 1000 biji kacang bendi (kacang tanah x bleh)
- 666 biji terung (panjang pendek lantak korang)
Cara memasak:
Sediakan bekas memasak yang besar, sebesar rumah. Kalu pakai kawah x muat
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering sampai mata korang berair. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan air 2 kolah asam jawa yg telah dibuang bijiknya.
2. Kacau sehingga keluar minyak, kalu minyak x keluar gak, korang boh sendiri minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga terbit matahari esok.
3. Masukkan pula terung dan bendi kedalam bekas memasak, bukan dalam mulut. Batal posa ngokk!! tunggu hingga separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa. Soh apek jual eskrim rasa. Kalu dia mintak tambah sedap la tuh, kalu dia tegolek pengsan mulut berbuih x sedap la tuh.
Bila smua dh siap. Panggil seluruh penduduk kampung @ Taman korang berbuka sama-sama
Tips: Resipi neh sesuai untuk Open House. Pastikan korang stenbai Pil Chiki Teck Aun dan makan berhampiran dengan jamban.
(dapatkan resepi ORIGINAL dari " Asap Dapur " )
SENGAL
Wednesday, August 26, 2009 Posted by: KIDbrush®, 0 commentsPERI BAHASA KID
Monday, July 13, 2009 Posted by: Adanama007, 1 commentsSebenornye yob. KiD dah ade banyak stok @ draft-draft yang belum di publish. Yang kat bawah tu ambo trim skit. Yang ni yang asal, sakit kepala ambo bace. Macam biasa la, KiD memang masuk angin, keluar pun angin. Peribahasa masuk air! Maka tak perlu la ambo nak terang kan maksud setiap peri bahase sengal ni. Korang buat-buat paham je la....
2. Orang makan megi, kita nak rasa, orang bagi pree, hapa lagi.. hambik je laa!!!
3. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama di cecah, dah kebulur.. hantam je labu!!
4. Melentur buluh biarlah dari pucuk, kalu dari tengah kompom patah!
5. Lain hulu lain parang, lain skru lain nko pasang! (sama)
6. Jauh perjalanan, penat kaki berjalan. (sama )
7. Tepuk dada sendiri, tanya selera. Tepuk dada org kena sepak
8. Membujur lalu straight, melintang patah eksiden langgar pokok
9. Lembu punya nenen, Dutch "Lady" dapat nama.
10.Tak kenal maka tak hingin keh keh keh
11.Makan hati berulam jantung cecah kicap boh cabai, perghhh sedapp!!!
12.Telan mak kiok, luah bapak kiok... kemam je laaaa labu
13.Bapak borek anak bintik-bintik
14.Hanya Johari bin Kemut mengenal Manikam a/l Mariapan
15.Patah sayap bertongkat dagu, terhempas juga aeroplane itu
16.Mimpi basah Laila (peri bahasa ke ni?)
17.Sikit- sikit lama-lama lichiiiinnnn
18.Masa itu emas. time is gold. Hang warga emas, tunggu masa nak gol!!
19.Yang dikejar jauh sangat, yang dikendung keciritan
20.Kalo bulan bisa ngomong. waduh masuk sepital gila gue
PERI BAHASA SANSKRIT
Monday, July 13, 2009 Posted by: Adanama007, 0 comments30 Hari Mencari Chinta?
Thursday, May 28, 2009 Posted by: KIDbrush®, 1 commentsSECRET ADMIRE??!!
Tuesday, May 26, 2009 Posted by: KIDbrush®, 7 commentsDEmemmm...
Sunday, May 24, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 commentsSTRAW berry SICKness
Tuesday, May 19, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 commentsMARI BERSANDING!!
Monday, May 18, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 commentsPUAS haku cari idea nak boh title hape daa entry neh... last-last title cam budak tadika. Hujung minggu yang lepas memang letih gila, gila pon x letih cam neh. Hari Sabtu haku kena attend persandingan "Tertunda" Rock (Rockalola) di kampung Masjidee, Johor . Beliau merupakan geng keras dan penulis asal blog neh sebelum tenggelam pasai spammers. Kalu hangpa nak tau, Rock merupakan gergasi buncit kacukan Melayu+ india + Cina, penulis biskut majalah ROTTW (Majalah mengenai musik) dan pemain guitar sebuah band yang haku x bley nak bagi tau (pasai haku pon x tau!).
TEKANANNNNNN
Wednesday, May 13, 2009 Posted by: KIDbrush®, 7 commentsp/s: mendermalah anda sebelum didermakan, harta dunia x buleh d bawa ke kubur laa fren
IBU ...
Monday, May 11, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 commentsTENTANG CHINTA...
Saturday, May 09, 2009 Posted by: KIDbrush®, 6 commentsCHINTA... haku dpt email dari ' widea ' baru tadi so dia nak haku post pasai CHINTA.. memandangkan haku dh pnh post, so neh kira re-post aaa. Kami x akan sesekali maupun 2 kali atau berkali-kali menghampakan anda. Enjoy...
- Chinta Agung- chinta yang agung la hapa lagi.. itu pon x tau ka
- Chinta Septriasa-Nama dak indon kerja kat M'sia x dak permit
- Chinta Kontrak-Chinta antara pekerja-pekerja kontrak,slalunya chinta dak vietnam, Indon, Pakistan atau Bangla bancuh simen KLCC
- Chinta SMS-Anda Busan? Send Busan ke 999 kompom Abg Pulis cari hang koh koh koh
- Chinta Monyet-Chinta dikalangan remaja-remaja siamang atau cipanzi yang kencing merata
- Chinta iT-Chinta yang sat-sat on, sat-sat off (bergantung kepada user yg on9 atau x)
- Chinta Mental-chinta si pesakit mental
- Chinta Maut-Asal bercinta je maut...bercinta je maut...perghhh ngeri!!
- Chinta bersepai-Putuih chinta la tuh..
- Chinta ke akhir hayat-Haa.... ni la chinta yg semua orang dok idam-idamkan! Betui x ?!
- Chinta Sakti-Macam biskot... tengah dating pon bley lesap, sakti la katakan
- Chinta Kolestrol-Chinta kalangan insan yang sihat-sihat dan comei-comei
- Chinta Diabetes-Chinta sampai paras gula naik! Sanggup potong kaki tuhhhhh
- Naza Citra-Sejenis model kereta, x dak langsung kena-mengena dengan topik neh
- Chinta Terhalang-Asal nak berchinta je Roadblock,Roadblock je berchinta.huih goblok aja deh
- Chinta Paksa-Terpaksa bercinta, nak x nak kena gak berchinta!
- Chinta Palsu- Chinta cetak rompak, kira Pirate la tuhh
- Chinta Badak- Kat email @ msg bkn main lg ligat... bila dh bertemu, dua-dua temenung badak! Padan muka, sapa soh blind date! chet! podah!
- Chinta Air Mata-Jumpa je nangis, nangis je jumpa. Cakap sepatah mleleh air mata! Tak sampai 10 menet mata dh lebam! (neh berchinta ke hape?)
- Chinta Buta - Pasangan neh ramai masuk lokap. Dah namanya buta, kena lah raba. Nak pastikan pasangan tuh tulen ke tak!! (tenkiu Ryehana)
- Chinta Chikugunya-Ada ka?? X penah dengaq pon!
LELAKI VS "LELAKI"
Friday, May 08, 2009 Posted by: KIDbrush®, 5 commentsPEARL SCREEN
Tuesday, May 05, 2009 Posted by: KIDbrush®, 2 commentsTENSEN
Sunday, May 03, 2009 Posted by: KIDbrush®, 8 comments- Bangun pagi nak bagi ikan makan, tengok-tengok dah 2 ekor tido telentang! Tebiat hape ikan haku neh.. cek-cek mampuih dah! Pam oksigen rusakkkk!
- Sampai tempat keja tepijak taik kucing. Kucing betul laaa
- Zip seluar Jean haku rosak. Nak buang air pon payah! Terkentut-kentut haku nak betulkan balik. Hagaknye Jin marah haku pakai seluar dia kot
- Laptop haku lak buat terjun junam! Dah screen tak brape nak betui sat kaler sat hitam putih sat hilang eeeee!!!!!!!
- Nak balik umah, tak sampai 10 meter naik moto tetiba je melompat-lompat cam naik unta. Ya maulana! Tayar pancit la pulak!! Suey.... suey....
- Sampai umah, baru nak tarik nafas lega, member haku had kena tuduh 506/354 kk (kanun keseksaan) tercegat depan umah nak pinjam sen! Hape? ingat duit tu bapak haku yang cop ke? hadehhhhhh
- Yang ni paling menensenkan haku. Tengah sedap-sedap korek idung, Mami haku cal.. tak laen tak bukan soklan pertama dia "Dah makan?" bila haku jawap belom, "Hang bila nak kawen? Member-member saing hang skola anak dh beratoq! Bla bla bla"
1) Jimmy@Wan Jalilulah Wan jaliluddin (21 thn) -"Istilah janda atau duda muda, ibu tunggal atau bapa tunggal tidak lagi membawa konotasi(haku pon x paham) menjelikkan dewasa ini berbanding pada era 60an dan 70an (dia sendiri blom lahir ntah hape ntah) kerana pada zaman itu perceraian 'hidup' ibarat membawa musibah dan menconteng markerpen ke muka ibu bapa dengan selamba".
2)Badak@Mohd Sani Mohd Rezuan (45thn) -" haku dh kawen 4 kali dah! anak haku dah tak muat kat umah tuh. Dia orang tak sunat.. tu la pasal kawen cerai kawen cerai! (sambil menjeling isteri ke-4 nya)".
3)Ah Yap@ Rahsia (umur pun Rahsia)-" Sikalang wa manyak untung wooo.. satu tong wa juai 1 latut, modal aaa balu 5 linggit.. haiiiyee lu tanya apa tadi aaa encik? Kawen ah? Wa tak tau! Wa tak tau! haiya lu! wa ingat lu mau beli ikan! haiya hei yau chi lei!".
4)Tasya@Sulit (26thn) -" Auww nyahh.. nak kawen dgn i ke yuuuu.. nakal! i tak kesah la bang, janji i boleh kawen. 4 kali ke 14 kali ke 44 kali ke... i rela bang. Bang, kawen la dgn i ... bang!! bang!! yuhuuu !!!".(haku dh cabut!!!)
5)Onceh@Tonohryanto (30thn)- " hah huh hah huh ngapain ikut gue pak? Gue nggak mau kahwin sama loh waduh mati gue mati hah huh hah huh ".(diinterbiu sambil berlari di kejar abang RELA)
6)Boy Malim@tak ingat (6 thn)-"Kawen tu hape bang? geli tak? malam-malam tido awal kan bang. Mesti besh kan kan kan... bak singgit!!" (dh x de org... budak pon budak laaa)
Wat eber.. sapa2 pon bleh bg pendapat ye dak. Tapi yang nyata cerai pasai kawen kerana nafsu, wang, harta, rupa paras dan dsb. Tambah lg taim neh mcm-mcm kena byr. Byr sewa umah, bil air, elektrik, telefon, loan duit, umah, kereta.... dan penyakit baru Loan Shark @ AH Long. Alahai.....x bayar kang, pintu umah kaler putih jadik merah dik ooiiiii. eksklusif-KIDbrush
p/s: pasai tu haku takot nak kawen. Seram!!
" Mentol "-Tunjuk Ajarku Taiko!
"Masa tu haku tengah sebak pasai salah sorang peserta di rejek bulat-bulat oleh Ajoi (bekas kumpulan Exzos). Haku tak dapat menahan bersin apabila peserta itu menangis terbahak - bahak selepas menyanyikan lagu MATAHARI, berusaha menekel Ajoi dengan kenyitan mata dan gelek Mat Kilo untuk menjadi prodigi Ajoi.." katanya sambil megeluarkan katak dan syiling 5 sen dari hudung kiri dan kanannya. Selepas berhempas pulas mengeluarkan "objek" misteri itu, beliau menyambung perbualannya. " Haku sedih sangat-sangat sebab peserta itu adalah haku sendiri. Ohhhh hihu ku humbat ahi (ohh hidung ku sumbat lagi)" sekali lagi beliau mengeluarkan katak dan syiling 5 sen di depan kami, kali ini Bapak Katak yang keluar. Mungkin sebab itu Ajoi merejek beliau kerana geli geleman melihat aksi brengsek itu.
Sepanjang temubual, beliau berjaya mengeluarkan semangkuk katak kuning emas melekit dan syiling rm 1.50. " Aaaa... lepas lauk tengah hari dan secawan kopi" ujar beliau poyo mengakhiri bicara. Eksklusif- Adanama
BERKAHWIN KURANGKAN RISIKO NYAYUK!!
Haih... donia-donia... kalau nama pompuan Melur, Melati, Ros, Daisy. Yang lelaki nama Guntur, Tok Gajah, johan,Rimau , Ahmad Albab memang hade.... tapi itu dulu. Jangan kita moden kan plak nama anak-anak kita jadik Ahmad Rusa, Kamal Kancil, Saiful Myvi, Mohd Gaban, Sponge Bob Loqman, Dafi Duck, Stacy Xstacy, Khairil x'Trail, Khatijah Kiti Kitty, Sheila On Savy,Siti Exora, Fauziah Vios, Azizah Gen2, Fazura Pesona, Maimunah Saga Aeroback!!! Sumber - Berita Harian
Adanama.. x dak sorang pon hangpa kenai dia kan kan kan, hanya haku & famili ja yg kenai beruk sekor neh. Jantan sebelah haku neh, mahu dikenali dengan nama Jantan Tampan Limitet Edisen (JTLE),a.h.a Adanama 007,asal usul dia dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Masih abeilebel ( cam na nak eja aaa?) untuk 3 kekosongan. Merupakan bekas penulis dan pelukis bebas salah sebuah Majalah Humor tempatan dan skang neh paparazi fulltime merangkap ejen skodeng rumah Urut, rumah Tumpangan, Tmn Rekreasi & rumah Kongsi. Berkebolehan bercakap dalam tido, makan atas pokok, menyonsang jalan, makan tanpa mengunyah dan setakat neh pemegang rekod paling lama mandi serta mengeluarkan bau Megi tiap kali bulan puasa.
Sbelum neh beliau mengaku "Jelmaan Brad Pet", membuat kenyataan ada pertalian darah nyamuk dengan Datuk K, serta berskandal gelap dengan Pasha Chandra. Tetapi selepas menuntun Pendekar Bujang Lapok, beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan beliau sbelum ini serta cukup sesitip jika misai nipisnya diganggu. Malah, beliau byk membazirkan masa di tandas rumah, pejabat, tandas awam, kedai mamak, rumah jiran dan dimana-mana saja tpt yg ada cermin termasuklah dlm kereta beliau sendiri. Semua ini gara-gara Makcik Rihanna (bukan nama sebenar) menulis surat chinta kaler pink kepada beliau mengatakan muka beliau sebijik Tan Sri P.Ramlee. Ketika ditemui, beliau berhujah " Ya, aku sayang misai nipis aku ni, ko x perasan muka aku SEJIBIK cam P.Ramlee??!!". Adehhh...
p/s: Sejibik P.Ramlee?? hah hah huh huh hah hah geli ketiak haku!!
katanya " I dun wan to drop water fes aaaa yu no" melalui pesanan ringkas telefon bimbit. Perlumbaan akan berlangsung secara senyap-senyap bermula di kawasan rumah kongsi Tg Minyak hinggalah garisan penamat di hadapan Balai Raya Kampung Lapan Melaka.Eksklusif- Adanama
p/s: ni la rupa orang frust date tak jadi!
KELIWON : Betul Ke??
Seken taim plak taun 1999. Taim tuh lebih kurang 2 am haku & famili dari seberang perai balik ke pulau lepaih lawat pak penakan (pakcik) haku nikah marka Myanmar, sampai je kat tengah-tengah jambatan Penang, haku nampak dengan mata kepala lutut haku sendiri, ada orang bertenggek kat penghadang tepi jambatan. Lepaih tu terjun!!! Kami berentikan keta, tengok bawah tak dak apa-apa pon??!! Bukan haku sorang je nampak, satu famili nampak termasuk mata kepala lutut haku, pemandu keta belakang kami pon nampak! Keta haku lagi la nampak!! Hangpa je yang tak nampak!! Har Har har.... baiq pi laaa asalkan tak kacau orang cukop... neh haku hade 2 gambar yang hangpa boleh nilaikan sendiri (pinjam ayat adanama) nak pecaya atau tidak terpulang... Haku perduli hape har har har!!!!!
KELIWON : Hantu.... Benar atau Tidak??!!
Sebelah kiri ni pun sama juga, mengikut maklumat, gambar sebelah kiri sekali tu, wajah kuntilanak sebelum kena pasak dengan paku. Yang belah kanan, selepas kena pasak dengan paku! Lebih kurang jer aku tengok!
TAHUKAH ANDA?!!
Baca mukadimahnya dulu....
buuh kurunju dulum puruhu
suruh mukun suyu mukun
suruh munguju suyu tuk tuhu
"control sikit muncung tuu..."
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku, dan memuncungkan mulutnya 10-15 saat?
Kono korang wei kono kah kah kah, padan muko dgn ekau sekali kid hah hah hah- Rock